Friday, October 20, 2017

(Final) Travelog Autumn Korea 2016 : Day 7 - N'Seoul Tower / Namsan Hiking Stairs


Late Post can go through this  → Travelog Autumn Korea 2016 : Day 6

8 November 2016 (Selasa)


Assalammualaikum,
Dearie to all bloggers..


This is the final chapter of my travelog. Almost 1 year baru dapat siapkan travelog ni.. Kalau pergi 2minggu mau 2 tahun baru habis kot.. Hahahaha.. 
That's why la kita selalu jealous pada mereka2 yang punya kesempatan menaip blog nih.  Bagi iols yang punya 2 anak  yang masih kecil ni, nak dapat masa sendiri or else they called 'me time' mmg teramat lah payah.. Untung korang tau!!!

Finally dapat jugak share final day kitorang kat Seoul.
Waktu flight ke Kuala Lumpur jam 4.25 petang.  So kitorang ada few hours sebelah pagi at least visit one more place lagi.  Setelah dirombak dirancang itinerary kitorang decide untuk pergi ke Namsan Tower atau diorang panggil N'Seoul Tower pada hari terakhir.


N' Seoul Tower

Jalan Kaki dari Namdaemun Guesthouse

Pagi ni kitorang keluar agak awal seperti biasa sebab kitorang plan nak redah ke N'Seoul Tower dengan berjalan kaki sahaja.  Nak tunggu naik cable car pukul 10pagi baru buka.  So kitorang decide untuk jalan kaki dari guesthouse saja.  Bagi uols yang bercadang nak stay Namdaemun Guesthouse, untuk ke N'Seoul Tower ni uols boleh jalan kaki, memang ada signboard untuk ke sana.

Actually, nak bagi betul2 direction susah juga sebab kitorang pun pakat redah je ikut signboard.  Siap naik bukit naik tangga lalu belakang rumah orang..huhu.. Sehingga laa kitorang panjat tangga dan jalan ke depan sedikit nampak laa 'pondok jaga' untuk laluan ke N'Seoul Tower.  Kalau uols naik kereta atau bas boleh jadi akan lalu kat depan 'pondok jaga' nih..  Sebelah pondok tu ada signboard untuk walking stairs ke N'Seoul Tower.  Kami lalu ikut walking stairs ni sejauh 1.2km kene panjat tangga wehh.. 

Nasib laa, cuaca sejuk so takde laa mengah sangat kan.. Cuma korang kene panjat tangga laa, aku agak tiga kali ganda tinggi dari tangga Batu Caves tu.. Hahahaha.. Bertambah kurus kaki kita nih.. ;P
Yang kita nak cerita kat sini kalau korang ikut tangga nih, sampai satu part tu korang akan disaji view yang paling awesome giler.. Boleh nampak satu Seoul rasanya, suasana pagi tu memang buat rasa berbaloi sangat-sangat panjat tangga banyak2 tu wehh.. 

Pagi tu takde orang sangat pun, kalau tourist pun sorang dua je yang lalu tangga tu selain dari kitorang. Pastu ada oppa photographer yang handsome lalu tangga tu jugak bertambah2 lagi rasa berbaloi tu. Kikikiki...  Puashati sangat2 sebab takde halangan langsung nak ambil gambar tau.

Bila dah sampai atas baru lah ada ramai tourist, for sure laa kan sbb korang boleh nampak berduyun2 bas tourist kat atas tu tau.  Mujur sangat kitorang ikut tangga sebab dah puas amik gambar dah.. So bila tengok orang ramai sangat rasa macam semak pulak, perasaan yang sama masa visit Nami Island tempoh hari.  Pagi2 lagi dah ramai kalau time petang tak tahu laa macam mana keadaannya.

Kitorang tak naik pun N'Seoul Tower tu, lepas puas bergambar (especially kat tempat kunci banyak2 tu kan), weols pun bergerak laa pulang ke Namdaemun.  Kitorang decide naik bas je, turun bukit sikit dah boleh nampak bas.  Ada bas yang sampai Namdaemun Market. Harga tambang tak silap 500won (ingat2 lupa la plak).  Bila naik bas nak ke Namdaemun Market tu memang sekejap sangat la kan dah sampai.  Sempat lagi singgah kedai souvenirs ahjussi, borong lagi bookmark gold pleated tu.. suka sangat souvenir bookmark tu.  Ahjussi tu pun tak sangka kitorang sempat singgah lagi kedai dia, and as usual dapat lagi air yogurt free. Hehehehe..



Dari Namdaemun Guesthouse berjalan ikut signboard ke N'Seoul Tower

Mendaki bukit yer anak2

Dah naik bukit naik tangga pulak yer






Selepas naik tangga boleh lah menghala ke kiri menuju ke N'Seoul Tower 













Weols lintas jalan kat sini berhadapan pondok jaga

Ini laa pondok jaga tu.. kalau korang perasan dalam drama The Legend of The Blue Sea ada scene kat depan pondok ni tau.. Waktu tu Shim Cheong (the mermaid) kene langgar kereta depan pondok jaga ni.. Ehh, korang tengok ke drama tu?? Peminat Lee Min Ho for sure tau ;P

Itu ke kereta yang langgar Shim Cheong?? Boleh jadi jugak kan.. huhuhu



Sebelah signboard ni ada tangga, jadi moh ler panjat tangga











Sampai one spot dah serupa open air gym, banyak plak alat2 senam depa





Jauh lagi perjalanan, moh ler panjat lagi yer


Suka sangat this view

 


Terserempak oppa handsome jalan sorang2





































Kalau uols nak naik bas boleh turun kat bukit ni, dapatkan bas ke Namdaemun atau Myeongdong



Then weols terus balik guesthouse, berkemas lagi sedikit even malam tadi dah packing habis dah.  Dekat guesthouse ada penimbang so siap timbang dengan harapan tak laa terlebih berat luggage tu kan.. huhu.. Lepas return kunci and pocket wifi, terus je gerak ke subway and direct ke Incheon International Airport.  Waktu balik weols ambil all-stop train Arex sama macam waktu datang.

Sampai airport memang awal, kene tunggu few minutes sebelum Air Asia bukak kaunter check in baggage.  


Sempat singgah gerai Ahjussi kat subway ni, almaklumlah last day.. Ahjussi macam tau2 je kita dah nak balik, dia bagi lebih tau.. :)

Sedap makan panas2


Masa ni kat Seoul Station nak transit ke Arex pulak


Dah sampai Incheon International Airport


Moh ler balik KL

Tepat jam 4.25petang kitorang fly back to KL.
Alhamdulillah, selamat sampai KL & got wonderful memories in Seoul.  Letih tapi berbaloi.
To those yang bercadang nak ke Korea especially Seoul memang dicadangkan lebih kurang seminggu tuk fully cover seoul.  Itupun rasanya masih banyak tempat jugak yang tak dapat cover.
By now, Airasia dah pun bukak laluan direct ke Jeju Island.. Boleh jadi travelog ke Jeju ler pulak ehh.. kikikiki..
In Shaa Allah..

Kalau ada yang nak bertanya or need some other tips bout travel to Seoul boleh laa email direct ke maurasha19@gmail.com  Pada yang dah selamat baca this blog, thank you and i will always say this "Enjoy your journey to Kimchi World"

Annyeong!!! 

Wassalam.. :) 





No comments: