Pagi ni semangat sikit nak posting2 dalam blog nih.
Fyi, bila sampai je office setiap pagi mesti nak dengar dulu surah Al-Waqiah'..
Dah jadi habit sejak dok office kat KL lagi.. Mula2 dengar je dulu then tengok terjemahan now dah mula hafal serba sedikit surah ni.
Teringat lagi pesan Kak Yah cleaner masa office kat KL dulu, bila dia dengar saya pasang surah Al-Waqiah' ni terus dia kata surah ni bagus dibaca dihayati especially sebelum kita mulakan kerja.
Then Kak Yah pun follow laa bacaan merdu Sheikh Mishary Raashid al-Afaasy sambil menyapu sampah.. (Alamak, tetiba rindu plak kat Kak Yah)..
Jom kita tengok antara kelebihan dan khasiat surah Al-Waqiah' ni..
Khasiat Surah Al-Waqiah'
1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.
Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."
2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.
Sumber dicedok dari laman web JAIS
Apa lagi, moh ler kita beramal :)
No comments:
Post a Comment