Friday, July 12, 2013

Persediaan Menyambut Bayi Baru Lahir / Newborn Checklist

Salam deary,

Enrty ni sepatutnya dah keluar lama dah, tapi tak berkesempatan nak berblog sejak kebelakangan ni. Ohh, diri ni tersangat lah bz sampai blog sendiri pun dah bersawang2. Hehe.. 

Kelengkapan baby ni saya start awal2 lagi, almaklumlah semua orang sedia maklum barang sekarang mahal2 belaka. Tak mampu ler nak beli harung semua sekaligus, kalau dikira2 berhabis jugak ribu riban duit wehh.. Sebab itu laa dari seawal kandungan 5 bulan lagi, tiap kali dapat gaji je saya terus beli sikit2 barang baby ni.  Biasanya baju baby kita beli last2 sebab waktu tu tak scan lagi, tak tahu gender baby lagi. Kalau beli pun amik yang puteh2 melati aje.. Uicehhh!!! :)

Kalau korang search kat Google tentang checklist newborn ni, mmg banyak sangat yg korang akan jumpa. Hehe.. That's why ler, awal2 lagi dah print and list kan apa yang nak di beli. Siap ikut kategori lagi.  Huhu.. Biasanya mak mmg dah pesan awal2 baju baby jangan beli banyak2 sebab baby ni cepat membesar. Lagipun kita sendiri pun tak tahu tahap kegebuan anak tuu kan.. So, jalan paling selamat, beli sikit2 aje, dapat bekalan seminggu dua untuk baby pakai pun dah ok.  Thanks mak for the tips!!

Memandangkan ini persediaan untuk anak pertama, jadi banyak juga laa yang kene sediakan. Semua pun kene beli baru, cuma Playpan & Stroller jer dapat *free.. huhu.. Itu pun dapat dari kawan Encik husband yang bermurah hati nak beri kat kitorang. Terima kasih sesangat kat kawan hubby tuu. Tak payah nak pening2 dah cari baby cot aka playpan dengan stroller. :)

Kalau korang tanya mana tempat favorite waktu beli barang baby, dah tentu ler jawapannya Jusco Midvalley & Sogo. Hehe.. Itu pun kene tunggu waktu sale. Boleh rambang mata rasa nak beli semua je. Lagi satu, we all wifey and hubby sempat jugak pergi Expo Mom's & Baby kat Midvalley. Berborong berhabis jugak kat situ sebab harga mmg murah2 + pilihan pun banyak jugak. Jadi dari segi pembelian ni, ikut kemampuan masing2 juga la yer. Yang pasti beli yang perlu sahaja dan tidak membazir. Huhuhu.. (pandainya nasihat orang..haishhh)



Breast Pump Snug ~ Brand baru ni siap ada massage2 lagi.. hehe :)

Masih dalam packaging lagi sebab belum basuh..hehe 

Pun sama jugak kes belum basuh lagi.. :P

Kelengkapan Nursering

Bedding Set

Kelengkapan Mandi2..huhu..

Diapers Huggies!!! (Sila abaikan kura2 itu yer!!!)

Newborn Checklist + Keperluan Ibu 

Keperluan untuk di bawa ke Hospital :-

Untuk Ibu

1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah ~ √ Check (mmg stanby dalam kereta je)
2) Kad Pengenalan √ Check (confirm ler ada)
3) Telefon Bimbit √ Check (haishh, kene ada sonang nak ber'fb'..hehe)
4) Baju/Blouses √ Check
5) Stokin √ Check
6) Kain Batik √ Check
7) Baju/Seluar Dalam √ Check
8) Skaf Kepala/Ki √ Check (bawa tudung spare je)
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) √ Check
10) Majalah/Buku ~ (beli paper je kalo bosan nanti)
11) Tuala Mandi √ Check
12) Maternity Pad/Pad Biasa √ Check
13) Tuala Muka √ Check
14) Selipar √ Check
15) Kamera √ Check (pakai hp aje!)
16) Air/Minyak Selusuh √ Check
17) Minyak Angin √ Check
18) Air Zam Zam √ Check
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti) √ Check (Encik Husband punya keje nih!!)
20) Termos Air Panas √ Check
21) Bag Plastik √ Check
22) Baju Sejuk (Sweater) √ Check
23) Sikat √ Check
24) Breast Pad √ Check
25) Nursing Bra √ Check

Untuk Bayi

1) Baby Diapers √ Check (bawak satu pek terus stanby dalam kereta)
2) Baju √ Check
3) Minyak Telon √ Check (Minyak Yuyee yer anak2)
4) Baby Wipes/Wet Tissue √ Check
5) Tuala Mandi √ Check
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi √ Check
7) Peralatan Mandi √ Check
8) Selimut/Bedung √ Check
9) Barut √ Check
10) Topi √ Check


Keperluan Berpantang untuk Ibu :-

1) Jamu/Set Lepas Bersalin √ Check (Kita amik Supplement Shaklee :)
2) Stokin √ Check
3) Baju Sejuk √ Check
4) Tungku √ Check
5) Selimut √ Check
6) Selipar √ Check
7) Buku/Majalah ~ (Tak elok baca waktu berpantang nanti mata jadi rabun :)
8) Kain Batik ~ √ Check (kain batik mak kan banyak.. ngeh..ngeh..ngeh)
9) Bengkung/Barut √ Check
10) Maternity Pad/Pad Biasa √ Check
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut √ Check
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti) √ Check (Berpantang rumah mak confirm2 ada semua ni :)


Baby Gear

1) Baju- Lengan Pendek √ Check
2) Baju- Lengan Panjang √ Check
3) Romper √ Check
4) Seluar- Pendek √ Check
5) Seluar- Panjang √ Check
6) Sarung Tangan √ Check
7) Sarung kaki √ Check
8) Baby Bip √ Check
9) Sapu Tangan √ Check
10) Barut √ Check
11) Topi √ Check

Diapering

1) Napkin - 1 pek √ Check
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek √ Check ( 3pek terus.. hehe..)
3) Diaper Wipes - 2 pek √ Check
4) Safety Pin ~ (minatang ni tak beli sbb rasa tak perlu je)
5) Changing Mat √ Check
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin √ Check
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi √ Check

Baby Care & Grooming

1) Bedak Bayi √ Check
2) Losyen Bayi √ Check
3) Minyak Bayi (Baby Oil) √ Check
4) Tisu √ Check
5) Sikat √ Check
6) Putik Kapas (Cotton Bud) √ Check
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper) √ Check
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon √ Check
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls √ Check


Nursering

1) Selimut √ Check
2) Bedding set √ Check
3) Play Pen / Katil Bayi √ Check
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu 
6) Bakul Baju Kotor √ Check
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear) √ Check
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care) √ Check


Feeding

1) Botol saiz S - 2 √ Check
2) Puting Botol Susu - 2 √ Check
3) Bottle Sterilizer √ Check
4) Berus Pembersih Botol √ Check
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2 √ Check
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak √ Check
10) Breast Pump √ Check
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra √ Check
13) Termos √ Check


Bathing

1) Tuala √ Check
2) Besen Mandi √ Check
3) Syampu √ Check
4) Sabun Mandi √ Check
5) Span 
6) Gayung ~ (tak perlu kot, baby mana reti angkat gayung.. hehehe..)


Travelling

1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Extra

1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear

Fuhh, pengsan mak cenggini rupa checklist nyaa.. So, bakal2 ibu diluar sana silalah mengkaji, membelek, meneliti dan seangkatan dengannya tuk semua keperluan2 ni yer. Mana tahu boleh bagi korang idea ke untuk tambah2 apa2 yang patut. Huhu... 

Selamat Menghabiskan RM lah yer!!! huhu!!


P.S : Yang extra2 tuu rasanya tak perlu lagi kot.. Nanti lepas pantang pun boleh beli mana yang takde tuuu.. huhu...


Yeay, dah siap cuci!!! Cute~nya bila dah gantung2 macam ni :)


XOXO

Amalan Zikir Ketika Sakit Bersalin (Doa Nabi Yunus A.S)

Salam Ramadhan Al-Mubarak,


Sekejap je dah masuk Bulan Ramadhan, hati pun dah mula berdebar-debar + teruja + tak sabar dah nih, almaklumlah due date tak lama dah. Sekarang pun dah 37 minggu 4 hari dah pun, tinggal 18 hari je lagi.  Owhh, no!!!

Sepanjang hamil ni mmg selalu sangat kuatkan semangat diri. Yelah, anak pertama, pengalaman pun takde.  Asyik dengar cerita & pengalaman orang lain je sebelum ni. So kene lah siap sedia mental & fizikal nak hadapi proses2 melahirkan anak nanti. Huhu.. (Aja Aja Fighting!!!)

Bila baca review kat internet cara2 memudahkan proses bersalin, huh!! Melambak2 tips yang diorang share. Agak2 korang laaa, boleh ke ingat semua tu bila dah start contraction nanti?? Hehehe.. 

Actually dari awal pregnant lagi saya amalkan baca Surah Maryam, Surah Yusuf dan Surah Lokman. Rasanya ramai juga tahu kebaikan surah2 ni sewaktu hamil.  Memang saya galakkan untuk wanita2 yang hamil baca dan hayati surah2 ni.  Dalam kereta pun saya simpan supaya dapat dgr waktu pergi dan balik kerja.

Cuma apa yang nak dikongsikan di sini, memandangkan waktu nak bersalin pun dah dekat, selalu orang pesan untuk amalkan zikir atau doa Nabi Yunus A.S. Doa dimana kita memohon kepada Allah SWT untuk melepaskan hambaNya di kala menghadapi saat2 kecemasan, kesusahan atau musibah sepertimana kisah Nabi Yunus A.S. Kalau boleh, masukkan sekali doa Nabi Yunus A.S ni dalam doa2 selepas solat kita.  Doa ni juga boleh di baca berulang kali sebagai zikir ketika melalui proses sakit bersalin nanti.

Saya memang dah pesan awal2 dengan Encik Husband tuk sama2 baca doa ni. Siapa tahu kan, dalam sakit2 tu dah tak boleh nak fokus, so adalah jugak yang tolong2 ingat dan bacakan. :)


(Bahawasanya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk  orang-orang yang zalim ~ Surah Al-Anbiya': 87.)



Jom kita hayati bersama Kisah Nabi Yunus A.S (disebalik kemujaraban doa ini)  


Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda  keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.

Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s.  mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.

Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...






Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. Kegelapan di dalam perut ikan
2. Kegelapan di dasar lautan, dan 
3. Kegelapan malam.

Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.

Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:

" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri  berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih.

Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.


Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.




Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.