Wednesday, November 7, 2018

Day 5 : Travelog New Zealand on Autumn 2018 ~ Mount Cook - Twizel - Lake Benmor - Moeraki Boulders - Dunedin

16 April 2018 (Monday) > Day 5    


Journey from Mount Cook to Peter's Lookout Lake Pukaki - High Country Salmon Twizel - Lake Benmor - Moeraki Boulders - Dunedin

Hooker Valley Track, Mount Cook 
& Peter's  Lookout

This entry maybe agak panjang sikit dari sebelum2 ni.  Hari ni macam adhoc ckit aktiviti since semalam hujan dan kitorang terpaksa adjust balik itinerary dengan tambahan ke Hooker Valley Track.  Nak jugak tengok Mount Cook tu depan mata walaupun cuaca hujan berangin.  Huhu..
Memandangkan plan hiking di Hooker Valley Track tertangguh semalam sebabkan hujan so pagi ni kitorang siap awal dengan harapan dapat melepasi 3 bridge kat situ.  

Pagi ni still hujan renyai2, sejuk amat oiii... Paham2 jelah bila korang dah ada kat area gunung nih, kesejukan dia lain macam sikit.  Kalau sekalipun angin sepoi2 bahasa menyapa boleh terasa terus sampai ke tulang rusuk.. Gituuuuu..
Dalam pukul 7.00 pagi lagi dah check out dari motel & luggage dah siap masuk dalam kereta.  Kalau ikutkan dah terang tapi matahari malu2 pulak nak keluar pagi ni dan nampak masih mendung, kitorang decide gerak terus ke parking area Hooker Valley.  

Bila sampai Hooker Valley parking, hujan makin lebat plak dah. Siap dengan angin wehh.. So tunggu laa sekejap kasi reda hujan baru keluar dari kereta.  Mujur laa memang dah standby raincoat so dari dalam kereta lagi kitorang siap2 pakai.  Agak2 dah reda hujan, kasi redah laaa masuk ke dalam Hooker Valley nih.  Masa kitorang masuk mmg takde tourist langsung yang sama2 hiking pagi ni.. Sepanjang perjalanan memang nampak rabbit merata-rata.  We managed sampai bridge yang kedua, sebab on the way nak ke bridge yang ke-3 angin makin kuat menolak2 macam tak nak bagi masuk je.  Waktu ni sejuk terketar2 takyah cakap laa, baju dah habis basah, kene pulak dengan angin dia yg kuat.  Bila dah start nampak kilat + petir lagi ler tak berani since kitorang berdua je yg meredah pagi tu.  Ikutkan farah still ok nak redah ke dalam lagi, lagipun memang dah boleh dengar bunyi sungai dari bridge 3 tu dari jauh.  Aku plak bila dah nampak kilat petir siap dengan angin kuat nih, mula laa rasa tak tenteram.. Huhuhu.. Angin dia kuat sampai rasa menolak2 badan nih.. So demi keselamatan sejagat, decide untuk patah balik je,  kita tak nak ambil risiko memandangkan takde orang lain waktu tu.  

Masa patah balik ni laa boleh hilang remote monopod stick.  Hampeh... Masa patah balik ni jugak masa sampai bridge yang pertama tu baru nampak tourist lain masuk, satu family.  Diorang pun takat lalu sampai bridge yang 1st tu je, then patah balik.  Huhu.. Kita jelah yang berani2 pergi terjah sampai bridge kedua dengan cuaca cenggitu, bila pk balik macam keje gila jugak.. Hahahaha..

Waktu dah nak sampai parking memang dah start rasa frozen.  Sampai kereta cepat2 bukak heater,  1st time rasa kesejukan yg melampau.. Maybe dah kena hujan then tambah lagi kena angin lagi.  Walaupun waktu tu pakai glove tetap tak dpt nk cover sejuk beku nih.

Kitorang terus ke motel semula singgah ke toilet untuk tukar baju yg dah basah dan gerak terus ke destinasi seterusnya.  Tinggalkan seribu kenangan di Mount Cook especially masa hiking tadi.. Huhu.. Memang seumur hidup takkan lupa.  Bila dah gerak dan hampir ke Peter's Lookout Lake Pukaki cuaca berubah terus terang benderang matahari elok terpacak atas wehh.. Waktu tu laa dapat tengok rainbow berkali2, kagum amat, MasyaAllah.. 

Beza betul laa cuaca kat Mount Cook dengan Lake Pukaki nih.. Berubah habis dan yang pastinya pemandangan Lake Pukaki teramat laaaa lawa wehhh.. Tak tergambar dengan kata2.. Dah laa dapat tengok dengan pelangi tadi, ni dapat lagi tengok Lake Pukaki dalam cuaca cerah terang.. Waktu tu dalam hati memang percaya pada rezeki yang Allah SWT datangkan pada kami.  Walau berhujan dekat Mount Cook tapi kemudian DIA hidangkan pada kami pemandangan seindah begini.  Terima kasih Ya Allah!!  
Dan cuaca panas terik dan terang ini memayungi kitorang sampailah ke Dunedin :)


View dari jendela di awal pagi

Sebelum check out ambil gambar kat lobi sebagai kenangan
(sebenarnya time ni kitorang tunggu cerah sikit sebelum nak keluar)

Dari Lobi Motel

Morning View

Stay di sini - harga boleh laa lihat di Agoda
Lewat sikit mmg fully booked yer

Sekitar lobi motel 

hujan masih renyai2 - so jalan pun tak boleh laju2 risau tergelincir sebab jalan licin

track awal di Hooker Valley Mount Cook

Nampak tak betapa mendungnya pagi ni

Sanggup redah hujan demi Mount Cook view
Dua2 pun dah start kesejukan

Still di awal track

Hujan sekejap lebat sekejap berangin sekejap kang dia berhenti plak

Kita jumpa bridge yang pertama - getting excited!!

1st bridge guys!!

kasi selfie dulu bukti sudah sampai 1st bridge

Agak deras sungai nih sebab hujan barang kali

other side view

Moh sambung perjalanan

Menjejaki bridge yang kedua

sambil-sambil tu menikmati pemandangan

Time ni angin kuat

Ku gagahkan jua ke depan

Kalau tengok gambar maintain cenggini maknanya hujan renyai2 balik

So dapat laa sekejap view clear 

Jalan ke depan lagi

This is autumn season and the view is still magnificent

Found the lake

K.A.M.I @ Mount Cook 

Sudah sampai di Bridge yang kedua

Bridge kedua ni lebih tinggi dari bridge pertama tadi dan disebabkan angin sangat kuat, boleh rasa berhayun2 bridge nih siap patah balik tunggu angin reda..huhuhu..

Continue to 3rd bridge
Kalau tak hujan confirm sungai ni jernih amat

Boleh nampak 2nd bridge dari sini but in the middle of nowhere
dah boleh dengar bunyi sungai di bridge ke-3 but we didn't make it
Ku minta Farah untuk patah balik demi keselamatan sejagat.. hihihi..
Angin kuat siap kilat menolak2 badan ni mcm tak kasi masuk je
Risau amat time nih memandangkan kitorang je hiking pagi ni

Patah balik - 2nd bridge

Moh ler patah balik

Baju hujan pun dah lunyai.. Hahahaha..
Pakai raincoat pun basah kuyup jugak sebab angin kuat menggila kat sini.. last2 sangkut je raincoat tu kat tepi buat semak.. heh

patah balik to 1st bridge - kat sini baru nampak tourist lain

1st bridge - orang tu melepasi 1st bridge je pastu dia patah balik
Cuaca mmg tak mengizinkan to explore this place today

Nampak jelas dua-dua pun dah basah kuyup
Baju hujan pun dah tanggal

Lega amat bila nampak parking - tak sabar nak pasang heater
Dah beku abis nih!! 

Trying to catch the rainbow

Waktu ni kita drive tapi sibuk jugak nak amik gambar rainbow ni
Sila jangan mencontohi saya..heh..

View Lake Pukaki dari Peter's Lookout
Korang kalau pergi waktu pagi kat sini memang view cantik sangat2

View ni dari Peter's Lookout 

SubhanaAllah 

Mount cook sebelah sana masih mendung dan gloomy lagi

High Country Salmon Twizel 
& Lake Benmore

Dari Peter's Lookout nak ke High Country Salmon Twizel ni tak jauh pun, cuma kita kene tengok betul2 laa takut terlajak since salmon farm ni betul2 tepi jalan je.  Kitorang singgah sekejap je kat sini.  Mula2 ingat nak sambar laa salmon kat sini tapi tak jadi nak beli sebab tak byk choice.  Maybe ramai tourist yang dah singgah awal pagi tadi.  Supposed kitorang sampai sini jam 8.00 pagi kalau ikut itinerary.  Tapi bila dah hiking kat Hooker Valley jadi kami sampai sini area 10.30pagi juga.  
Di sini kita berpeluang untuk feed salmon, dia bagi satu bekas kecil makanan untuk salmon, then boleh laa menggemukkan lagi salmon yang tersedia gemok tu.  Montok2 sungguh salmon kat sini tau.  Selesai jalan-jalan sekitar farm salmon ni, perjalanan diteruskan.

Kali ni kita set gps ke Lake Benmore Lookout.  Kalau ikut itinerary kitorang akan ke Elephant Rock di Duntroon tapi kita ubah ke Lake Benmore / Aviemore.  Lake Benmore ni melepasi pekan Omarama, dari sini kita set gps untuk ke Lake Benmore Lookout.  Nak ke Lake Benmore Lookout memang akan melalui Dam Lake Benmore atau senang kata empangan Lake Benmore.  Bila dah masuk empangan kitorang turn sebelah kiri, kalau ke kanan korang akan menghala ke Lake Aviemore pulak.  Okay, nak story sikit kat sini, kalau Lake Pukaki cantik dengan color biru cairnya, Lake Benmore ni sebaliknya.  Color biru nila macam laut dah nengoknya.  Serius tersangat2 cantik Lake Benmore ni, memang tak rugi singgah.  Kitorang pun cari jugak port nak berhenti tepi lake, kat sini laa jumpa bunga dandelion berteraburan tepi lake.  Jakun lagi makcik kat sini.. Sebab biasa tengok dandelion dalam citer kartun je.. huhuhu.. Lama jugak rasanya kitorang kat Lake Benmore nih, rasa sayang nak lepaskan pemandangan lake ni dari mata.  Sangat cantik dan sangat tenang. :)


Makanan ikan salmon - boleh laa cedok sendiri letak dalam cup

Jernih air kat sini - boleh nampak kaki itik tu directly kannn..

Sekitar dalam cafe High Country Salmon Twizel


High Country Salmon Twizel

Kita otw ke Lake Benmore

Dari tepi jalan dah boleh nampak Lake Benmore.. Sangat besar lake ni
What i love about this lake sebab color dia serupa air laut dalam.. Very electric blue

Autumn in Lake Benmore

Lake Benmore

love this view

Lake Benmore - such a nice place to visit

Air kat Lake Benmore nih sangat jernih
Sejuk tu dah tentu 

Photo ni balik dari NZ buat wallpaper kat pc.. huhuhu..

Banyak sangat jumpa dandelion kat sini

Teruja jumpa dandelion mengalahkan jumpa lupin..hihihi..

Moeraki Boulders

Selepas menghabiskan sisa2 tengahari di Lake Benmore, kitorang teruskan perjalanan ke Moeraki Boulders.  The next place to visit.  Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang kita nak singgah, terlalu banyak sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan.  Jadi setiap pekan yang kitorang lalu just passing by jelah.  Dari Lake Benmore tu kita akan melepasi pekan Kurow dan Duntroon dan kemudiannya akan masuk bandar Oamaru.  Special-nya bandar Oamaru ni sebab uols boleh tengok yellow eyed penguin kat sini.  Sama jugak laa, terpaksa lalu melepasi je bandar ni sebab dah takde masa nak singgah.  Dari Oamaru ke Moeraki Boulders Beach dalam 40km.  Bila dah sampai sini dah pukul 3 petang pun.

Kitorang tanggal kasut siap2 then terus turun ke Moeraki Boulders Beach melalui cafe yang ada kat situ.  Waktu turun bawah, ombak memang kuat jugak sebab dah masuk ke petang ni rasanya air pasang petang kan.  Tak dapat nak tengok monumen boulders yang jauh dari tangga, dapat tengok yang dekat - dekat aje.  Ombak pun bila dah hempas kuat memang confirm2 basah seluar, mujur jugak kasut dah siap tanggal. Huhuhu... Apa2 pun pemandangan kat sini cantik juga.  Nz ni celah mana yang tak cantik, setiap tempat pun cantik je.


Air pasang petang di Moeraki Beach

Spot one monument here

and more here and there

Ada sesetengah yang dah pecah dihempas ombak gitu.. huhu..

Tengok tu dia ombak mengganas- abis seluar ku 

Berani tak berani jelah korang nak turun waktu air pasang nih

Ombak makin kuat so tak boleh nak jalan jauh2 sekitar pantai nih

Spot the monuments over there tapi tak dapat nak ke sana.. tak berani wehhh.. risiko tinggi dek kerana ombak.. jangan main2 ehh..

Moeraki Boulders Signboard - can see this board beside the stairs

Moh ler kita ke Dunedin

Signal Hill Dunedin - Baldwin Street (Steepest Street in the world) - University of Otago - Dunedin Railways Station

Dari Moeraki Boulders ke Dunedin kena melalui dalam 75km lagi.  Lebih kurang sejam jugak perjalanan.  Bila dah nak sampai ke bandar Dunedin, set gps terus ke Signal Hill Dunedin.  Dari Signal Hill ni kita boleh nampak pemandangan seluruh bandar Dunedin dari atas.  Mujur belum gelap lagi jadi pemandangan dari atas ni mmg cantik.

Seterusnya kita singgah Baldwin Street Dunedin.  Jalan ni di rekodkan sebagai jalan yang paling curam di dunia.  Masa sibuk baca blog orang dulu, bila tengok gambar nampak takde laa curam sangat pun.  Tapi bila dah tengok depan2 mata, haaa baru ternganga nengok curamnya.  Memang sangat curam dan memang buat ko mengah nak mendaki ke atas.. Hihihihi.. Dah sah2 ler kitorang naik separuh jalan je, tak kuasa nak mendaki sebab tenaga pun dah takde petang2 hari ni.  Kat jalan ni memang kawasan perumahan je so ada la rumah2 di sebelah kiri kanan jalan ni.  Dan kalau diperhatikan kereta diorang mmg besar2 mcm 4wheel drive tu.   Terfikir jugak laa kan kalau keta cinonet mcm Mr. Bean tu cemana laa mendaki sampai ke atas, cukup bulan hantar servis jelah gamaknya.. Huhuhuhu...

Dari Baldwin Street terus ke University of Otago.  Memang sengaja nak masuk sini since ramai yang kata waktu autumn area U ni memang cantik especially kat Tower Clock tu.  Jadi jenjalan sekejap kat sini, kitorang parking berdekatan dengan visitor's center.  Ada je free parking tepi2 jalan tu cuma korang kena alert laa berapa minit parking free dibenarkan.

Hari semakin gelap, so dari Uni. of Otago kitorang lekas2 ke Dunedin Railways Station.  Nak sangat tengok senibina kat railways ni.  Dalam jam 6.00 petang jugak kitorang sampai Dunedin Railways Station ni.  Berjalan-jalan laa sekitar station ni, masih ada lagi tourist waktu ni, cuma rasanya bahagian atas dah closed.  

Memang tak sangka dapat marathon sekitar bandar Dunedin ni.. Dalam masa 2jam lebih dapat pergi 4 tempat juga.  So dari Dunedin Railways direct terus ke Kiwi Nest Backpackers untuk check in.  Waktu ni di Dunedin suhu dalam 11 celcius.  Agak sejuk juga.  Badan pun dah penat, perut pun dah lapar.  Cepat2 siapkan dinner, malam ni kita prepared Tiger Lily and Mushroom Soup campur dengan suun.  Makan panas2 waktu cuaca sejuk memang berselera amat.  
Rasanya hari ni laaa paling banyak tempat we all stop by sepanjang di NZ.  Itu sebab laa selalu kita cakap penting sangat uols buat itinerary, just incase nak tukar plan dah boleh plan directly tanpa ragu2.. Gituuu...


KAsi ouls layan gambar.. 


Pemandangan bandar Dunedin dari Signal Hill

Other side Dunedin City

Dari sini boleh nampak besar juga bandar Dunedin ni

Kalau dah sampai Signal Hill ni memang jumpa laa penunggu tepi tu.. Hiihihihi..

Tugu Signal Hill

Waktu ni rasanya hampir jam 5 petang ni, boleh nampak terik waktu petang tu.. 

Boleh baca sendiri yer

Baldwin Street - Steepest street in the world

Boleh pulak ada mini library kat sini ehh

Dalam banyak-banyak rumah kat sini, rumah ni yang paling jelas nampak ketara curamnya jalan Baldwin nih
Nampak dalam gambar tak curam pun
Depan mata baru perasan kecuraman jalan nih



Dari pandangan atas ke bawah Baldwin Street

Tak kuasa nak mendaki ke atas sebab ada tempat lain nak singgah lepas nih.. huhuhu

Certificate Shop

Visitor's Centre Uni. of Otago

Welcome Signboard

Waktu autumn memang cantik sekitar tower clock nih

Spot the maple tree

Sekitar kawasan di Uni. of Otago


Railways Dunedin Station









Railways Dunedin yang seakan Bangunan Sultan Abdul Samad










Bahagian dalam Railways Station ni

Pintu keluar ke terminal train

Lantai di bahagian dalam station

sekitar terminal train

Hari makin gelap-tengok jam pun dah tahu kan

Spot Farah inside the station making selfie... hihihi...

Ada restaurant kat building ni

Parking depan motel

Di sini laa kami bermalam di Dunedin
Setiap hari pun di bandar / pekan yang berlainan tempat
Tak sabar nak reveal cerita the next day pulak.. tunggu yer... :)
Post a Comment