Monday, March 3, 2014

Selalulah kita berdoa

As'Salam,

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Inginkah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dapat meyelamatkan kamu dari musuh-musuh dan memudahkan rezeki bagi kamu?  Maka berdoalah kamu kepada Allah SWT pada waktu malam dan siang, kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin." (HR. Abu Ya'la).

Menerusi ayat Al-Quran dan hadis tersebut sangat jelas disebutkan bahawa doa mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim.  Dengan doa, segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.


Allah SWT sangat sayang kepada hamba-Nya sehingga Dia selalu mengabulkan doa hamba-Nya yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang mahu melaksanakan ibadah kepada-Nya.  Jadi, berdoa tidak akan pernah membuat kita rugi kerana akan selalu dikabulkan oleh Allah SWT.  Allah SWT mengabulkan doa menerusi tiga cara,iaitu :


1.     Segera dikabulkan atau pada waktu itu juga.


2.     Ditangguhkan dan akan dikabulkan hingga ke waktu yang paling tepat untuk kita menurut Allah SWT. Kerana Allah SWT Maha Tahu waktu terbaik dan yang paling tepat untuk memberi sesuatu kepada hamba-Nya.


3.     Disimpan untuk dijadikan sebagai penolong di akhirat kelak.


"Tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah SWT dengan suatu doa yang dalamnya tidak mengandungi dosa dan pemutusan silaturrahim, melainkan Allah SWT akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga kemungkinan : (iaitu) dikabulkan segera doanya itu, atau Dia akan menyimpan baginya di akhirat kelak, atau Dia akan menghidarkan darinya keburukan yang semisalnya.  "Maka para sabahat pun berkata : "Kalau begitu kita perbanyakkannya. " Baginda bersabda :"Allah SWT lebih banyak (memberikan pahala).
(HR. Ahmad, Bukhari dalam Abadul Mufrad, Al-Hakim dan At-Tirmizi.)


P.S : Ilham dan sumber dari "99 Doa-doa "Cinta" Suami Isteri

No comments: