Friday, March 14, 2014

Pengalaman Bersalin : Melahirkan Anak Pertama


Assalammualaikum wbt,


Dear bloggerous,


Lama juga nak start entry yang satu ni, salah satu sebabnya bila dok ingat balik saat dan waktu nak melahirkan Qaisara buat kecut perut nih.. Haishhh!!! Btw, saya melahirkan Qaisara dengan proses operate atau orang dok biasa sebut C-zer.. Memandangkan kene C-zer tu pun dalam keadaan kecemasan, jadi saya tetap merasa sakit2 "contraction" waktu2 nak melahirkan walaupun bukan di jalan "bawah".  Erkkk?? 

Waktu ni di bulan puasa, ada lagi 11 hari lagi nak sambut raya. Ikutkan due date jatuh 30hb Julai dan last due date extend doktor bagi 7hb Ogos kira2 sehari sebelum raya.  Doktor memang dah habaq harap2 baby keluar sebelum raya laa.. Semua pun sedia maklumkan, kalau dah hari raya tuu confirm2 ramai yang cuti, hospital pun lengang.. Waaaaa.. mmg lepas dari jumpa doktor tuu tiap2 masa dok pujuk anak dalam perut, cepat laa keluar.. cepat la keluar baby, nanti Mama upah susu ehh.. Hehehe.. 

So The Story Begin when....


27 Julai 2013 (Sabtu)

Lepas berbuka puasa kat rumah family mertua, elok duduk kekenyangan sandar baik punya kat sofa tetiba rasa sengal2 macam orang nak datang period.. siapa yang pernah senggugut tuu tahu la macam mana rasanya.. huhu.. That time kakak ipar terus tegur kata mungkin nak bersalin dah agaknya.. Sakit dan sengal2 tu kejap2 datang selang 30minit.. Makin malam makin kerap pulak sakit dia.


Nak dijadikan cerita ikut plan esoknya nak pergi chowkit nak cari Periuk Ajaib. Mengidam periuk ajaib plak baby dalam peyut ni kan, hahahaha.. My sis dah sound katanya jangan pergi takut dah nak bersalin nanti ada pulak yang terberanak tengah2 chowkit tuu.. hehehe.. Yelah, that time orang ramai sibuk shopping raya jalan pun jammed je.. Tapi hati ni nak sangat dapatkan periuk ajaib tuu jugak..

Malam tuu memang dah tak tenang dah. Tido pun jadi tido2 ayam je.  Sakit sengal2 kat pinggang makin lama makin kuat pula.  Kejap pusing ke kiri, kejap pusing ke kanan. Sakit tuu tetap berlarutan sampai ke subuh.



28 Julai 2013 (Ahad)

Pagi tu terus bagitau Encik Suami nak kene pergi hospital ni, sakit makin kerap je.. So dalam pukul 11pagi we all gerak ke HUKM. Bila dah sampai we all terus pegi dekat Unit O&G PPUKM, then diorang decide check dulu. Huh, kat situ laa kali pertamanya kene "seluk". Taklah sakit sangat pun, dah sah2 diorang guna gel kan. Waktu tu ada juga la student2 praktikal dok tanya soalan macam2, mujur ler time tuu boleh tahan sakit lagi.  Macam-macam kau soal akak ni dik, mengenangkan ko student akak bagi jugak lah kerjasama pasal akak dulu pun student jugak.. Eh..eh dah masuk cerita lain pulak.. Ngeeee...

After check up, kene tahan wad pula coz jalan dah buka 2 cm.  Barang2 semua memang dah standby dalam kereta so bila kene dok wad tu terus pergi dgn senang hatinya.. lalalaalala sangat ko kan... Nanti dulu belum habis cerita lagi... huhu.. Diorang minta kita salin baju dulu..

Masuk wad pukul 12 tengahari, start dok kat wad sakit tu datang makin kuat & kerap.  Masa kat wad lebih kepada aktiviti baring aje.. huhuhu.. Nak bangun jalan2 pun tak boleh sebab sakit kat belakang pinggang sangatlah kuat.. Pelik jugak tengok orang lain rileks je jalan2, dah buka 4-5cm pun boleh lawat katil sebelah.. Kita ni buka 2cm dah tak gerak2 dah kat katil tu.. Betul la orang kata setiap orang akan lalui pengalaman yang berbeza-beza.. Jadi daku menahan lah kesakitan berjam2 lamanya.. 

Setiap 4-6jam mesti kene "seluk". Dari doktor perempuan ke doktor lelaki, dari bangsa melayu ke cina ke india sampai rasa macam 1Malaysia dok seluk2 bawah tuu.. Haishh.. Waktu tu tengah sakit jadi perkataan SABAR dan REDHA tu memang jadi pegangan dari awal masuk wad lagi. Setiap kali contraction tu datang, hanya perkataan "ALLAHUAKBAR" je yang dapat keluar dari mulut.  Sampaikan jiran katil sebelah pun datang lawat kita, siap nak panggilkan nurse lagi dok kesian kan kita.. Terima kasih yer awak, saya sendiri pun dah lupa apa nama awak.. (tak mengenang jasa sungguh nih!!) huhu..


29 Julai 2013 (Isnin)

Keadaan berlarutan sampai laa ke pukul 10malam, bila diorang check tengok2 dah buka 4cm dan decide tuk masuk labour room tapi penuh la pulak. So terpaksa tunggu lagi sampailah pukul 12malam baru dapat masuk.  Sebelum masuk labour room diorang pecah air ketuban dulu.  Masukkan satu alat panjang kat bawah tu, Perghhhhh... Tuhan jelah yang tahu sakitnya waktu diorang pecahkan air ketuban dalam rahim tu.  This one memang tak sama la time kene seluk2 tu.  Tapi macam yang kita cakaplah.. Kita REDHA aje apa diorang nak buat dengan kita.. Uwaaaaaa...

Bila dah sampai dalam labour room, missy bagi terus ubat keluar berak, tak sampai seminit dah rasa nak terkeluar segala isi.. huhu.. Kemudian diorang pasang alat ctg so boleh tahu bacaan heartbeat baby dan bacaan contraction.  Lepas tu tunggu jelah kat katil labour room tu sambil dengar bilik2 sebelah dok jerit2 nak bersalin.. Macam2 jenis jeritan boleh dengar dalam labour room tu.. Huhu.. seram kau!!!  FYI, dalam labour room ada beberapa bilik kecil tuk patient yang nak bersalin.  Dengar diorang jerit boleh jadikan kita tak fokus tapi sebabkan menahan sakit yang amat, diri sendiri pun kadang2 di awang awangan.  Hahaha.. :D

Encik suami sama2 masuk dalam labour room waktu tu, tapi ada masa dia keluar juga (sebak katanya).. huhu.. Kadang2 ada dengar juga Encik Suami bacakan surah2 tepi katil tapi tak brapa nak fokus.. Hehehe.. 3jam dah berlalu, contraction makin tinggi tambah pulak waktu pecahkan air ketuban sebelum tu baby dah berak sikit.. Missy ada bagi gas entonox minta sedut kalau contraction kuat, tapi seriously gas tu tak membantu pun.. Uwaaaaa.. sakit tu tetap ada dan tak berkurang walau sikit pun. Tapi memang gas tu tak mengurangkan sakit pun. Sebelum ni dah baca pasal gas entonox ni, dia hanya buat kita mamai2 je so that kita hilang fokus sakit yg tengah melanda tuu.. huhu..

Hampir ke jam 4pagi, sakit makin kuat, that time bilik2 sebelah semua dah selamat bersalin, tinggal kita sorang je tak sudah2.. Uwaaa.. Time ni memang dah menggigil pun, sampaikan ada HR lelaki masuk bilik terus je cakap kat dia "Tolong laa saya, tolong laa saya".. KAh kah kah.. :D Bila ingat balik memang kelakar tol.. Dia pulak boleh tanya balik, "Nak saya tolong apa??".. Hahahaha.. Hamik ko!!! Rasa nak cepuk je kan.. Tak lama lepas tu after missy check bukaan, still 4cm then suddenly ramai pulak yg masuk labour room tu including doc pakar. Doc kata heartbeat baby dah lemah, lagipun masa pecah air ketuban tadi baby dah berak ckit.  High Contraction seolah2 macam dah buka 8cm tapi jalan still tak buka, lastly diorang decide untuk buat operation.  Panggil Encik Suami yang dah kene halau sekejap tadi untuk masuk and ask for the approval.  Encik Suami pun redha jelah sbb keadaan pun dah emergency.  Tak sampai 10minit pun dah sampai ke Dewan Bedah.  Mmg thumbs up kat staf PPUKM tau, laju je diorang bekerja. 

After a while, bila dah kene bius terus hilang sakit nak bersalin tu.. Sempat lagi minta maaf kat missy yang duduk kat tepi kepala.. Hehehe.. Sebab masa diorang nak tukar ke stretchers tu kita macam tak bagi kerjasama, almaklumlah tengah menahan sakit, nak gerak pun payah apatah lagi nak kene angkat punggung tukar2 tempat pulak kan.. Masa tu rasa sekejap sangat bila kat dalam Dewan Bedah, tak sampai 20minit rasanya dah dengar suara baby nangis2.. That time bila dengar je suara baby terus menitik airmata ni.. Tak lama lepas tu, ada sorang nurse bawa baby dekat kepala then siap cakap "Bagi mama cium dulu".. Wahhh waktu tu laa 1st time tengok baby fresh baru keluar dari perut.. huhu.. My 1st  response is "Banyaknya bulu kau nak!!!" Hahahaha.. Abis satu muka penuh bulu-bulu nih.. :P  So Qaisara Nur Adelia selamat dilahirkan pada 29 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan 1434M tepat jam 4.27pagi dengan berat 3.02Kg.

Dalam dewan bedah tu diorang rileks and chill je bekerja, siap boleh dengar lagi diorang borak2 tanya each other nak bersahur kat mana.. almaklumlah dah nak masuk waktu sahur.. Orang kata sejuk anak kalau keluar waktu Subuh.. (Sapa setuju angkat tangan macam saya....) Lepas je keluar dari dewan bedah, diorang letak tepi dulu untuk pantau blood pressure sume.. agak2 pukul 6.00 pagi lebih baru dapat masuk wad.  Masa tu memang mamai jugak lah.  Tapi dalam mamai2 tu boleh pulak forward message kat hp beritahu kat semua orang dah selamat bersalin.. huhu.. Waktu tu baby dah dok kat dalam bilik, belum duduk sama lagi, maybe diorang nak pantau baby + si ibu dalam condition baru lepas kene operate.  Dapat jugak lah tidur sekejap dalam sejam dua sebelum Encik Suami datang tengok.  Dalam tengahari waktu kakak & abang ipar sampai baru lah dapat tengok baby. Tu pun kakak ipar tolong ambilkan kat dalam bilik. Huhu.. 

Waktu petang Linda dgn MIL dia datang melawat kebetulan MIL dia ada check up kat PPUKM, kira ambil kesempatan laa melawat kita skali.  Then tak lama lepas Linda balik, mak pula baru sampai dari Putrajaya.  Mak berbuka puasa kat hospital je makan kat tepi katil. :)  Lepas mak balik, tinggal laa kita dengan baby sengsorang.. Giler comei betul dia time tuu.. :)
Bila dah kene operate, faham2 jelah kene dok kat spital tu lama.. Hari rabu baru dapat keluar itu pun waktu petang. Bosan giler dok hospital lama2. Huhu.. Still remember, waktu kene check up dengan doc dari katil ke katil, doc tu pernah tanya "Awak tahu kenapa awak kene operate??" Then jawab jelah tak tahu kan.. Doc tu pun cerita laa condition waktu emergency tu kecuali satu kes doc kata tali pusat dah belit baby waktu diorang operate hari tu.. Hurmm, padanlah payah benar baby nak turun keluar.. huhu..

HAmik ko story mengalahkan novel bersiri kan.. hahahaha.. Kalau ada bab yang korang rasa merepek tu, korang abaikan jelah yer.. Tapi ni lah pengalaman paling berharga yang saya rasa setiap wanita akan alami dan rasai.  Bila dah hilang rasa sakit tuu, ada la jugak sesekali datang dalam hati rasa nak pregnant lagi.. kui..kui..kui.. 

In Shaa Allah satu hari nanti.. :P

Kepada yang sudi membaca pengalaman kita ni sampai habis.. Terima kasih ler berbanyak yer.. Esok2 bila korang dah alami, boleh lah share2 story korang pulak kan.. Biasalah, pengalaman pertama ni lah yang akan jadi ingatan sepanjang zaman.. huhu.. Yang mana elok boleh lah dijadikan sebagai panduan dan teladan.. :)

Toddles!!!



Pic waktu preggy - Gambar dengan Sheila Majid tu lagi seminggu nak due date :)


Waktu pregnant paling best sekali sebab skin sangat lah GLOWING :)



Qaisara Nur Adelia Mohamad Ismail - Day 1






Taken by Linda - Day 1
Sebelah Kiri Kak Azie - Sebelah Kanan My dear Mum with her 4th grand daughter


Dear Qaisara Nur Adelia,

Wahai anakku,
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam di dalamnya...
Bila engkau ingin selamat agar tidak karam,
Layarilah lautan itu dengan TAQWA, isinya dengan IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH swt. ♥♥♥



5 comments:

lourvetravel said...

Ok, tak sabarnya!

rehana said...

Nice entry.

Jemput ke teratak saya www.rehanswardrobe.blogspot.com

VitaminSuci said...

Alhamdulillah dan tahniah!
Cantik nama baby, Qaisara Nur Adelia

www.vitaminsuci.com

sazlina said...

Comelnyer Qaisara...
semoga jadi puteri solehah :)

suhailah hamid said...

anak sue yg sulong pun czer juga sbb dah lemas.
comel baby awak seindah namanya.
tahniah :)