Tuesday, October 30, 2012

L.O.G.O dan S.E.T.E.M

Assalammualaikum,  Hye!!

Sebenarnya secara tiba-tiba ternampak draf kad kahwin.. Then terkenanglah kembali masa mula2 sibuk dalam persiapan untuk hari bersejarah tu, salah satu yang agak memeningkan kepala bila nak draf kad kahwin.. Huhu..
Saya dan husband masing2 suka pada sesuatu yang simple saja, not too complicated.

Pada mulanya, saya fikir untuk pilih design kad kahwin ni satu perkara yang mudah. Rumit jugak rupanya, banyak perkara yang perlu diteliti dari segi pemilihan jenis kertas, warna dan template untuk bahagian dalam kad.. Huh.. Dalam hal ni saya yang agak cerewet berbanding encik suami. 

Untuk tidak merumitkan keadaan, saya memilih untuk draf logo pada kad kahwin. Memang nampak elegan and you know what, harganya memang sangat murah. Tak susah pun tuk cipta logo kad kahwin sebab yang pasti bukan kita yang draf kad kahwin tersebut.  Ohh, serahkan saja pada pembekal kad kahwin anda yer.. Hehehe.. 



Draf Logo 



Logo yang telah dicetak


Lepas kad kahwin siap,terus jumpa Mak Jang (Mak Sedara) untuk beli setem. Kebetulan Mak Jang kerja kat Pejabat Pos, owhh lagi mudah ler nak dapat setem yang cantik2 kan. Huhu..

Then bila dah jumpa, Mak Jang bagi idea "Why not buat setem bergambar??" Sekarang ni memang trend buat setem ada gambar2 nih. 
Saya ingatkan setem bergambar ni agak mahal, bila tanya Mak Jang rupanya murah laaa juga. Seronok betul tengok gambar kita kat setem.. Hehe.. 
Unik lah!!!


Comel tak?? :)

XOXO

No comments: