Monday, October 15, 2018

Day 4 : Travelog New Zealand on Autumn 2018 ~ Christchurch - Rakaia - Scenic Inland Route 72 - Lake Taupo - Lake Pukaki - Mount Cook

15 April 2018 (Sunday) > Day 4    

Journey from Christchurch to Rakaia - Scenic Inland Route 72  - Lake Taupo - Lake Pukaki - Mount Cook


Dah masuk hari ke-4 travel trip kitorang di NZ ni.  Maka bermula laa roadtrip di South NZ ni yang kitorang akan jelajah selama 8 hari.  Christchurch (CHC) pagi ni sejuk dia bawa ke 9 celcius.  Macam biasa ler bangun awal subuh sebab dah tahu hari ni kene drive beratus kilometer lagi.  Cuaca agak mendung di CHC ni pagi ni, risau juga kalau hujan mcm kat North NZ.

Kali ni driver bertukar sebab dah dua hari di North NZ farah drive kereta.  So hari ni iols yang akan drive dari CHC ke Mount Cook.  Pukul 7am dah siap2 check out dari Yha Rolleston House CHC dan tunggu laa Mr. Cameron dari Shoestring Rentals datang nak pick up kitorang pagi ni.  Janji dengan Mr. Cameron depan Rolleston House pukul 7.30pagi, dia datang on time wokeh.  Mr. Cameron pick up kitorang then dia akan tunjuk tempat untuk kita parking kereta sewa bila nak return nanti.  Kawasan memang berdekatan dengan airport.

So sepanjang  perjalanan dari Rolleston House ke Shoestring Base tu mmg berborak jelah.  Peramah juga Mr. Cameron ni.  Dia story laa serba sedikit apa yang ada kat CHC ni.  Tanya juga lepas ni kitorang hala ke mana, bila jawab heading to Mount Cook terus dia kata tak perlu nak risau sbb dari jauh lagi dah nampak cuaca sebelah sana memang cerah.  Nampak laa jugak panas terik hala yang dia tunjuk tu.. Lega sikit rasanya.. Huhu.. Almaklumlah, semangat nak explore South NZ ni keterujaan dia lain ckit.. Hahahaha..

Bila dah sampai base Shoestring, Mr. Cameron terus je bagi detail pasal kereta, then minta masing2 punya driving lesen dan serahkan GPS.  We all bayar cash je untuk kereta sewa kat Shoestring ni.  Cuma dia ambil juga laa detail card kita incase for any further surcaj kan..  Sebelum gerak ambil gambar kereta siap2.   Memang sekejap amat deal dengan Mr. Cameron.  Dah selesai dia terus blah begitu saja.. Hahahaha.. Takde makna laaa dia nak tunggu kat situ lama-lama ehh.. Tinggal laa kitorang dok kedek-kedek sibuk adjust beg laa, setting GPS laa... 


Sementara tunggu Mr. Cameron sampai,
kita round2 sekitar YHA Rolleston House ni
Bangunan belakang kita ni kalau tak silap Canterbury Museum

Ini lah dia YHA Rolleston House Christchurch
Review nanti kita buat lain post yer

Worcestor Boulevard Road

Canterbury Museum

Me in Green 

Pak n Sav Riccarton Road, Christchurch

So tanpa melengahkan masa, terus je pergi Pak n Sav Riccarton Road.  Kitorang shopping sikit makanan2 bahan2 basah tuk buat masak dinner nanti.  Beli tak banyak pun, berhabis dalam NZD34.17 aje.  Dah kata berdua je kan, tidaklah memborong sakan.. Ingat yer, kami travel secara berhemah, penjimatan keutamaan kami.. Hihihi..


Pintu masuk Pak n Sav Riccarton Road

Moh ler kita cari troly

Geram bila masuk side sayur-sayuran nih

Nampak tak freshnya sayur2 dia

Pilih-pilih jangan tak pilih

Bukan selalu pun nak shopping kat NZ, selfie satu kemestian .. heheheh..


Baca dulu ingredients, serius roti NZ sedap amat wehhh!!!
Sedap dimakan begitu saja

Hunting for Nutella Spread



Kat sini takde telur 10biji, semua pun 12 biji saja.. Jenuh abiskan telur2 tu semua.. huhu

Beli minyak dari Malaysia, sokong barangan buatan Malaysia. :)



Tak banyak kan kita shopping.. Ni pun jenuh abiskan juga.. 

Farah bayar kat pay-self service, semua korang kene buat sendiri yer
Timbang barang semua kat kaunter nih.. 

Pilih kategori barang yang nak ditimbang tu.. huhuhu..

Jenuh ler cari mana peginya capsicum nih

Nanti mesin tu timbang siap2 lepas pilih kategori

Dah selesai boleh laa masuk sendiri barang dalam plastik yer.. 

Kawasan parking Pak n Sav Riccarton Road

Siapa pernah sewa kereta nih, kita geng!!! Huhu..

Rakaia - Scenic Inland Route 

Selesai shopping barang kat Pak n Sav, try setup GPS untuk hala ke Rakaia, hauk jugak laaa GPS dia nih.. Hahahaha.. Aduh, awal2 lagi buat hal.. Makan masa juga nak paham GPS nih.. Susah jugak nak connect certain places.. 
Kitorang set hala ke Rakaia Gorge sbb mmg dalam plan nak lalu jalan rakaia lepas tu lalu Scenic Inland Route.

Bermula dari Rakaia pemandangan memang terus bertukar, dari jauh dah nampak bukit2 gunung2 bersalji.  Serius lawa sangat serupa macam dalam lukisan.  Jakun??  Eh, memang jakun abis laa wehh.. Dah nama pun 1st time tengok pemandangan cantik depan mata pulak tu kan.. Mmg rasa tak berkedip laa mata ni..  Kitorang decide berhenti tepi jalan je berhampiran dengan Rakaia Gorge, entah celah lorong mana pun tak tahu laa pulak.  Memang kawasan takde kereta lalu lalang kat situ.  Ambil laa jugak masa dalam 15minit ke 20 minit kat situ.

Sepanjang NZ ni kalau korang nak berhenti kene tengok2 jugak yer, make sure bukan di tanah orang atau pun di laluan sibuk.  Polis ada je di celah2 tepi jalan memang korang takkan perasan punya laa.  Jangan ingat kawasan tak banyak kereta polis takde pulak yer.. Huhuhu...

Selepas melalui Rakaia kitorang lalu ikut Scenic Inland Route dan kemudiannya keluar ke Geraldine.  Disebabkan masa dah habis dok buat "photoshoot" kat tepi jalan tadi, maka kat Geraldine ni kitorang takat pass by jelah, tak singgah pun.  Kejar masa habis nak hala ke Mount Cook.  Selepas melalui Geraldine kita akan lalui pula Fairlie.  Memang kat fairlie ni pun pemandangan dia memang cantik sangat.  Cuma agak payah nak cari port untuk berhenti so tetap laa teruskan perjalanan sampai ke Lake Tekapo.


Bila start masuk area Rakaia memang mula laa terpegun berkali-kali

Menuju ke Rakaia Gorge



Berhenti tepi cari port dulu

Rumput kat sini memang lebat2 belaka, no wonder laa lembu pun gemuk2 jua


Makin ke depan makin lawa pemandangan sekitar Rakaia nih

Tenang sangat rasanya

Korang kene careful yer, jangan sembarangan pegang pagar nih tau sebab ada pagar yang berarus letrik

Kalau waktu winter orang suka naik Mount Hutt ni untuk main ski

Hello Biri-biri

Rindu sangat nak tengok view nih
Lake Tekapo

Waktu sampai Lake Tekapo matahari masih terik lagi, berhenti agak lama juga kat Lake Tekapo ni.  Siap hilang2 barang laa jenuh patah balik dok cari balik.. Nasib jumpa balik barang itu.. Fuhhh, lega!!
Then singgah pulak kat Good Shepherd Lake Tekapo tu,  kat sini memang ramai tourist.  We all berhenti untuk isi minyak kereta and ke toilet.  Masuk laa toilet "10minit" kat Lake Tekapo tu, cuak wehhh.. sebab toilet tu pintu dia automatik akan terbuka selepas habis masa 10minit.  Kalau korang for sure cuak jugak kan, mesti nak cepat2 keluar.  Waktu isi minyak tu sempat juga beli poskad kat situ, untuk kenangan je.  Dan sebenarnya bila balik Malaysia, daku lupa habis pasal poskad Lake Tekapo tu sampai laa start type entry nih.. Hahahaha.. bila buka jurnal balik baru jumpa.. Cehhh!!


Almost there!!! Bila nampak signboard ni maksudnya depan tu je dah sampai Lake Tekapo

Lake Tekapo from side of the road

I'm in Lake Tekapo, finally yeayyyy!!!

Ramai sangat tourist kat sini

Inilah dia toilet "10 minit", lepas 10 minit pintu automatik buka tanpa diminta.. Nasib korang Laaa!!! Hihihi



i -Site Lake Pukaki

Dari Lake Tekapo kitorang teruskan perjalanan ke i-site Lake Pukaki.  Kat sini ada Mount Cook Alpine Salmon, kira kedai jual salmon laaa.  Tak beli pun salmon kat sini since ramai yang kata mahal berbanding High Country Salmon Twizel.  Dari sini kita boleh nampak the other side of lake pukaki yang cantik sangat ni.. Dah nampak laa perbezaan antara Lake Pukaki dengan Lake Tekapo tu.  No wonder laa ramai yang kata Lake Pukaki lebih cantik and for my opinion kita pilih Lake Pukaki.  Cantik sangat dengan keunikan warna air dia tuu.. Alahai.. tenang sangat rasanya..  Lake Pukaki ni kira among the biggest lake di NZ dan dia berada di kedudukan yang ke-7 (kira ikut surface lake).. Kalau uols drive menghala ke Mount Cook, memang sepanjang jalan akan bertemankan si Lake Pukaki ni.. 


The other side of Lake Pukaki

Nampak gunung bersalji nun di sana.. serupa lukisan je kan

Kita dapat menikmati dua waktu di Lake Pukaki ni.. Waktu awal pagi (esoknya) dan lewat petang.. 



Waktu ni panas terik waktu petang 

i-site

View dari i-site

Ada statue kat sini

Taaadaa!!!

Boleh laaa baca sendiri yer

Mount Cook Alpine Salmon

Mount Cook Lodge & Motel

Tak lama di Lake Pukaki, kitorang terus ke Mount Cook.  Bila dah separuh perjalanan ke Mount Cook hujan turun dengan lebatnya.. so plan itinerary untuk hiking di Hooker Valley terpaksa ler batalkan dan tangguh ke hari esok.  Kitorang decide untuk terus check in di motel.  Berpusing-pusing laa mencari Mount Cook Lodge & Motel nih since motel-motel sekitar Mount Cook ni berdekatan antara satu sama lain.  Asyik salah masuk jalan je padahal dekat je pun.  Kalau uols book motel dekat Mount Cook ni, korang akan perasan laa yang area motel2 ni kawasan dia setempat je.

Bila dah jumpa motel, terus ler check in and masuk bilik.  Luas jugak laa bilik kat sini dan yang paling best dapat view Mount Cook.  Memandangkan masih awal lagi belum gelap, kitorang keluar jalan2 sekitar motel ni..  Kat luar masih lagi hujan, sekejap renyai2 sekejap lebat.. Survey juga jalan ke Hooker Valley, dekat je dalam 4 minit drive dah sampai pun.  Then balik semula ke motel untuk prepare dinner.  Kitchen-self kat sini luas juga, selesa sangat nak masak.  Untuk dinner di Mount Cook ni kita masak Spaghetti Carbonara dan layan pulak dengan air coklat PUHOI yang super delicious tuu.. Perghhhhh!!! Meleleh-leleh air liur ni bila teringat balik.. Hahahaha..
Kalau korang perasan kitorang tak berhenti lunch pun.. Huhuhu.. setakat makan pisang dengan roti je sepanjang perjalanan dari pagi.  Sebenarnya ralit sangat dok tengok pemandangan sampai lupa nak makan.. Hihihihi...


Haa, nak habaq satu menda, motel kat Mount Cook ni takde wifi.  Punyalah mahal bayar motel kat Mount Cook ni wifi pulak takde.. Ehh, bukan takde tapi kene bayar ler bukan free aje.. Huhuhu.. Bayaran NZD5 untuk 100mb tak silap.  So malam ni dok diam2 je ehh..  Ada je data tapi tak nak guna sgt sebab banyak hari lagi ni nak pakai.  Mmg pakai untuk calling messaging dengan family je. Bab nak upload2 ni tunggu wifi free jelah yer.  Motel kat Mount Cook ni kira motel paling mahal sepanjang bermalam di NZ.  Last check suhu malam kat Mount Cook ni 7 celcius.  Tapi sejuk dia macam dah 2 celcius je, maybe sejuk dok kat gunung gamaknya, hujan pulak tu. Huhuhu..  Moh ler tido awal yer..

Good Night Mount Cook!!! 



Beside the highway

Uols boleh nampak kawasan sekitar motel-motel di Mount Cook

Jalan ke Hooker Valley

Such a cozy place to stay - pandangan dari dalam bilik

View dari beranda bilik

Luar motel kawasan parking

Jangan bermimpi nak camping ehhh.. Duduk jelah bilik yang mahal itu.. huhu

Dinner ~ Spaghetti Carbonara with Puhoi Belgian Chocolate
Perghhhhhh... Rindu bertandang lagi kat air coklat tuuu 



P.S ~ Review untuk motel kita buat lain post ok!!! Any question please directly email me maurasha19@gmail.com






No comments: