Monday, February 19, 2018

Review Namdaemun Guesthouse

Assalammualaikum,

Hi bloggers!!

Meh sini iols cerita sikit pasal Namdaemun Guesthouse. Guesthouse ni dekat2 dengan Station Hoehyeon, if uols yang nak ke Namdaemun Market confirm akan turun kat station ni.
Sepanjang seminggu kat Seoul, takde guesthouse lain yang weouls stay melainkan Namdaemun Guesthouse ni.  Leceh laa nak tukar2 motel/guesthouse yang lain kan, nak kene angkut punggah luggage lagi.  Dari awal mmg dah decide stay satu tempat je.  

So, after read a few blog bout motel/guesthouse kat Seoul ni, tertarik pulak dengan Namdaemun Guesthouse ni since banyak positif review dari blogger lain.  Tambah pulak harga dia mmg valuable.  So this is my review about Namdaemun Guesthouse.

1.  Good fasilities
  • Iron baju
  • Toilet dalam bilik
  • Kitchen
Actually, masa mula2 cari pasal guesthouse ni perkara pertama yang kita survey, guesthouse tersebut perlu ada iron baju. Hihihihi.. Nampak tak disitu, tak kuasa ler nak hangkut iron dari rumah kan.  Kebanyakan guesthouse tak banyak yang sediakan iron baju tau.  Biasa laa kita pakai shawl, confirm perlukan iron kan, takkan nak pakai kedut2 pulak.  

Selain tu, Guesthouse ni sediakan bilik air di setiap bilik. Takyah nak pening laa nak sharing bilik air kan.  Ni pun antara sebab jugak kenapa weols pilih untuk stay sini.

Kalau nak story pasal kitchen, mmg hari2 masuk kitchen dia sbb nk breakfast dulu, buat air panas.  Diorang ada sediakan cereal & milk free for breakfast.  Then, kalau kita nak panaskan makanan kita, kat kitchen ada microwave juga.

2.  Owner is friendly and polite

My sis yang tolong booking and bayarkan guesthouse ni through Agoda.com, so segala email semua diuruskan oleh my sis.  So apa pun keraguan korang if korang email, owner akan beri jawapan.  
Bila dah sampai kat guesthouse weouls jumpa wife Mr.Bo dulu, then baru Mr.Bo muncul tak lama lepas tu.. 
Muka ada sinyummmmm... Cara Mr.Bo cakap polite sesangat.. sampai my sis cakap Mr.Bo tu mcm mix Japanese pun ada.. Hihihihi.. Very soft spoken.  Tak macam orang korea pun, as we known korean people kalau bercakap agak kuat dan kasar berbanding japanese people.

3.  Wifi Pocket

Actually kitorang tak perasan pun Namdaemun Guesthouse ada sediakan wifi pocket, dah dekat2 time travel baru laa terperasan kat website guesthouse. So my sis terus email Mr.Bo untuk booking pocket wifi tu.  Weouls sewa untuk 6 days je, but masa nk return tu Mr.Bo tanya bila check out, so kitorang habaq ler check out esok.  Then terus dia kata return esok aje.. Huhuhu.. Yeayyy.. dapat free satu hari.
Korang jgn tanya tau brapa harga sewa wifi pocket tersebut sbb sungguh dah lupa. Yang pasti harga dia berpatutan ok!!(Bagi ceq murah je pun)

4.  Heater

Since weols ni pegi time autumn,masa sampai Seoul dah petang suhu drop sampai 2celcius.. Sejuk betul ler.. Masuk je bilik masa lepas selesai jenjalan, warm je rasanya.. Selesa sbb heater kat lantai.. kalau korang punya baju basah letak je kat lantai esok confirm kering.. Hihihihi.. 

5. Good location

Haa, ni pun antara sebab juga kitorang pilih Namdaemun Guesthouse ni.  Dekat je dengan subway Hoehyeon Station tu.  Kalau nak ke Namdaemun Market mmg jalan kaki sesaja laa dalam 5minit dari guesthouse. Yang paling best, kitorang pegi N'Seoul Tower pun jalan kaki from Namdaemun Guesthouse ni, jimat 8000won wehh takyah naik cable car.  Experience yang takkan dilupa sampai bila2 naik tangga ke N'Seoul Tower tu, serius view awesome giler tak sama dengan view dari pandangan atas tu.
Kalau nak ke Myeongdong boleh je jalan kaki, but since dah dekat dengan subway naik subway jelah 1 station je pun.  

Rasanya cukup laa review sal guesthouse ni.. Agak2 kalau Mr.Bo boleh baca blog ni mau kembang setaman dia kannn.  Hihihihi.. Ehh, kita xdapat apa2 pun buat review ni.  Sesaja share untuk sesapa yang tercari2 tempat penginapan kat Seoul & area Namdaemun khususnya.

For me, kalau korang bajet2 ciput tapi masih nak kan keselesaan, Namdaemun Guesthouse ni boleh dijadikan pilihan. Lagipun kita travel sepanjang hari then balik guesthouse pun dah gelap, fikir nak rehat dan tido je kannn..


Laluan dari Station Hoehyeon melalui lorong sebelah C2U (Convenient Shop)
Jalan mendaki bukit sikit

Sampai simpang tiga toleh kiri dah nampak Namdaemun Guesthouse


Ni pandangan belakang dari simpang tiga tadi
(kira jalan yang berbukit tadi tu)

Dari simpang tiga tu kalau sebelah kanan uols akan nampak view ni
Ni dapur di tingkat bawah Namdaaemun Guesthouse
Ada 2bilik lagi di dapur ni, besar sikit bilik ni untuk group 4pax-6pax

Simple breakfast for guest (Roti & cereal)

Tempat basuh pinggan mangkuk, ada stove juga kat situ..
Microwave ada dalam kabinet tu.. mula2 cari tak jumpa jugak microwave tu.. hihihihi

Tempat makan di dapur, jarang la dok sini..biasa dok masak maggie pun terus bawak masuk bilik je


Pandangan dari bilik weouls

Sekitar lobby guesthouse

Sekitar lobby guesthouse
Cantik je kat bahagian luar ni
tapi tak mampu ler duduk lelama kat sini, sejuk wehh!!!

Gambar bilik je tak sempat nak ambil, ada gambar pun bersepah2 dengan barangan iols.. hahahaha.. so tak sesuai nak paparkan dalam blog nih.. sorry guys!! 

So enjoy the journey ok :)!!!

Toddles!!!




No comments: