Monday, May 6, 2013

Rakyat Malaysia Sejati ~ PRU 13

Salam deary,

Saya telah mengundi!!! Yeayyyy!!!!

Dengan bangganya saya telah menjalankan kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati. Uicehhhh!! (padahal baru ler 1st time pergi undi).
Dan kebetulan juga tarikh Pilihanraya Umum ke -13 kali ni jatuh pada hari yang sama saya berada di atas pelamin tahun lepas. Huhuhu.. Terasa macam satu Malaysia meraikan hari gemilang nih. Ngeh..ngeh..ngeh.. :P

Mula-mula kene tunggu Encik Suami mengundi dulu sebelah pagi di SM Sains Selangor bagi Parlimen Bandar Tun Razak.  Jadi sementara tunggu Encik Suami tu, boleh laaa kemas mengemas rumah dulu, golek-golek (adegan ibu mengandung, sila jangan tiru) rehat-rehat kejap then sebelah petang baru turn saya pulak pergi mengundi.

Elok pulak cuaca petang tu hujan, tapi bila sampai kawasan sekolah hujan pun dah berhenti. Cuaca pun sejuk je tambah lagi orang tak ramai dah. Lengang je bila masuk kawasan sekolah, memang sesuai untuk ibu mengandung yang rimas kalau tengok ramai2 orang nih. Hehehe.. Saya mengundi di SK Taman Koperasi Polis bagi Parlimen Batu.  Buat undian pun tak sampai 5 minit pun sambil lenggang-lenggang kangkung :) 



Dakwat telah dicalitkan bukti tanda telah mengundi


Saluran 7

Owhhh, gedempol nyer jari-jari itu.. huhu



P.S  : Setiap undian adalah rahsia individu.  Tak perlu nak cuit orang sebelah tanya kau undi siapa ehh??? Erkkkk??? :P

XOXO


No comments: