Wednesday, February 26, 2020

Day 8 : Travelog New Zealand on Autumn 2018 ~ Queenstown - Clyde - Lake Dunstan - Jackson Orchard, Cromwell - Arrowtown -

19 April 2018 (Thursday) > Day 8


Journey from Queesntown to Clyde - Lake Dunstan - Jackson Orchad, Cromwell - Roaring Meg, Kawarau - Kawarau Bungy Center - Arrowtown - Glenorchy - Skyline Gondola, Queenstown

Clyde Lookout  & Lake Dunstan

Hari pertama di Queenstown, kitorang keluar awal pagi.  Parking pun sampai 9am je free.  So baik gerak awal laa kan.  Around 8pagi kitorang gerak dari Queenstown direct to Lake Dunstan.  Tapi sebelum ke Lake Dunstan kitorang berhenti dulu kat Clyde Lookout.  Dari lookout point ni boleh nampak satu pekan Clyde, memang cantik kalau time autumn ni.  Cuma yang tak cantiknya cuaca so windy pagi ni.  Angin kat NZ ni bukan calang2, kuatnya boleh buat ko terbang.. Hihihihi..

Dah selesai meng-selfie kan diri kat Clyde lookout ni, kitorang patah balik ke Lake Dunstan.  Kalau ikut plan nak tgk sunrise kat sini, tapi non hado ler dik, sampai sini pun dah jam 9pagi.. Huhuhu.. Lupa nak habaq, dari Queenstown ke Clyde perjalanan lebih kurang 83km.. Bila singgah area Lake Dunstan memang layan diri sekejap laa, sebab lake dunstan ni ada kawasan cantik especially kalau ko hunting for autumn scenary.  Cuma tu laa cuaca agak windy pagi ni so air tasik tak berapa nak tenang.. kalau tak mesti lagi cantik.  Yang paling bestnya pagi ni takde orang langsung wokehh.. Weouls je yang ada disini this morning.. Kekadang rasa tenang kekadang rasa seram.. Hahahaha..



Out from motel-on the way ke tempat parking kereta

Sekitar Queenstown ni memang cantik
Out from motel-on the way ke tempat parking kereta



Welcome to Clyde

Elok pulak diorang bagi gambar view kat signboard tu, sama je view dia cuma sebabkan pergi time autumn so banyak pokok kekaler yellow..huhu

Kalau masa mengizinkan memang nak explore sangat kat clyde ni, tapi dok queenstown 2 hari aje

Serius cantik view pekan clyde nih
Cuma time ni angin kuat amat

Singgah kat Lake Dunstan pulak, patutnya nak tengok sunrise kat sini.. huhu..

Time ni angin kuat jadi air tasik dah rupa air laut je, berombak2

Boleh nampak eh ombak2 kat tasik nih, sebabkan angin yang kuat

Tapi view tetap awesome

Dapat jumpa bentuk awan yang pelik memanjang gitu

Still in Lake Dunstan

Lake Dunstan

Lake Dunstan

Lake Dunstan

On the Way ke pekan Cromwell dari Lake Dunstan memang akan lalu sini The Bruce Jackson Lookout, wajib singgah wokeh!!!

Cantik sangat view area sini


The Bruce Jackson Lookout


semua sign bandar NZ dia letak hah



 Jackson Orchard, Cromwell

Dari Lake Dunstan memang kita akan merentas masuk pekan Cromwell ni. Senang cerita nak masuk Lake Dunstan memang akan lalu pekan Cromwell ni. Huhu.. So dari awal plan, nak merasa laa fresh fruit ice cream kat sini.  Rugi korang singgah cromwell tapi tak singgah makan ice cream sini, sedap sangat2 wehh!!

So decide masuk Jackson Orchard je, ada lagi yang lain2 but yang ni yang 1st kedai kita jumpa.. so berhenti sini jelah.  No regret at all because belakang kedai tersangat laa cantik farm dia.  Padahal pokok buah je pun tapi kau punya jakun, Ya Allah macam tengok pokok apa je kan.. Haha.. Kat Jackson Orchard ni iols beli honey manuka, actually korang boleh je beli kat kedai souvenir queenstown tu je, much cheaper. Tapi saja2 laaa daku nak try honey kat sini.  Terlalu banyak jenis honey kat sini sampai pening plak nak pilih.  Takde plak haku buat research jenis2 madu ni kan, tapi sebabkan dah mmg plan nak beli honey manuka so grab honey manuka jelah.

Lama jugak kitorang kat sini, melayan sesi photoshoot belakang kedai lagi.. Hahaha.. Then layan makan ice cream bawah giant tree lagi.. Sejuk2 makan ice cream nikmat dia lain wehh.. Sebab ice cream korang takkan cair walau lambat mana korang makan..huhuhu..  Moh marilah kita gerak ke destinasi seterusnya..


saja post kat sini kot2 ada yang bercadang nak beli pokok buah bawak balik Malaysia..kikiki

Ini ler Giant Big Tree tempat kitorang lepak makan aiskrim
Ada kerusi bawah pokok besar tu

Jackson Orchard Cromwell

Gerai Aiskrim ada kat luar

Macam2 jenis madu ada kat sini

Bukan setakat madu je, macam2 yang diorang jual kat sini

Buah2 kering

Selain buah2 kering ada jugak nuts kat sini

Homemade jem pun ada, yg import from paris pun ado.. haa pilih2

Bukan setakat honey manuka tu je, ada lagi honey jenis lain yang diorang jual
Ni beli untuk mak, beli yang besar terus
Fresh buah2 kat sini, almaklumlah kebunnya belakang kedai aje


Bukan setakat ice cream je, korang nak juice pun ada je kat sini

Ice Cream yang berharga RM15 kikikikiki

Besar kebun dia kat belakang nih, kene naik keta khas

Layan bawah pokok jap, bukan cair pun aiskrim tu, excited betul makan aiskrim tak cair2


Nak Photoshoot kat sini pun kene beratur tau.. HAhahahaa



Roaring Meg - Kawarau Bungy Center

Perjalanan kitorang ni lebih kurang patah balik ke Queentown tapi singgah laa tempat2 yang boleh di singgah.  Dari cromwell ke Kawarau Gorge Road nih memang akan lalu vineyard. Cuma kita tak singgah laa sebab masa tak mengizinkan.  Sebelum sampai tempat bungy jumping tu kitorang singgah kat Roaring Meg lookout.  A few tourist memang ada kat sini, kalau uols berhenti sini view memang cantik sebab boleh nampak kawarau river.  Ikutkan takde pape pun sini, korang leh nampak laaa tempat hydro electric merge dengan kawarau river, tu je pun.  Sekejap je singgah then directly ke Kawarau Bungy Center- Aj Hackett Bungy.

Tempat mesti singgah untuk tengok aktiviti lasak bungy jumping.  Tapi nak lompat memang idak ler.. Hahaha.. Anak dua orang tunggu kat umah hoiiii.. ;P
Dalam center quite interesting juga, kitorang merasa laa jugak naik tangga ke atas dalam building ni, cuma tak berkesempatan nak jenjalan seberang bridge kat situ.  Kalau korang singgah sini, jalan2 laaa sebelah bridge tu yer.. As usual kalau time autumn kat sini memang cantik scenary dia.  Kawarau river serius memang cantik sangat dan jernih sangat air dia.  Layan gambar jelah ehh..


Ada tempat stop kat Roaring Meg nih, kalau nak layan tengok kawarau river boleh je nak stop

Hydro Stream merge dengan Kawarau River




Buat kenangan je, yang pasti sekejap je kitorang singgah sini
Tak sampai 10 minit pun.. hahahaha

Ok kat sini memang lama, serupa macam ko plak yang nak buat bungy jumping tu kan



Still connected dengan Kawarau River



Seberang bridge ni uols boleh jenjalan, tapi kita malas, so tak pergi seberang sana pun

Kawarau River memang cantik air dia, jernih amat

Inside Kawarau Bungy Center

Kalau dari luar nampak kecik je tempat nih, skali masuk boleh tahan jugak keluasan dia

Pandangan dari atas Kawarau Bungy Center



Arrowtown

Kitorang meneruskan perjalanan ke Arrowtown.  Smalltown yang tersangat laaa 'comel' which is korang boleh tawaf seluruh pekan dalam masa setengah jam ajo.. hahaha.. Comel kan??  Parking berdekatan dengan library Arrowtown.  Plan utama ke Arrowtown hunting for bukit yang penuh dengan pokok red-yellow tu.. susur laaa sungai arrowtown nih, ramai sangat tourist kat area nih.. Jalan-jalan sekitar river ni sampai laa jumpa Wilcox Green.  Biasanya pro photographer akan ambil gambar sekitar wilcox green ni waktu autumn (korang boleh google je for the best photo of Wilcox Green).  Cantik sangat kat sini waktu autumn.. And the best thing is kitorang berada di sini at the right time.. ngeeee... Maksudnya, kitorang sampai sini betul2 time pokok2 kat sini penuh autumn colour.  Kat sini pun memang ambil masa yang lama, susah plak nak lepaskan moment kat sini.. ralit sangat ambil gambar.


Sampai sudah ke Arrowtown,pekan wajib untuk pergi waktu autumn


Pokok merah ni memang sentiasa jumpa bila ada kat NZ ni


Building sekitar Arrowtown ni memang unik sebab ala2 pekan koboi sungguh

Ni memang pejabat post tau, rajin2 laa kirim poskad tuk diri sendiri kat pejabat post nih

Bajet time dalam setengah jam korang dah leh habis tawaf seluruh pekan nih..ngeee







Menuju ke laluan tepi sungai Arrowtown


Jernih tau sungai Arrowtown nih


Ok dah nampak hint2 bukit yellow2 tu, hati sudah berbunga2

Yeay, jumpa sudah

Wajib ke Wilcox Green ni yer kalau singgah Arrowtown







Glenorchy

Dari Arrowtown, masuk semula ke Queenstown.  Time ni berkira2 nak naik skyline dulu atau ke Glenorchy.  Sebab hari dah lewat petang, paham2 jelah kul 5.30pm dah gelap kan.  Weouls decide terus je ke Glenorchy.  Kitorang nak ganjak ke esok hari pun tak boleh memandangkan perjalanan esok jauh juga.  Dari Queenstown ke Glenorchy memang kita akan disajikan dengan pemandangan Lake Wakatipu.  Cantik sangat view kat sini cuma waktu ni dah mula mendung, gloomy sangat.  Jalan ke Glenorchy pulak berliku2 sungguh.  Bila sampai Glenorchy hujan turun lebat pulak, tunggu sekejap dalam kereta sementara tunggu hujan reda.  Agak2 hujan dah renyai2 tu kita turun juga laaa into the bridge and red barn with the sign of Glenorchy.  Tak dapat laa view Glenorchy yang cantik tu, serupa pulak kejadiannya macam kat Mount Cook tempoh hari.  But its ok, kita percaya tempat lain cuaca mesti akan menyebelahi kita.  Tak lama je kat sini sebab nak kejarkan naik gondola kat Queenstown pulak.


Mendung berarak pilu Glenorchy time ni

Itik pulang petang wehh

View of Lake Wakatipu



Red barn nih memang famous kat sini, takde menda pun kat dalam tu


Skyline Gondola, Queenstown

Bila sampai Skyline Gondola, kene laa beratur panjang, mujur laa kat sini tak hujan.  Cuma kitorang tak dapat nak naik luge sebab tempat luge dah nak closed, dah dekat jam 5pm waktu tu.. sayang pulak.. Tapi kita decide untuk naik juga, nak dapatkan pengalaman tengok view queenstown dari atas.  Cantik je view dari atas ni, tapi yang tak berapa best tourist ramai sangat expecially from China.  Adududu.. Mood ke laut jugak laaa, dah laa frust tak dapat main luge..huhuhu.. Kalau dapat schedule plan semula, supposed kitorang ke Skyline Gondola dulu then baru ke Glenorchy kannn.. Its ok maybe next time.. wink ;)
Kita hanya merancang, tapi tuhan juga yang menentukan.

Balik dari Skyline Gondola tu terus je ke Pak n Sav kat Frankton, buat apa lagi borong coklat ler.  Kat sini harga memang murah yer banding Pak n Sav tempat lain. Waktu ni laaa terjumpa plak family from Malaysia, seriously familiar sangat muka diorang nih tapi tak ingat, maybe tengok on blog ke, dah lupa pulak.  Dari Pak N Sav, kitorang parking terus kat Man Street, Queesntown.   Korang boleh search for Man Street Parking. Dari parking singgah kedai DF Souvenirs untuk final shopping souvenir.  Esok pagi2 dah nak gerak ke sebelah west coast NZ pula.  Tak sabar nak terjah Blue Pool.. Hihihihi.. :)


Skyline Gondola ni berada atas bukit so korang dapat view bandar Queenstown dari sini




Harga Skyline Gondola & luge, tapi ni time 2018 laa
Sekarang punya harga tak tahu ler dah naik ke 





View of Lake Wakatipu


Dari atas ni boleh nampak seluruh bandar Queenstown




Dah sampai Pak N Sav Frankton, moh ler borong cokolet

Tempat lain harga NZD4.00++

Souvenir for family members

Cotton bag memang cantik2






Untuk si kakak Qaisara


Inilah motel kitorang X-base Queenstown untuk 2hari
Harga 200++ je dua hari
Harga korang takkan dapat kat Queenstown nih
Silalah rajin bukak agoda tetiap hari yer
Huhu..