Friday, March 18, 2016

Happy Time With Qaisara - Starz Garden Children Playland Sogo

Assalammulaikum dear readers,

Actually, story ni dah lama ada kat draf tapi tak abis2 kan.. hehehehe.. 
So now meh story sikit jalan-jalan time with my lovely daughter Qaisara Nur Adelia..
Waktu ni cuti rehat tak masuk office, so tiba-tiba terasa nak ke Sogo pulak because last weekend pergi punya la sale menggila.. geram betol tengok baju kanak-kanak murah2 belaka.. Kengkonon nak repeat balik laa keesokan harinya..
Tambah pulak Sogo ada beri Birthday Voucher which is expiry date this january..
So on 4th January tu decide bawak Qaisara pergi shopping sekali and atas jasa baik penat kaki tangan badan dia melayan mama shopping that day, kita bagi Qaisara reward having playtime kat Starz Garden Children Playland Sogo tu..

Waktu pergi last weekend punya laa ramai bebudak main kat dalam tu. Tengok pun tersangat laa merimaskan.. But what happen that day sorang kanak2 pun takde.. 
WEeehuuuuuu... Qaisara boleh main puas2 plus mama pun rasa selesa tak berasak2 dengan kids yang lain.. Ngeeee... Fyi, Starz Garden ni ada kat Aras 7 dekat2 dengan warehouse space dalam Sogo ni.  Senang je nak cari tempat nih..
RM6 per hour kira murah laa jugak especially para ibu yg nak cari tempat playland anak2 so then diorang leh shopping dengan happy.. kih..kih..kih.. Of course ler bapak2 kene tinggal tengokkan si anak.. Mana boleh tinggalkan anak sorang2 kat situ sebab tempat tu bukan tempat baby sitter yer.. Seorang kanak-kanak hendaklah bersama-sama dengan seorang ibu/ayah/penjaga..

Masih ingat lagi hari tu hari pertama budak2 masuk sekolah, so kengkonon kita ni tengah hantar Qaisara pergi school laaa.. Fefeeling masuk tadika gitu.. Qaisara time ni baru je 2tahun setengah tak lama je lagi dah nak masuk sekolah kan.. So awal2 lagi dah berangan.. hehehehe.. 

Time ni malu-malu nak main dalam playland nih.. Jenuh jugak pujuk suruh main gelongsor tu.. 


Suka betol dia main menda alah nih...

penuh khusyuk tuuuu..


Budak-budak sekarang mmg suka gajet

khusyuk lagi... huhu

Selfie dengan mama

Time ni Qaisara dok main lego tapi mama kacau ajak selfie..hehhehehe..

See...dah tak malu lagi dah.. 

Mentang-mentang dia sorang je dalam nih.. huhu


Dah nak start show off akrobatik dia nih..

Dalam ni ada macam-macam aktiviti yang boleh buat, ada ruang santai dalam bilik then siap pasang cerita Ultraman lagi.. rasanya diorang buat maybe ramai bapak2 yang meneman anak banding dengan ibu2.. Hehehehe... 
Qaisara ada main lukisan pasir tu but that time tak amik la plak gambarnya.. Happy betol dia, 2jam yang menyeronokkan.. Sebab apa saya cakap macam tu.. lepas dari hari dia main kat starz garden asal sebut Sogo je dia mesti cakap "nak main kat taman".. Normally dia biasa main kat playground kat taman je.. Hahahaha.. 

See!! Sampai boleh ingat tu.. 

Uols boleh laa bawa anak2 main kat situ.. mesti diorang have fun..

Toodles!

:)




No comments: