Journey from Dunedin to Tunnel Beach Dunedin - Nugget Point Lighthouse - Purakaunui Falls - Stirling Point Bluff - Invercargill - Te Anau
Tunnel Beach, Dunedin
Pagi ni kitorang plan to Tunnel Beach yang terletak lebih kurang 9 kilometer dari motel. Sebelum tu kitorang singgah isi minyak siap2 dulu.. Huhuhu.. Bila sampai area Tunnel Beach walk, memang ada di sediakan parking kat situ. Awal juga kitorang sampai sini tak silap sebelum jam 8 pagi. Without having breakfast terus je turun bukit menuju ke Tunnel Beach. Nak habaq siap2, jalan ke Tunnel Beach ni sangat curam yer, so for those yang ada masalah lutut tu tak digalakkan juga turun ke Tunnel Beach ni. Kalau yang bawa anak2 kecil tu pun xperlu laaa turun sampai bawah, cukup laa halfway je. Kat bawah tu agak bahaya juga untuk kanak-kanak. Waktu korang turun memang sedap laa rasa tak sampai 10minit tapi bila bab korang nak panjat waktu balik tu, setengah jam belum tentu sampai atas wehh!! Hahahaaha.. Not me-not me.. Stamina kita still maintain fit lagi..
Seronok turun kat Tunnel Beach awal pagi ni sebab tourist memang tak ramai. Then memang dah target nak tgk sunrise kat sini. Seriously waktu pagi sangat2 cantik. Memang ada tunnel untuk ke beach dia, kalau dtg pagi uols dapat laa turun. Cuma waktu petang memang xdigalakkan turun sebab dengar cerita waktu petang bila air laut pasang tunnel tu tertutup dengan air laut. Huhuhu.. scary juga sebab tangga dalam tunnel tu agak tinggi juga.. So kalau betul2 nak visit kita cadangkan waktu awal pagi, jadi korang boleh turun tunnel tu.. View takyah cerita laaa.. korang layan gambar je ehh..
Waktu ni dah hampir sampai Tunnel Beach.. Sekejap je kalau dari Bandar Dunedin |
100 metres to go |
Kalau nampak post box banyak ni korang dah ditempat yang betul ler tuu.. |
1 hour return... ngeh..ngeh...ngeh... |
Moh ler naik tangga kecik ni |
Morning view in Tunnel Beach Track |
SubhanAllah |
Memang jadi kerja aku asal jumpa bunga je nak snap ;P |
Halfway to go |
Seronok turun sini waktu pagi sebab tak ramai tourist sangat |
Korang tengok ler matahari pagi kat NZ.. Ni baru waktu pagi tau belum tengahari lagi.. Silau takyah cerita ler.. |
Really love to see the cliffs |
Bercinta laaa nak naik karang sampai ke pokok atas nun.. huhu |
Time ni matahari dah memancar |
Waktu pagi memang berani ler dok hujung ni.. cer kalau waktu petang.. HAhahaha.. Xdapat bayangkan ombak dia cemana kan.. |
#kasicanler |
Ni laaaa tunnel nak turun ke pantai bawah sana tuuu.. tinggi juga nih |
Laluan masuk ke dalam tunnel |
Ni view bila korang turun dari tunnel tu |
Cantik kan?? |
Moh ler panjat naik atas semula |
Bye-bye Tunnel Beach.. see you next time |
Ok...kalau dalam gambar memang tak nampak curam bukit nih... adeyhh... hakikatnyaaa... |
Panjat jangan tak panjat |
Sesungguhnya aku rindu untuk berada di tempat ni |
Sambil panjat bukit sambil enjoy the view |
Akhirnya sampai juga kat parking...moh breakfast dulu sementara tunggu farah sampai pulak..ngeh..ngeh...ngeh |
After hiking naik atas untuk ke parking, sempat laa daku jamah apple & roti salut nutella sementara tunggu si Farah sampai.. Hahaha.. Dua roti juga kita balun pasai tenaga banyak habis masa naik bukit tadi. Mik masa rehat sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Kaka Point.
Nugget Point Lighthouse, Kaka Point
Hampir jam 10pagi tak silap masa on the way ke Kaka Point. Kaka Point pekan dia kecik je. Tapi kita bukan nak pergi pekan dia. Di sinilah terletaknya lighthouse yang glamour tu.. Nugget Point Lighthouse. Owhh, kalau korang jenis sukakan suasana bukit bukau penuh kambing biri2, asyik jumpa biri-biri je tak jumpa menda lain dah.. Haa, uols kene laaa melalui jalan2 sekitar Kaka Point menghala ke Bluff. Rasanya lebih sejuta kambing kitorang jumpa.. hahahaha.. sampaikan kita rasa kat sini laa paling banyak kambing sepanjang drive kat NZ. Ingat tau, area kaka point menghala Bluff. huhuhu..
Bila sampai area lighthouse, kita kene parking kereta dulu then jalan lebih kurang 900 meter untuk sampai ke lighthouse. Dari parking ke lighthouse ni kita kena jalan melalui tepi tebing tinggi, bawah adalah laut yer, harap maklum, takde pagar pun kat situ. Pandai-pandai jaga diri kekdahnya!! Aduyai, asyik laa imagine kalau anak2 lalu kat sini.. Seriau wehh.. Kalau korang travel with kids, hurmm.. fikir laa banyak2 kali dulu ehh untuk visit ke lighthouse ni. Always beware with the path. Kalau anak2 jenis ikut cakap or dah besar takpe lagi.. Ni kalau yang jenis berlari sana sini.. fuhhh ilang semangat mak ni nak!! HAhaha.. Typical malay mom, soooo "concern" with their kids :P
Waktu kitorang sampai sini, cuaca memang panas terik sangat2 but for sure laa suhu tu tetap je sejuk. Disebabkan panas terik tu laa pemandangan laut kat sini soooo clear and great scenery. Batu-batu sekitar lighthouse tu yang menjadi tarikan utama kat sini. Tambah lagi banyak pulak seals yang bertenggek kat atas batu2 tu, udah macam lintah nengoknya dari jauh. Huhuhu..
Selepas adegan bergambar selesai, dah puas tengok sea view kat sini kitorang teruskan perjalanan menghala ke Purakaunui Falls pulak. Sebelum keluar dari Kaka Point tu kitorang singgah toilet dulu. Toilet tepi jalan je pun, dari luar nampak buruk aje toilet tu. Apa lagi yang kita boleh agakkan kalau dah ada area pekan kecil ni. Kita berkira-kira juga nak masuk toilet tu, but in the end bila masuk dalam, toilet sangat laaaa bersih. Siap ada tisu lagi. Betapa tertibnya diorang ni dalam bab kebersihan. Rata-rata toilet kat NZ ni memang bersih but unless tempat2 yang banyak dikunjungi tourist sebab for sure yang gunakan toilet tu bukan local people kan.
Kita ikut sign ke Invercargill yer kengkawan |
Dari Nugget Point Lighthouse ke Bluff memang akan disaji kan pemandangan bukit2 penuh biri2.. |
Kalau korang teringin nak tengok bebiri banyak2 atas bukit sila lalu area catlin tau!!! |
Gambar diambil waktu dalam kereta je nih.. tak kuasa nak berhenti banyak kali.. perjalanan jauh lagi woooo |
Rindunya nak lalu sini lagi |
Kalau ke Kaka Point confirm korang akan lalu bridge nih |
Kalau dah masuk area pekan Kaka Point & dah berada di kawasan tepi laut cenggini maknanya korang dilaluan yang betul.. huhuhu |
Dah boleh nampak lighthouse dari kejauhan tepi jalan |
Bila dah sampai moh ler berjalan lebih kurang 1km yer |
Bila dah berjalan nak ke lighthouse boleh laa menikmati pemandangan laut nih |
Sikit lagi...come on..come on.. |
Cantik sangat pemandangan kat sini |
Path to lighthouse |
Hello yellow flowy |
Menapak ler dengan gigihnya |
Dari sini lagi dah rasa teruja.. the view is awesome |
Saja letak gambar ni banyak2..huhuhu |
ok we're almost there |
So this is what you called "Nugget" rock.. seketol2 bongkah batu tu gitu.. |
The right timing at the right place.. really love this place.. The view is really magnificent |
Pemandangan the other side |
Pun cantik jugak.. mesti korang jenuh baca kan.. asyik sebut cantik je dari tadi.. hahaha.. dah memang cantik wehh.. |
No drone please!!! Memang faham sangat kenapa dia melarang.. keselamatan perlu lebih diutamakan |
Lets go to Purakaunui falls |
Purakaunui Falls
Bila dah sampai area Purakaunui falls ni suhu berubah mendadak jadi sejuk sangat2. Maybe sebab berada dalam kawasan hutan agaknya, terus je kitorang sarung jaket tebal. Nak masuk ke Purakaunui Falls ni kene berjalan lebih kurang 10minit dari parking. Air terjun dia kecik je pun tapi memang cantik. Memang ada tarikan tersendiri Purakaunui Falls nih. Sambil berjalan2 dalam hutan tu rasa segar sangat2 dapat hirup udara sekitar. Huhuhu..
Kitorang sekejap je visit falls ni memandangkan tempat dia kecik je pun. Teruskan perjalanan dengan set gps menghala ke Bluff. Kita ke Bluff sebab nak tuju ke tempat paling selatan dalam world map, stirling point Bluff. Gituuuuu!!!
Tak jauh mana pun dari Kaka Point ke Purakaunui falls nih.. tak rugi pun singgah |
Kene menapak sikit turun naik bukit yer |
TAda!!!! Purakaunui Falls |
Ok fine!!! Gambar purakaunui falls yang kita snap nih tak secantik orang lain.. tapi sebagai peminat waterfalls nak habaq serius falls nih memang unik ok.. |
nampak tak kita dah start penat..muka pun dah ketat nak senyum..hahaha |
Moh ler keluar balik.. |
Stirling Point, Bluff - Invercargill
Kitorang sampai Stirling Point ni sekitar jam 3 petang. Waktu ni memang cuaca dah mendung dan berangin. Bila sampai nampak ramai juga tourist lain yang sibuk bergambar kat area stirling point ni. Kat sini ada signpost distance major country, siap habaq brapa jauh bandar tu dalam kilometer. Kalau korang masih ada banyak masa boleh laa melawat sekitar Bluff ni. Kalau peminat oyster, boleh laa singgah rasa fresh oyster kat sini sebab dekat Bluff ni laa dikatakan famous dengan fresh oyster dia. Sana sini korang boleh tengok signboard oyster.
Kitorang ni mengejar masa untuk ke Te Anau, memang touch n go jelah tak dapat nak stay lama2. Dalam itinerary kitorang plan nak naik Bluff hill, pun tak sempat juga. Teruskan perjalanan ke Invercargill je. Invercargill next bandar selepas Bluff. Memang tak jauh pun, sekitar 30km je dari Bluff. Di Invercargill kitorang singgah stesen minyak untuk isi minyak since minyak pun dah tinggal half. Singgah toilet juga, perjalanan jauh lagi nih nak ke Te Anau. Kalau korang singgah Invercargill, silalah isi minyak siap2 yer sebab kat area Te Anau harga minyak memang mahal.
Dari Purakaunui Falls ke Bluff |
Sampai Papatowai dah ni |
Sebabkan masih lalu tepi laut so memang ada je lookout stop tuk view laut nih |
Korang stop tau kat sini.. cantik sangat view kat sini |
Cantik kan?? |
Sesungguhnya sepanjang berkelana di negeri orang ni, aku banyak berzikir dan memuji kebesaran Allah Swt yang Esa |
The other side view |
Moh ler menghala ke Bluff |
Ada je lembu2 kat South ni tapi tak sebanyak banding dekat North |
Dah masuk area Bluff |
Mercu tanda Bluff |
Bila nampak sign ni maknanya dah dekat laaa dengan stirling point tu |
Ni dah kira paling hujung laaa ni... bila aku check world map memang betul laaa kita kat hujung world map wehh.. Hahahaha.. merasa laaa kan dok kat hujung world map |
Ada pulau famous kat sini.. Ruapuke Island.. Pulau yang telah dijumpai oleh Captain James Cook.. Kenal tak Captain James Cook??? Aduyai... sejarah beb!! Sejarah!! |
Kat sini famous dengan oyster..sana sini korang akan jumpa signboard fresh oyster |
Nampak tak sebelah kanan tu dah gelap..memang waktu ni nak hujan lebat dah & waktu ni berangin kuat |
Mercu tanda Invercargill |
Bandar Invercargill |
Masih di Invercargill |
Te Anau Lakeview Holiday Park
Dari Invercargill heading to Te Anau, jauh dia sekitar 160km. Bila dah hampir dengan pekan Te Anau, hujan lebat pulak turun. Cuaca takyah cakap laa.. Rasanya paling ngeri kalau hujan turun kat NZ, sebab sejuk yakmat wehhh.. Hahahaha..
Sampai je Te Anau Lakeview Holiday Park terus check in. Then kitorang dapat cabin untuk 2pax. Aduyaiii, memang sedih tengok keadaan cabin tu.. Dan paling tak best sekali, kitorang punya heater macam tak fungsi je. Ingatkan makan masa untuk dia panas, rupanya memang tak fungsi langsung. That time memang tak fikir pun nak tukar cabin sebab kaunter reception dengan cabin jauh sangat.
Kitorang masak maggie je malam tu dekat kitchen which is kene berjalan dalam 100 meter untuk ke kitchen. Dah ler hujan waktu tu, dengan penat lagi.. Xtahu nak describe macam mana.. Hahaha.. Toilet pun jauh dari bilik. Tapi nikmat makan maggie time sejuk tu memang takleh lupa laaa.. Ramai tourist lepak makan kat situ sebab rasanya kat area situ je wifi kuat sikit. Dalam cabin nan hado nak dapat wifi wehhhh.. Hadehhh!!! Waktu ni kita sempat pegi dryer baju yang basah waktu berhujan kat Mount Cook hari tu, tapi serupa tak kering je.. Hahahaha.. Hantu betoi.. Memang mencabar dok negara sejuk ni kan, baju pun tak mau kering. Time ni dah mula laaa rindu kat Malaysia.. Time tu jugak laaa rasa bersyukurnya hidup kat Malaysia.. :P
So tido lah malam tu dengan berlapis2 baju and last skali pakai jaket tebal.. Huhuhu.. Apa laaa nasib kita waktu hujan laaa dapat cabin heater dia tak fungsi plak.. Tido pun serupa tido2 ayam pasai sejuk yakmat! Suhu malam ni 2 celcius yer.. Diulangi sekali lagi 2 celcius.. Parokkk!!! Pengalaman cenggini laa bila ingat balik, boleh tersengih2 sengsorang tau.. Serius laaa lepas ni kalau boleh nak pilih motel tu takmau stay holiday park and what so ever.. Takmau dok dalam cabin dah.. hahahaha.. Bagi kita kalau korang memang naik motorhome ke caravan ke ok laa dok sini tapi kalau macam kitorang ni yang memang stay dalam bilik tak comfortable laa dok sini..
Rasanya kat sini je yang spoil banding tempat lain. Entry tuk motel kita wat lain ok!!
Good Night Te Anau...
Gambar cabin ni diambil waktu pagi esoknya.. sebab waktu kitorang check in memang dah gelap sangat dah |
Reception Te Anau Lakeview Holiday Park |
1 comment:
Nice view!!!! Nice shoot
Post a Comment