Thursday, April 28, 2016

Shopping Online Skincare @ ALTHEA

Assalam,

Annyeonghasayo!!!

Uicehh, cakap korea kemain lagi.. Huhuhu.. ;)
Sejak dah pandai pakai produk skincare korea lately memang suka sangat bukak website althea :) Harga boleh dikatakan reasonable dan jauh beza dengan harga kat kaunter (butik).
Bagi sesiapa yang menggunakan produk skincare korea especially Laneige,Skinfood,Etude House, Innisfree dan lain-lain.. boleh laa survey barang2 yang uols pakai di Althea. (Promote tanpa bayaran tau ni!!)

Kita ni dah mula pakai produk Laneige since kulit memang boleh hadam produk dari korea nih.. Maksudnya memang serasi habis laa.. So far pilihan mmg beli kat Althea je memandangkan harga ikut pada review mmg serupa seperti harga jika beli di Korea.

So,let's check it out macam mana nak beli skincare di Althea ni :) Harap dapat membantu uols shopping kat sini yer..

First of all dah tentu laa uols kene buka website Althea, once bila dah masuk website althea, mmg dia dah awal2 bagi ruangan tuk sign up as a member bagi yg masih baru dan belum jadi member Althea. Jadi, silalah sign as a member. Automatik uols akan dapat 15points di situ.. 15 point ni kita boleh claim waktu kita nak beli barang nanti. Dia akan ada diskaun ckit di situ.



Sory ler gambar kurang jelas sebab amik guna hp sahaja :)


Selepas register boleh log in dan update maklumat peribadi dalam akaun kita tu.  Update siap2 juga ruangan address book yang mana kita perlu letakkan alamat di mana kita nak barang tu dihantar dan juga alamat untuk resit bil bayaran.   Kemudian uols boleh lah memulakan pencarian produk yang nak di beli. Pilih-pilih produk skincare yang berkenan di hati.. Bila ada yang berkenan dan wish nak beli, boleh klik add to wishlist. Sekiranya uols confirm nak beli produk tu boleh terus klik add to bag. Mudah sangat kan!!


Boleh update address sebelum start shopping




Dekat sini uols boleh tengok senarai barang yang dah masuk dalam wishlist



Kalau dah confirm boleh letak dalam "BAG" yer

Fyi, setiap produk ada description dan juga review tentang produk tersebut. Biasalah kalau produk dari luar kadang2 tu kita was-was juga ingredients dia kan. So boleh baca dulu jika uols pertama kali mahu mencuba sesuatu produk tu. 

Lepas habis shopping dan nak buat pembayaran, u all klik pada BAG then akan keluar senarai semua barang yang uols nak beli. 
Pemberitahuan!!! Pemberitahuan!!!  Jika uols shopping lebih dari RM150.00 penghantaran adalah percuma.
Jika kurang dari RM150.00 postage perlu tambah & bayar yer.. Rasanya shipping dari Korea ada laa dalam RM30++.. Selama saya beli kat althea mmg tak pernah lagi dok bayar postage.. Hihihihi.. Rugi wooo!!!
Kalau nak elak dari di cas penghantaran tu, caranya senang aje, ajak kawan2 yang lain order sama melainkan uols punya barang sendiri je dah cecah RM150.00. Ting!!! :)

Owhh, sambung lagi..
Selepas dah check apa yang ada dalam BAG tu.. dah confirm kita nak beli barang tu boleh laa klik CHECKOUT.. Next page akan keluar cara pembayaran samada kredit kad atau through online banking.  Uols pilih cara pembayaran yang hendak dibuat.  Setelah selamat buat payment, boleh check di email untuk confirmation barang yang dah di order tu.
Selain tu,uols boleh juga tengok pada dashboard akaun yang mana setiap proses akan dinyatakan. Within a week In Shaa ALLAH sampai laa barang2 yang diorder. So far saya takde masalah beli barang di ALthea ni. Penghantaran pun ikut masa, tak pernah lebih dari seminggu pun. :)

Barang yang sampai pun elok terletak dalam kotak yg tersangat lah AWESOME. Boleh reuse semula kotak tu kalau uols sayang nak buang. DAEBAK!!! Hehehehe..


Jika dah confirm nak beli barang/produk boleh laa klik pada ikon CHECKOUT


Next page selepas checkout boleh laa buat payment di sini yer


Belanja uols gambar barang yang kita shopping di Althea.. 
Happy Shopping yeahh!!!! 




















No comments: