Showing posts with label SOUTH KOREA. Show all posts
Showing posts with label SOUTH KOREA. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Review Namdaemun Guesthouse

Assalammualaikum,

Hi bloggers!!

Meh sini iols cerita sikit pasal Namdaemun Guesthouse. Guesthouse ni dekat2 dengan Station Hoehyeon, if uols yang nak ke Namdaemun Market confirm akan turun kat station ni.
Sepanjang seminggu kat Seoul, takde guesthouse lain yang weouls stay melainkan Namdaemun Guesthouse ni.  Leceh laa nak tukar2 motel/guesthouse yang lain kan, nak kene angkut punggah luggage lagi.  Dari awal mmg dah decide stay satu tempat je.  

So, after read a few blog bout motel/guesthouse kat Seoul ni, tertarik pulak dengan Namdaemun Guesthouse ni since banyak positif review dari blogger lain.  Tambah pulak harga dia mmg valuable.  So this is my review about Namdaemun Guesthouse.

1.  Good fasilities
  • Iron baju
  • Toilet dalam bilik
  • Kitchen
Actually, masa mula2 cari pasal guesthouse ni perkara pertama yang kita survey, guesthouse tersebut perlu ada iron baju. Hihihihi.. Nampak tak disitu, tak kuasa ler nak hangkut iron dari rumah kan.  Kebanyakan guesthouse tak banyak yang sediakan iron baju tau.  Biasa laa kita pakai shawl, confirm perlukan iron kan, takkan nak pakai kedut2 pulak.  

Selain tu, Guesthouse ni sediakan bilik air di setiap bilik. Takyah nak pening laa nak sharing bilik air kan.  Ni pun antara sebab jugak kenapa weols pilih untuk stay sini.

Kalau nak story pasal kitchen, mmg hari2 masuk kitchen dia sbb nk breakfast dulu, buat air panas.  Diorang ada sediakan cereal & milk free for breakfast.  Then, kalau kita nak panaskan makanan kita, kat kitchen ada microwave juga.

2.  Owner is friendly and polite

My sis yang tolong booking and bayarkan guesthouse ni through Agoda.com, so segala email semua diuruskan oleh my sis.  So apa pun keraguan korang if korang email, owner akan beri jawapan.  
Bila dah sampai kat guesthouse weouls jumpa wife Mr.Bo dulu, then baru Mr.Bo muncul tak lama lepas tu.. 
Muka ada sinyummmmm... Cara Mr.Bo cakap polite sesangat.. sampai my sis cakap Mr.Bo tu mcm mix Japanese pun ada.. Hihihihi.. Very soft spoken.  Tak macam orang korea pun, as we known korean people kalau bercakap agak kuat dan kasar berbanding japanese people.

3.  Wifi Pocket

Actually kitorang tak perasan pun Namdaemun Guesthouse ada sediakan wifi pocket, dah dekat2 time travel baru laa terperasan kat website guesthouse. So my sis terus email Mr.Bo untuk booking pocket wifi tu.  Weouls sewa untuk 6 days je, but masa nk return tu Mr.Bo tanya bila check out, so kitorang habaq ler check out esok.  Then terus dia kata return esok aje.. Huhuhu.. Yeayyy.. dapat free satu hari.
Korang jgn tanya tau brapa harga sewa wifi pocket tersebut sbb sungguh dah lupa. Yang pasti harga dia berpatutan ok!!(Bagi ceq murah je pun)

4.  Heater

Since weols ni pegi time autumn,masa sampai Seoul dah petang suhu drop sampai 2celcius.. Sejuk betul ler.. Masuk je bilik masa lepas selesai jenjalan, warm je rasanya.. Selesa sbb heater kat lantai.. kalau korang punya baju basah letak je kat lantai esok confirm kering.. Hihihihi.. 

5. Good location

Haa, ni pun antara sebab juga kitorang pilih Namdaemun Guesthouse ni.  Dekat je dengan subway Hoehyeon Station tu.  Kalau nak ke Namdaemun Market mmg jalan kaki sesaja laa dalam 5minit dari guesthouse. Yang paling best, kitorang pegi N'Seoul Tower pun jalan kaki from Namdaemun Guesthouse ni, jimat 8000won wehh takyah naik cable car.  Experience yang takkan dilupa sampai bila2 naik tangga ke N'Seoul Tower tu, serius view awesome giler tak sama dengan view dari pandangan atas tu.
Kalau nak ke Myeongdong boleh je jalan kaki, but since dah dekat dengan subway naik subway jelah 1 station je pun.  

Rasanya cukup laa review sal guesthouse ni.. Agak2 kalau Mr.Bo boleh baca blog ni mau kembang setaman dia kannn.  Hihihihi.. Ehh, kita xdapat apa2 pun buat review ni.  Sesaja share untuk sesapa yang tercari2 tempat penginapan kat Seoul & area Namdaemun khususnya.

For me, kalau korang bajet2 ciput tapi masih nak kan keselesaan, Namdaemun Guesthouse ni boleh dijadikan pilihan. Lagipun kita travel sepanjang hari then balik guesthouse pun dah gelap, fikir nak rehat dan tido je kannn..


Laluan dari Station Hoehyeon melalui lorong sebelah C2U (Convenient Shop)
Jalan mendaki bukit sikit

Sampai simpang tiga toleh kiri dah nampak Namdaemun Guesthouse


Ni pandangan belakang dari simpang tiga tadi
(kira jalan yang berbukit tadi tu)

Dari simpang tiga tu kalau sebelah kanan uols akan nampak view ni
Ni dapur di tingkat bawah Namdaaemun Guesthouse
Ada 2bilik lagi di dapur ni, besar sikit bilik ni untuk group 4pax-6pax

Simple breakfast for guest (Roti & cereal)

Tempat basuh pinggan mangkuk, ada stove juga kat situ..
Microwave ada dalam kabinet tu.. mula2 cari tak jumpa jugak microwave tu.. hihihihi

Tempat makan di dapur, jarang la dok sini..biasa dok masak maggie pun terus bawak masuk bilik je


Pandangan dari bilik weouls

Sekitar lobby guesthouse

Sekitar lobby guesthouse
Cantik je kat bahagian luar ni
tapi tak mampu ler duduk lelama kat sini, sejuk wehh!!!

Gambar bilik je tak sempat nak ambil, ada gambar pun bersepah2 dengan barangan iols.. hahahaha.. so tak sesuai nak paparkan dalam blog nih.. sorry guys!! 

So enjoy the journey ok :)!!!

Toddles!!!




Friday, January 19, 2018

Bajet / Kos Perbelanjaan ke Seoul Korea Selatan

Assalammualaikum WBT,

Hi Uols!!!

Simple je tajuk kali ni, serupa dengan entry nyer juga.  Kali ni nak reveal cost & budget waktu ke Seoul, Korea Selatan. Memandangkan kitorang ni travel style ala2 backpackers (padahal tetap ler bawak luggage gedabak pun).. meaning apa2 yang cheap & valuable adalah pilihan untuk trip ni. Masa study sebelum ke Seoul dulu, memang tercari2 jugak info budget ni,so now create untuk tatapan blogger sekalian dan juga untuk simpanan sendiri juga, kot laa nak repeat lagi.. ngeh2.. :P


BUDGET & EXPENSES SEOUL AUTUMN 2016

Transport

Flight Airasia (Return) + Luggage            = RM991.58
T-Money (Topup)                                     = 40,000 WON (Useful for 7days)
Train ITX Cheongyanni - Gapyeong         = 4,200WON
Train ITX Gapyeong - Cheongyanni         = 4,200WON
Teksi (Nami Island to Gapyeong) Sehala = 3,800WON (lagi sehala dibiaya oleh tourist from Indonesia-sila baca entry Nami Island)
Bas Seoul to Sokcho                                 = 17,300WON
Bas Sokcho to Seoul                                 = 17,300WON
Bas Sokcho to Mount Seorak (return)      = 2,200WON (Sehala 1,200WON)
Cable Car Mount Seorak                           = 10,000WON

GUESTHOUSE

Namdaemun Guesthouse (7days)            = RM1018.20 (RM509.10 per pax)

FEE ENTRANCE

Nami Island (Ferry + Fee Entrance)     = 8,000WON
Gyeongbukgung Palace                         = 3,000WON


T-Money we all dapat free since daftar kat KTO so save ckit laa. Tinggal lagi nak topup je. At first topup 30ribu WON then topup lagi 10ribu WON. Totally fully use selama 7 hari kat seoul.  Kalau uols download apps Subway MALANG, uols boleh kira juga brapa total untuk kegunaan di subway.  Tapi memang tak kuasa laa nak kira kan, since dah topup banyak2 tu yang kita tahu touch n go jelah. Selain dari Subway we ouls spend T-Money dari Airport ke Seoul Station juga.

AREX All Stop Train (Incheon Airport - Seoul Station) = 4,250WON
AREX All Stop Train (Seoul Station - Incheon Airport) = 4,250WON

Actual budget sebelum bertolak lebih dari selepas travel. Kalau ikut kitorang budget juga cable car untuk naik ke N'SEOUL Tower but siapa sangka waktu kejadian boleh terjah naik tangga pulak ke N'SEOUL Tower tu.  Jimat 8,000 WON woi!!! :D
Then kalau korang perasan, kitorang banyak elak tempat2 yang memerlukan fee entrance.
Kecuali di Nami Island dan Mount Seorak.  

I use to seperate my budget into a few envelope and label em' for transport, fee entrance, Food (Of course!!) and Souvenirs.  Tukar cash dalam 550ribu WON memang cukup2 untuk 7hari.  Penting untuk kita study budget cost because by then uols boleh tahu berapa cash yang nak tukar untuk belanja disana nanti.  Lebihan belanja memang semua masuk ke envelope souvenirs.. Hihihihi!!  Sediakan itinerary then do your budget then baru laa tukar cash. EAsy Peasy!!!

550,000WON - 3.465(rate April 2016)  =  RM1905.75

550k WON - (Transport,Fee Entrance,Food & Souvenirs)

Mujur laa tukar awal sebab waktu travel bulan November 2016 rate naik jadi 3.85.
Nasihat kita tukar duit awal yer kengkawan!!!

TOTAL LOSS (RM)

Flight Ticket   = RM991.58
Guesthouse    =  RM509.10
Cash               =  RM1905.75 (550,000WON)

TOTAL           =   RM3,406.43

Hopefully dapat membantu korang yer. Peace!!

Wassalam..



Friday, October 20, 2017

(Final) Travelog Autumn Korea 2016 : Day 7 - N'Seoul Tower / Namsan Hiking Stairs


Late Post can go through this  → Travelog Autumn Korea 2016 : Day 6

8 November 2016 (Selasa)


Assalammualaikum,
Dearie to all bloggers..


This is the final chapter of my travelog. Almost 1 year baru dapat siapkan travelog ni.. Kalau pergi 2minggu mau 2 tahun baru habis kot.. Hahahaha.. 
That's why la kita selalu jealous pada mereka2 yang punya kesempatan menaip blog nih.  Bagi iols yang punya 2 anak  yang masih kecil ni, nak dapat masa sendiri or else they called 'me time' mmg teramat lah payah.. Untung korang tau!!!

Finally dapat jugak share final day kitorang kat Seoul.
Waktu flight ke Kuala Lumpur jam 4.25 petang.  So kitorang ada few hours sebelah pagi at least visit one more place lagi.  Setelah dirombak dirancang itinerary kitorang decide untuk pergi ke Namsan Tower atau diorang panggil N'Seoul Tower pada hari terakhir.


N' Seoul Tower

Jalan Kaki dari Namdaemun Guesthouse

Pagi ni kitorang keluar agak awal seperti biasa sebab kitorang plan nak redah ke N'Seoul Tower dengan berjalan kaki sahaja.  Nak tunggu naik cable car pukul 10pagi baru buka.  So kitorang decide untuk jalan kaki dari guesthouse saja.  Bagi uols yang bercadang nak stay Namdaemun Guesthouse, untuk ke N'Seoul Tower ni uols boleh jalan kaki, memang ada signboard untuk ke sana.

Actually, nak bagi betul2 direction susah juga sebab kitorang pun pakat redah je ikut signboard.  Siap naik bukit naik tangga lalu belakang rumah orang..huhu.. Sehingga laa kitorang panjat tangga dan jalan ke depan sedikit nampak laa 'pondok jaga' untuk laluan ke N'Seoul Tower.  Kalau uols naik kereta atau bas boleh jadi akan lalu kat depan 'pondok jaga' nih..  Sebelah pondok tu ada signboard untuk walking stairs ke N'Seoul Tower.  Kami lalu ikut walking stairs ni sejauh 1.2km kene panjat tangga wehh.. 

Nasib laa, cuaca sejuk so takde laa mengah sangat kan.. Cuma korang kene panjat tangga laa, aku agak tiga kali ganda tinggi dari tangga Batu Caves tu.. Hahahaha.. Bertambah kurus kaki kita nih.. ;P
Yang kita nak cerita kat sini kalau korang ikut tangga nih, sampai satu part tu korang akan disaji view yang paling awesome giler.. Boleh nampak satu Seoul rasanya, suasana pagi tu memang buat rasa berbaloi sangat-sangat panjat tangga banyak2 tu wehh.. 

Pagi tu takde orang sangat pun, kalau tourist pun sorang dua je yang lalu tangga tu selain dari kitorang. Pastu ada oppa photographer yang handsome lalu tangga tu jugak bertambah2 lagi rasa berbaloi tu. Kikikiki...  Puashati sangat2 sebab takde halangan langsung nak ambil gambar tau.

Bila dah sampai atas baru lah ada ramai tourist, for sure laa kan sbb korang boleh nampak berduyun2 bas tourist kat atas tu tau.  Mujur sangat kitorang ikut tangga sebab dah puas amik gambar dah.. So bila tengok orang ramai sangat rasa macam semak pulak, perasaan yang sama masa visit Nami Island tempoh hari.  Pagi2 lagi dah ramai kalau time petang tak tahu laa macam mana keadaannya.

Kitorang tak naik pun N'Seoul Tower tu, lepas puas bergambar (especially kat tempat kunci banyak2 tu kan), weols pun bergerak laa pulang ke Namdaemun.  Kitorang decide naik bas je, turun bukit sikit dah boleh nampak bas.  Ada bas yang sampai Namdaemun Market. Harga tambang tak silap 500won (ingat2 lupa la plak).  Bila naik bas nak ke Namdaemun Market tu memang sekejap sangat la kan dah sampai.  Sempat lagi singgah kedai souvenirs ahjussi, borong lagi bookmark gold pleated tu.. suka sangat souvenir bookmark tu.  Ahjussi tu pun tak sangka kitorang sempat singgah lagi kedai dia, and as usual dapat lagi air yogurt free. Hehehehe..



Dari Namdaemun Guesthouse berjalan ikut signboard ke N'Seoul Tower

Mendaki bukit yer anak2

Dah naik bukit naik tangga pulak yer






Selepas naik tangga boleh lah menghala ke kiri menuju ke N'Seoul Tower 













Weols lintas jalan kat sini berhadapan pondok jaga

Ini laa pondok jaga tu.. kalau korang perasan dalam drama The Legend of The Blue Sea ada scene kat depan pondok ni tau.. Waktu tu Shim Cheong (the mermaid) kene langgar kereta depan pondok jaga ni.. Ehh, korang tengok ke drama tu?? Peminat Lee Min Ho for sure tau ;P

Itu ke kereta yang langgar Shim Cheong?? Boleh jadi jugak kan.. huhuhu



Sebelah signboard ni ada tangga, jadi moh ler panjat tangga











Sampai one spot dah serupa open air gym, banyak plak alat2 senam depa





Jauh lagi perjalanan, moh ler panjat lagi yer


Suka sangat this view

 


Terserempak oppa handsome jalan sorang2





































Kalau uols nak naik bas boleh turun kat bukit ni, dapatkan bas ke Namdaemun atau Myeongdong



Then weols terus balik guesthouse, berkemas lagi sedikit even malam tadi dah packing habis dah.  Dekat guesthouse ada penimbang so siap timbang dengan harapan tak laa terlebih berat luggage tu kan.. huhu.. Lepas return kunci and pocket wifi, terus je gerak ke subway and direct ke Incheon International Airport.  Waktu balik weols ambil all-stop train Arex sama macam waktu datang.

Sampai airport memang awal, kene tunggu few minutes sebelum Air Asia bukak kaunter check in baggage.  


Sempat singgah gerai Ahjussi kat subway ni, almaklumlah last day.. Ahjussi macam tau2 je kita dah nak balik, dia bagi lebih tau.. :)

Sedap makan panas2


Masa ni kat Seoul Station nak transit ke Arex pulak


Dah sampai Incheon International Airport


Moh ler balik KL

Tepat jam 4.25petang kitorang fly back to KL.
Alhamdulillah, selamat sampai KL & got wonderful memories in Seoul.  Letih tapi berbaloi.
To those yang bercadang nak ke Korea especially Seoul memang dicadangkan lebih kurang seminggu tuk fully cover seoul.  Itupun rasanya masih banyak tempat jugak yang tak dapat cover.
By now, Airasia dah pun bukak laluan direct ke Jeju Island.. Boleh jadi travelog ke Jeju ler pulak ehh.. kikikiki..
In Shaa Allah..

Kalau ada yang nak bertanya or need some other tips bout travel to Seoul boleh laa email direct ke maurasha19@gmail.com  Pada yang dah selamat baca this blog, thank you and i will always say this "Enjoy your journey to Kimchi World"

Annyeong!!! 

Wassalam.. :)