Thursday, June 21, 2018

Persediaan Travel ke New Zealand ~ Autumn 2018 ~ "Sharing tips & idea"

Image result for bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum WBT readers,

Nak start blogging semula memang makan masa juga memandangkan masa dan keadaan tak mengizinkan untuk mengadap pc lama2, baik di rumah atau pun dipejabat..
Bertabah laaa wehhh... hihihihi...

Kita ke New Zealand (NZ) bermula dari 11 April 2018 until 25 April 2018.  
Waktu ni di NZ adalah musim luruh.  Sengaja pilih waktu autumn sebab bukan peak season. Orang tak ramai dan harga tempat penginapan & kereta sewa pun tak mahal.
Kali ni persediaan ke NZ biasa-biasa saja.
Last time ke korea musim luruh juga, jadi ada sesetengah barang yang di pakai / dibeli waktu tu digunakan pakai semula untuk travel ke NZ.  Boleh refer di sini
Kita travel secara berhemah kali ni, elakkan pembaziran.. hihihi.. Travel ke NZ boleh tahan juga mahalnya.. Kalau dah style backpackers tu boleh laa limitkan perbelanjaan yang tak patutkan.. 

15 hari travel ke NZ hanya belanja RM5994.20 all in.
15 hari tau bukan 7 hari.. huhuhu.. 
Yang pasti weols hunting for nature only, tak buat aktiviti berbayar pun kat sana.. Any outdoor activities semua yang free2 aje.. hehehe..

Plan untuk ke NZ ni bermula bila start berborak dengan Farah after balik travel dari Korea.  Siapa habis baca travelog Korea mesti perasan iols jumpa si Farah ni kat Namdaemun Market, Seoul.. Since weols punya passion yang sama, secara tak sengaja ter-plan untuk ke NZ bersama as travel partner.  Pada mulanya weols planning in group seramai 4 orang.  Tetapi 2 orang lagi tak dapat nak join and cancel last minute sebelum beli flight ticket,  so memandangkan nak kejar harga tiket flight yang murah that time, kitorang pun on kan aje plan ke NZ berdua.. Eh! Berdua kan lebih baik.. huhuhu..

Tiket Flight

Kalau dah nama pun nak travel style backpackers, dah tentu ler amik penerbangan tambang murah kan.. Kitorang beli tiket flight dengan Airasia waktu tu dapat harga RM939 per pax, belum include meals & luggage tu.. Meals + luggage 30kg (pergi balik) dengan harga RM300 per pax.
Makanan kitorang amik waktu pergi dan balik 1 meal (flight after transit di Gold Coast).  Senang cerita flight otw ke Auckland 1 meal(for breakfast) dan lagi satu flight menuju ke KUL.
VISA : No Need VISA untuk ke NZ (takyah pening ok!!)

Update terkini : AirAsia will suspend daily services to and from Auckland starting February 2019.. 


AirAsia Flight to Auckland with transit in Gold Goast

Itinerary

Dah ada tiket boleh laaa plan itinerary ke NZ.  Since kitorang travel ke NZ selama 15 hari (2hari perjalanan + 13 hari di NZ),  memang search laa blog yang dah pergi  NZ lebih kurang 2 minggu, tengok juga mana plan yang sesuai tuk jadikan rujukan.  Ada orang suka redah je without plan & itinerary, tapi kita suka kalau ada itinerary, so nampak laaa hala tuju perjalanan tu kan.. Lagi satu bila ada itinerary uols boleh tukar plan dengan mudah sekiranya plan yang asal terpaksa dibatalkan atas sebab cuaca atau perkara-perkara lain.. Takde laa terkapai2 tak tahu mana hala tuju & tempat lain yang nak diterjah..

Melalui pengalaman selepas travel di NZ, nak habaq mai satu perkara penting sesangat nih!!!
Cuaca di NZ boleh berubah 360 darjah yer.. Dok kat NZ memang sentiasa tengok ramalan cuaca jelah keje iols nih.. Hahahaha.. dah rasa macam nak tukar profession je tau!! 

Walaupun pergi waktu Autumn, tetapi memang merasa laa 4 musim waktu travel kat NZ.. Sempat lagi kita main salji di musim luruh ni.. Nasib ler mmg bawak baju tebal, kalau tak kejung ler dibuatnya..
Hah, kan dah masuk cerita cuaca.. Ok! lari tajuk dah.. Hahahaha..


Tips : Bila korang rancang itinerary automatik korang boleh hafal nama2 tempat yang nak singgah nanti.  Lagi satu silalah jarak kan masa bagi setiap tempat yang korang nak singgah sebab bila berada di NZ masa itu bukan emas tapi platinum.. Pergi 2 minggu pun rasa tak cukup hoiiii.. huaaaa.. 


Wilcox Green, Arrowtown :  Kalau time autumn, bandar Arrowtown antara yang wajib untuk dilawati


Tempat Penginapan

Perkara kedua selepas tiket flight, kitorang search & booking siap2 tempat penginapan.  Kalau nak harga murah silalah booking awal2 yer.  Motel2 kat NZ ni memang cepat habis especially kalau korang pergi waktu peak season.  Semua booking kitorang buat di Agoda dan dibayar sebelum penerbangan ke NZ.  Kira dah sampai NZ terus check in jelah, takyah nak pikir pasal payment motel lagi dah.  Kalau uols booking dan bayar di motel, harga mungkin tak sama dengan waktu booking sebab bayaran bergantung pada currency  semasa korang travel.  Kalau booking awal, then currency jatuh waktu uols travel boleh jadi harga lagi mahal berbanding harga booking sebelumnya.. Ada paham ka?? 

Dari segi penginapan ni, kitorang booking macam2 jenis.  Ada hostel ada motel, ada tu dok cabin.. setiap hari pun berbeza tempat.. Lebih kurang 12 tempat kitorang booking hari tu.. huhuhu.. Paling mahal of course laa kat Mount Cook.  Dan for sure view kat Mount Cook paling cantik antara semua tempat yang kitorang stay.  Kira berbaloi laa bayar lebih ckit pun..
Nanti kita buat 1 post khas untuk tempat penginapan di NZ yer... Tungguuuu!!!!




Dunedin - Stay di sini


Queenstown - Stay 2 malam di sini, hanya RM200++ je untuk 2malam.. Rajin2 laa korang bukak Agoda tiap2 hari nk dapat harga ni tau.. Huhuhu.. Bilik luas dan selesa siap ada bathtub lagi.. 

Mount Cook - Motel ni pun best juga, katil besar dan selesa sangat2..
Sama jugak ada bath tub..Ngeeee.. :)


Kereta Sewa

Memandangkan kitorang decide untuk drive sendiri di NZ, so dah tentu laa weols perlukan kereta sewa kan.. Kitorang pilih Jucy Car Rentals waktu di North NZ dan Shoestring Rentals waktu di South NZ.  2 kereta yang kitorang drive ni dalam keadaan yang baik.. Alhamdulillah, takde apa2 yang tak diingini terjadi waktu travel tempoh hari..
Kitorang amik juga insurance car rentals ni.  Malang tidak berbau kan, kat negara orang pulak tu.. Huhuhu... Bagi Jucy Car Rentals pilih Stress Free untuk zero bond,  bagi Shoestring pulak uols boleh bayar tambahan 10NZD per day  untuk reduce bond kepada 250NZD.  Dengan Jucy Car Rentals kitorang dapat Suzuki Swift dan Shoestring Rentals pulak dapat Hyundai Getz.. Dua2 pun transmission Auto. Dah nama pun pergi berdua, amik kereta kecik jelah.. huhuhu..

Cuma nak habaq mai, antara dua kereta ni Suzuki Swift paling jimat minyak. Tips untuk korang yang pilih kereta kecik, ambillah yang jimat minyak. Harga fuel kat NZ mahal oiiii!!!!


Kereta yang berjasa sepanjang di NZ


Bekalan Makanan / Ubat

Kalau travel je bab makanan ni mesti antara perkara terpenting juga kan, almaklumlah kita ni sebagai seorang muslim bila berada di negara bukan Islam, nak cari makanan yang halal tu bukanlah mudah.
Tapi taklah susah nak cari makanan halal kat NZ tu.. Kalau kat bandar2 besar ada je restoran yang jual makanan halal.. Cuma sebabkan "travel secara berhemah", kitorang hadkan belanja makan di restoran.  So cara lain masak jelah kat motel kan.


Korang takyah risau sebab kebanyakan motel di NZ memang ada self-kitchen.  Senang cerita kalau dah plan nak masak sendiri, cari je motel yang ada kitchen.

Sepanjang kat NZ hanya dua kali je beli makan kat luar, yang lainnya masak2 je kat dapur.
Dah kata berdua je kan, masak yang simple2 jelah..
Bahan2 tu ada yang di bawa dari Malaysia ada juga dibeli kt pasaraya di NZ.  Cuma tips nak habaq ni kalau nak lepas imigresen NZ silalah buat jadual barang makanan yang korang bawak yer. Makanan ke ubat ke buat jadual je senang, kalau tak jenuh nak explain kat officer tu.  Bila dah buat jadual, diorang tengok je dah boleh tau lepas ke tidak..
Elakkan barang2 yang terlarang.  Kalau dah tak boleh bawak jangan la gatal nak bawak jugak, hilang mood korang nak travel kalau kene bayar saman 400NZD nanti.. huhuhu...

Kalau korang perlukan contoh list makanan yang kita buat last time, boleh laa buat permintaan di email ini yer
maurasha19@gmail.com


List makanan/Ubat yang kita buat tu siap dapat pujian dari imigresen NZ lagi.. huhuhu.. ke diorang perli ehh??
Kot laa jadual yang kita buat over nau.. hahahaha..



List untuk ubat-ubatan

Keperluan Diri


Bab ni kira depends pada individu laa senang cerita..
Sebab keperluan masing2 berbeza kan.. ada orang dia bawak gadget lebih dari dia bawak baju.. Hahahaha.. Not me.. not me...
Kita bawak pakaian pun tak banyak mana, cuma kasut memang bawak spare dua sebab incase kalau kene hujan..
Toiletries pun bawak travel size, kecik2 je supaya tak berat pada luggage.  Winter jacket bawak sehelai je incase tak tahan sejuk, mujur ler bawak sbb tak sangka boleh jumpa salji pulak kan..
Kalau bab gadget, hanya bawak handphone semata2.. huhuhu..
So memang depends pada korang laa nak bawak apa2 kan mengikut pada kemahuan dan keperluan di sana nanti.. 



Antara yang di bawa ke NZ

All in travel size


2 pairs shoes
Suka sangat kasut color grey tu sebab paling ringan dan cepat kering bila kena hujan, tak mudah kotor juga 
Smart pack - all in packaging plastic (for safety)

Sebenarnya macam banyak je nak share lagi tapi maybe bila dah on post travelog NZ nanti kita add skali tips yang kita pikir boleh membantu korang yang nak travel ke NZ nanti yer..  Setakat ni, terimalah perkongsian dari kita yang tak seberapa ni.. habis idea ni oiii!!!

Mekacih.. 


P.S :  Berminat dengan itinerary, bolehlah email maurasha19@gmail.com




No comments: