Friday, March 18, 2016

Saya Rindu Abah - Al-Fatihah buat Muhamad Shah bin Talib

Assalammualaikum WBT,
Dearie readers,



Abah

Antara penyebab kenapa saya terus senyap menyepi dari menaip dan mengisi ruang blog saya nih adalah atas sebab pemergian ayah tercinta..
Setelah setahun setengah pemergian abah, baru lah saya ada keinginan untuk berbicara semula dalam blog ni.. Terlalu banyak ceritera dan kenangan pada tahun-tahun yang lepas terutamanya kelahiran anak kedua saya Muhammad Khaasif Adzeer yang lahir pada tahun lalu..

Hari ini jika abah masih lagi ada di dunia ni, maka genaplah umurnya yang ke-59. Walaupun abah tak bersama kami lagi, tapi kami tetap ingat abah dan sentiasa rindukan abah..
Seperti yang saya post kan dalam fb, kalau abah masih ada lagi, mesti kami adik beradik dah plan and stanby beli hadiah dan kek harijadi untuk abah.. Esok mesti kami balik gombak, kumpulkan kesemua cucu abah dan raikan harijadi abah dengan penuh meriah.. Tapi yelah, kami redha Allah SWT sayangkan hambaNya yg bernama Muhamad Shah bin Talib.. 

Pada 14 September 2014 bersamaan 19 Zulkaedah 1435H pada hari ahad jam 8.50pagi bertempat di Hospital Kuala Lumpur, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Abah dah tak sedarkan diri dari jumaat yang lepas lagi.  Setelah mengadu sakit dada pada pagi jumaat, setelah dimasukkan bantuan pernafasan (oksigen), abah terus tak sedarkan diri..
Masih ingat lagi hari jumaat, adik saya telefon beritahu abah dah ada dekat wad kecemasan dan dalam keadaan kritikal. Kami satu keluarga sangat2 terkejut sebab kami tahu sebelum ni abah hanya sakit2 di bahagian dada sahaja.. Takde langsung tanda2 ada sakit yang teruk atau kritikal.

Dan saya masih ingat lagi saat2 doktor pakar mahu jumpa ahli keluarga, waktu itu hanya ada saya, adik saya Ilah dan Paklong saya.. Mak dan kakak satu keluarga masih dalam perjalanan ke hospital dari Melaka.. Doktor tak dapat tunggu untuk cerita masalah yang dihadapi.. Doktor pakar beritahu abah kene serangan jantung dan paru2 abah penuh air juga oksigen tak sampai 100% dan kebiasaannya keadaan pesakit macam ni adalah tenat dan doktor minta kami panggil ahli keluarga yang lain dan bersedia menerima segala kemungkinan..

Lupa nak beritahu, waktu itu saya sedang mengandungkan Khaasif dan kandungan waktu tu dalam 22minggu. Hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya bila doktor beritahu keadaaan abah waktu tu. Seakan sukar nak hadam segala apa yang doktor jelaskan. Hurmmm... (sob..sob..)
Sepanjang berada di hospital abah mmg tak bangun tak sedarkan diri tapi kami percaya abah masih boleh dengar bila kami sebut nama abah. Bila pegang tangan abah, dapat rasa abah cuba gerak2kan kaki dia... Seolah2 nak beritahu kita yang dia dengar apa yang kita cakap. 

Namun, Allah Maha Esa Maha Berkuasa, kepadaNya kita akan kembali jua. 3hari je abah kat hospital. Hujan lebat sangat pagi hari tu seolah2 faham perasaan kami ketika tu.. Alhamdulillah, pada waktu kami nak kebumikan arwah, hujan dah berhenti dan urusan pengkebumian semuanya berjalan lancar.
Pada awalnya memang susah nak terima hakikat yang abah dah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tapi kita juga percaya pada ketentuan Ilahi. 

Abah,
Kami anak-anak abah sentiasa merindui abah.
Kami sentiasa sayangkan abah walau apa jua kekurangan yang abah ada.
Kami tak sangka akan kehilangan abah, terlalu awal untuk kami hadapi.
Namun, kami tetap doakan abah selalu..
Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosanya, kasihanilah ia,
lindungilah ia dan maafkanlah ia,
Muliakanlah tempat kembalinya, lapangkanlah kuburnya,
bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk,
Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian dari kotoran,
dan gantikanlah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat,
Masukkanlah ia ke dalam syurgaMu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka..
Amin Ya Rabbal Alamin.









Al-Fatihah buat Abah, Muhamad Shah bin Talib



No comments: