Wednesday, April 10, 2013

Persediaan Perkahwinan : Checklist on Wedding Day as my Wishlist

Salam Lil' Diary,

Kalau ikut pada kiraan hari, cecah 11 bulan & 6 hari sudah usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Almost near to our 1st Anniversary. 
Dan sempena 1st Anniversary inilah, teringin sangat nak imbau kembali hari bersejarah gilang gemilang (kononnya!!!) dan bila kenang semula, confirm akan terdetik dalam hati "Ermmm, nak kawin lagi boleh tak???" Hahahaha.. Oppps..Oppps.. Dah tentu dengan orang yang sama. Ulang2 tiap2 tahun pun takpe. Hehehe.. Tapi secara logiknya, ianya takkan berlaku sama sekali. Apa boleh buat, hanya dapat tengok album wedding je lepas tu sengih sorang2. :P

Memandangkan ramai juga yang bertanya mana gambar hantaran (tak pernah post kat mana2 sosial page), dekat mana amik Photographer, siapa yang make up masa majlis, so dengan rasa senang hati saya share kat blog ni. :)

Lepas ni kalau ada yang tanya boleh terus tengok kat blog je. Tak payah lagi bawak album kahwin yang berat 5kg tu. Huh...

Merisik dan Bertunang

Bermula dengan merisik dan bertunang, hanya melibatkan keluarga terdekat saja. We all pilih tarikh 31 Oktober 2011, sebulan selepas raya.  Majlis pun simple sangat that day, buat setakat syarat & ikut adat je kata orang. Takde pun balas2 hantaran macam orang lain, tapi tak sangka pulak belah laki bawa juga 5 dulang termasuklah Sireh Junjung, bekas cincin, buah-buahan, kuih bahulu dan kek.
Hah, menggelabah laaa time tu sebab tak prepare apa2 sebagai balasan. Nasib baik kebetulan time tu memang dah order cupcake, coklat (tu pun kebetulan baru balik dari Langkawi), buah-buahan. Sudahnya lagi 2 dulang letak Kuih Bahulu dan Gulai Ayam. Hahaha.. Gulai pun gulai lah janji tak kosong. :)

Waktu majlis tunang, make up pun sendiri je. Takde nak buat grand2 bagai. Kami ikat dalam 7 bulan sebelum majlis nikah berlangsung. Memang cukup sangat masa untuk buat preparation wedding. Kalau u all tanya ada dugaan tak waktu bertunang, jawapannya "Alhamdulillah, tiada. Semuanya berjalan lancar" :)

Dari segi persiapan, memang takde masalah. Nak pilih barang2 untuk hantaran pun tiada masalah. Bila kita dah merancang dengan baik, nak buat apa pun semuanya jadi teratur. Happy :)

Majlis Nikah

Ianya bermula pada 4 Mei 2012 bersamaan 12 Jamadilakhir 1433 jatuh pada hari Jumaat. Kami bernikah di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda pada jam 10pagi. Kalau dah bernikah pagi tu, sah2 pengantin kene siap awal kan. Pukul 8.00 pagi lagi Kak Awin dah sampai tuk sesi make up. Perasaan waktu tu tak payah cakap laaa. Dalam hati berdoa sangat semoga majlis lancar dan Encik Suami dapat lafaz akad dengan baik dan tenang. Alhamdulillah, hanya sekali lafaz oleh Encik Suami, termeterailah hubungan kami sebagai suami dan isteri. Syukur sangat pada Allah SWT kami selamat disatukan. Happy Version 2.0 :)

Kebiasaannya, orang akan buat majlis berinai. Tapi bagi saya lebih afdal jika ditukar kepada Majlis Doa Selamat. Mungkin niat lebih kepada mendapat keberkatan majlis nikah yang selamat berlangsung pagi tadi. Majlis Doa Selamat berlangsung lepas waktu isyak oleh orang2 Masjid di kawasan taman. 










Majlis Sanding

Majlis Bersanding berlangsung esoknya pada 5 Mei 2012 bersamaan 13 Jamadilakhir 1433 hari Sabtu dan bertempat di rumah mak abah je. Pada mulanya cadang nak sewa dewan, tapi waktu merancang tu ambil kira jumlah tetamu dan perkara2 lain lagi terus ubah fikiran buat di rumah mak abah je.  Rupa-rupanya buat di rumah banyak juga jimatnya. Waktu majlis dari 12.00 tengahari hingga 4.00 petang (waktu standard majlis sanding). Apa kata layan gambar2 sekitar majlis berlangsung :)









Hantaran

9 Dulang berbalas 7 Dulang hantaran seperti yang telah ditetapkan antara kedua belah pihak. Tapi bila kira2 semula, rupanya2 sebelah lelaki beri 9 dulang, lebih 2 dulang pulak. Apa2 pun terima kasih sangat, kita terima dengan hati yang terbuka. Uicehh..
Hantaran sebelah perempuan tak buat tempahan dari mana2 butik pun. Bahan2 yang ada pun semuanya milik persendirian sahaja. Cuma kebetulan Maksu Lily saya pandai sangat gubah fresh flower (pengalaman kerja kat florist shop), so minta tolong pada maksu je untuk tolong gubah. Fresh flower untuk hantaran Maksu & Paksu sponser. Hehe.. Mekacih yer MAKSU & PAKSU!!! Memang puashati sangat2 dengan gubahan dari Maksu. Thumbs up!!!

Hantaran sebelah lelaki kakak kepada Encik Suami yang gubah. Pandai jugak Kak Lily (kakak ipar) buat gubahan2 hantaran ni. Wahh, baru perasan ni.. yang buat hantaran dua2 pun panggil dengan nama Lily. Agaknya orang nama Lily ni memang bertangan kreatif kot. Huhu.. Thumbs up jugak!!!



Hantaran dari Pengantin Perempuan 


Hantaran dari Pengantin Perempuan 


Hantaran dari Pengantin Perempuan 


Hantaran dari Pengantin Lelaki


Hantaran dari Pengantin Lelaki

MUA

Kebanyakan orang suka ambil pakej yang mana dalam pakej tu semua ada termasuklah jurumekap. But for me, saya suka ambil asing-asing kononnya nak pilih yang terbaik dan berkenan di hati. Uiceh.. Untuk make up, awal-awal lagi dah booking Kak Awin Seindah Wajah. Memang sebelum bertunang lagi dah rancang kalau dapat je tarikh kahwin, terus nak booking Kak Awin. 

Rasanya ramai je kenal Kak Awin ni, mostly selebriti dari TV9 yang selalu tempah Kak Awin tuk job solek menyolek nih. Orangnya kecik and comel je, yang pasti peramah dengan pelanggan dia.  


Hasil dari Kak Awin ni memang marvellous!! Puas hati sangat. Waktu bersanding dah berpeluh sampai petang pun bedak tak pecah. Pandai sangat dia blend make up especially bahagian mata. Kalau u all nak booking Kak Awin ni diharap tempah la awal2 yer at least 8 bulan sebelum wedding. :)








Katering


Kalau bab makan, ni lah yang paling utama antara segala perkara yang dirancang dalam majlis kahwin. Memandangkan majlis buat di rumah, jadi tempahan katering awal-awal lagi dah booking untuk makanan dan juga set Arabian Canopy. We all ambil D'Ara Katering sebagai pilihan. Katering ni tempatnya di Ara Damansara, sempat jugak pegi test food dengan mak. We all test food katering yang satu ni je, terus mak setuju. Lauk pauk dia semua sedap tapi apakan daya boleh buat pilihan tuk 4jenis lauk sahaja. Huhu.. 

Dalam pakej katering ni termasuklah dengan hiasan meja makan beradap, Wedding Cake, DJ dan PA System, so senang betul ler keje. Tak perlu pening kepala lagi sebab katering dah cover banyak benda. Lauk sangat sedap, decoration untuk meja makan beradap pun gorgeous sangat!! So thumbs up lah!!! 











Baju Nikah, Sanding & Pelamin

Kredit to Maklang yang telah siapkan baju nikah yang Sweeeet sangat. Baju Nikah buat simple2 je ala2 baju kurung moden gitu. Almaklumlah, majlis akad nikah buat pun kat masjid, jadi fikir design yang simple dan sopan saja. Kain lace untuk baju nikah tu asalnya kosong je tanpa manik. So hasil kerja keras kakak ku yang tersayang, dapat laa baju nikah yang fully beaded and pearl. 

Untuk Baju Sanding & Pelamin  tempah khas dari Abg Dee. Ramai juga puji baju waktu bersanding tu tapi sayangnya Abg Dee dah tak ambil tempahan untuk majlis kahwin lagi. Yang pasti, tema pink + Off White tetap jadi pilihan. Pelamin pun bertemakan Garden Pearl White tambah dengan decoration fresh flower kiri dan kanan. Layan pixy jelah lagi best.. :)









Photographer

Gambar yang gorgeous da boom yang u all tengok dari atas sampai ler ke bawah semuanya hasil kerja Abg C-Rol dari Serindit Photo. Waktu Nikah, Sanding & Outdoor Session semua diambil oleh Abg C-Rol bersama pembantunya (lupa dah apa namanya.. hehe). Saya memang jatuh cinta dengan hasil kerja Abg C-rol ni dan disebabkan itu lah bila datang je studio Serindit Photo ni, lepas layan album-album contoh yang ada terus je letak deposit. Tak fikir banyak pun. Hehehe.. 






Bilik Pengantin

Decoration untuk bilik pengantin takde tempah khas dari mana2 butik pun. Semua pun DIY je. Lagi 2 hari nak nikah, baru laa terkedek-kedek pegi Ikea cari few things yang boleh guna sebagai decoration bilik pengantin. Even langsir pun mak yang tolong jahitkan. Kredit to Mak Tersayang. Hehe.. Tapi tetap berpuas hati juga sebab hasilnya sweettt sangat2. :)

Tips : Sila letak bunga rampai banyak2 dalam bilik untuk keharuman semulajadi. Favourite kebanyakan pengantin termasuk saya sendiri :P










Doorgift

Doorgift untuk majlis memang DIY je. Kebetulan saya penggemar bakul mengkuang, jadi awal2 lagi memang dah decide waktu majlis nak beri bakul mengkuang sebagai doorgift. Bakul mengkuang yang kosong beli kat Nilai 3 je tapi waktu tu susah dah nak cari sebab sekarang dah keluar trend lain dah. Untuk hiasan riben pada bakul mengkuang tu mmg buat dan design sendiri sahaja. Dalam tempoh yang singkat kerjakan 700 bakul mengkuang tu sorang2.. Huhu.. Bangga betul dengan pencapaian yang tak seberapa ni. Apa yang penting kepuasan hati dapat DIY doorgift sendiri.

Dalam bakul mengkuang tu, letak cookies handmade ala2 Famous Amous tu. Cookies tu tempah dengan Kak Feda RJ Delights Cookies. Sampai sekarang pun kalau time raya pun tetap buat tempahan dengan Kak Feda, sedap sangat cookies tu, ramai juga yang puji!! So, thumbs up to Kak Feda!!


Doorgift yang lain termasuklah Bahulu Kemboja (Adik yang sponser ni), Buku Yasin, Coklat & Candy yang tak dapat nak post gambarnya. Ni semua gara2 terlupa dan kesibukan yang tak dapat dielakkan waktu kejadian. Huhu..



Bekas Mengkuang

Chocolate and Candy

Actually banyak sangat nak share kat sini tapi tangan pun dah tak larat nak menaip pun. Ikut hati nak je review satu-satu tapi sampai esok pun takkan habis. Hehehe.. Cukup setakat ni, mungkin boleh sambung entry yang baru kemudian hari je. Toodles!!!



XOXO