Wednesday, August 8, 2018

Day 1 : Travelog New Zealand on Autumn 2018 ~ KUL-Gold Coast-Auckland

11 April 2018 (Wed) - 12 April 2018 (Thursday) > Day 1  

Flight From KUL - Gold Coast, Australia - Auckland, New Zealand

Bermulanya kami travel ke NEW ZEALAND berdua saja.  Berdua itu kan lebih baik.  Kalau orang bertanya kenapa tak pergi ramai-ramai, ayat itu laa yang aku dok ulang2.  Tak pelik laa zaman sekarang pergi berdua, takde laa nak kata berani sangat.  Cuma nak habaq, hidup di zaman teknologi canggih manggih nih, nak cari sumber2 dan rujukan tu dah mudah.  Hanya di hujung di jari anda.  JAdi kita gunakan sebaiknya waktu travel jauh2 ni kan.

Tak sabar nak habiskan travelog ni. Ada 15 hari to cover the story.  Hihihihi.. Siap laa berjanggut suamiku menunggu travelog nih sampai abis.. Ngeh..ngeh..ngeh..
Ada lagi satu perkara nak share kat sini, beberapa hari sebelum tarikh kitorang travel, Auckland di landa ribut taufan.  Seluruh auckland bergelap waktu tu.  Ada jugak laa rasa sedikit kerisauan sebelum nak pergi tu, since tengok kat forum ada yang terpaksa tukar plan sebab ribut tu berganjak sampai ke South NZ dan menyebabkan ribut salji kat South NZ, ada certain tempat yang kena.  Just imagine korang pergi time autumn tapi terkandas dek ribut salji. That time memang risau juga, tawakal banyak-banyak semoga perjalanan dimudahkan dan dilindungi Allah SWT sentiasa.  Bagi korang yang nak travel,  penting tau untuk create itinerary dan juga second plan especially kalau ke NZ since korang pun sedia maklum NZ cuaca boleh berubah 360 degrees.  Perlu ada back up plan incase korang terperangkap kat mana2 tempat waktu travel.

Waktu hari travel, memang minta keluar awal dari office, nak ambil masa untuk check luggage sebelum ke airport.  Biasa laa nak tinggal family untuk 2 minggu kot, faham2 jelah emosi seorang mak ni kan.  Dah siap minta hubby mithali hantarkan sampai lrt Bandar Tun Razak.  So just turun sampai station Bandar Tasik Selatan then transit naik ERL to KLIA 2.  Waktu petang2 ni nak berkejar ke airport naik ERL jelah senang.  Kalau drive kereta penat menghadap jem je.


LRT Bandar Tun Razak
Time ni sebak sikit sebab hubby mithali dgn anak-anak ikut hantar sekali.  
2 minggu kot wehh, jenuh menahan rindu.. huhu..

ERL BANDAR TASIK SELATAN
Boleh nampak kat jam tu baru around 6.45pm
Kalau tak silap sampai di KLIA 2 dalam 7.15pm 

Jumpa partner travel kat KLIA 2 terus.  Farah datang selepas 20 minit kita sampai di KLIA 2.  Masih awal lagi sebelum boarding so check in baggage then terus dinner kat Mc'D.  Alas perut laa dulu sebab kitorang ambil meal selepas transit di Gold Coast nanti.  So selama 8 jam tu boleh laa bikin taik mata dulu kan.

Flight AA ke Auckland boarding lewat ckit, supposed time flight 11.50 malam tapi dalam 12.00 pagi baru take off.
Perut pun dah kenyang so elok je flight take off kita berdua pun bantai tido je.  Maybe sebab pagi hari masih bekerja, badan rasa penat so senang je lelap dalam flight berbanding masa pegi Korea dulu.


 Travel Partner to NEW ZEALAND
Farah aka my ex-officemate
Terkejut kawan-kawan tempat kerja lama bila kita reveal partner travel kali ni.. Hihihihi..



Subhanallah
Suka tengok sunrise waktu berada dalam flight..cantik sangat2

"Life is getting up an hour early to live an hour more"

Sampai Airport Gold Coast dalam jam 10.00 pagi waktu tempatan.  Kita yang transit ni kene turun sama bawa skali hand carry yang kita bawa.  Kalau ada botol air ke masa tu, sila la buang siap2 yer sebab waktu transit di Gold Coast korang akan lalui satu security check.  Then dia akan pilih random untuk detail body scan.  Mujur ler tak di pilih kan. Huhuhu.. Elok lepas security check, kitorang singgah toilet sekejap siap basuh muka gosok gigi semua laa.. Dah 8 jam tido kan serupa macam ko bangun awal pagi laa, faham2 jelah.  

Transit Gold Coast Airport

Keluar dari toilet terus boarding untuk ke Auckland, maksudnya korang ada dalam 10minit je sebelum boarding tau.  Kalau korang lambat waktu security check tu boleh jadi tak sempat langsung ke toilet airport tu, kene terus naik flight je. Hihihihi.. Guna jelah toilet dalam flight yer.

Flight touch down Auckland tepat jam 4.50 petang waktu tempatan.  Masa arrival lewat 20minit dari waktu sepatutnya 4.30 petang.  Belum pun sampai tempat cop pasport kitorang stop sekejap kat tempat jual simcard.  Ada small mall sebelum melepasi immigration tu, kat situ laa ada tempat jual simcard.  Kitorang choose Simcard SPARK 1GB data 200minit free call local/international dengan harga NZD25.  Mula2 plan dulu nak pilih yang 3GB harga NZD45 tapi bila pk balik setiap motel yang stay nanti ada free wifi, so beli je yang 1GB punya.  Kalau beli sebelum cop pasport ni, harga dia murah ckit dari yang luar.  Harga kat luar dalam NZD29.


Sampai sudah Auckland Airport, hujan renyai2 nampaknya kat luar tu..
Masuk je sini terus je pakai jacket.

Kita pilih Simcard Spark ni salah satunya sebab dia ada free wifi zone
Kalau kat South banyak laa jumpa port free wifi Spark ni

Kene download apps spark untuk guna wifi free tu

Lepas cop pasport terus direct ke tempat Biosecurity Check pulak.  Seperti yang uols tahu, kalau nak masuk New Zealand ada beberapa perkara yang kita perlu declare, dalam bahasa melayu kita sebut isytihar.  Ada barang-barang atau makanan terlarang yang tak boleh bawa masuk ke NZ ni.  Make sure study yer, boleh je check kat website Immigration NZ ni.  Kitorang buat listing untuk barang-barang yang nak declare ni.


Listing for declaration dah buat siap2 so bagi jelah kat officer tu, biar dia tengok sendiri list kita tu.  List yang kita buat tu siap dapat pujian lagi maybe mudahkan kerja dia gamaknya.  Huhuhu..  Selepas selesai pergi pulak kat customer service untuk check medicine yang kita declared,  almaklumlah bawak minyak gamat, that time tak sure diorang lepas ke tak kalau bawa minyak gamat tu kan.  Alhamdulillah, all pass.  Lega tau.  Hahahaha..
Bila korang dah lalui nanti korang paham ler perasaan aku nih.. huhu.. Dekat sini je kita kene declare and check lebih detail, bila nak fly ke South nanti through domestic airport tak payah dah declare2 ni.


Kalau flight sampai waktu petang memang ramai betul orang nak melepasi immigration ni tau
Abam besar depan ni tetiba ramah pulak sempat ajak borak 
Nampak tak dia punya highlight tu, time ni aku confuse pasal minyak gamat
So nak selamat declared laa kan, bila diorang tengok gambar terus lepas.  Huhuhu..
Tanya kat forum, ada yang kata dia bawak minyak angin minyak panas semua lepas..
Apa2 pun kalau ragu2 lebih baik declared je kan..
Alhamdulillah, takde adegan bukak2 luggge.. Fuh, lega sangat!!


Bila keluar dari Arrival Hall, mula-mula tu terkial2 jugak laa nak ke motel. Confuse pulak nak naik apa ke motel.  Ingatkan motel ada sediakan shuttle free.  Bila call dia minta kita naik yellow bus untuk direct ke motel.  Kitorang terus tanya kat reception airport for direction to yellow bus bustop.  So aunty tu bagi laa direction keluar pintu mana. Sebab apa panggil aunty, sebab kat kaunter tu orangnya macam nenek2 je agak dah berumur. Huhuhu... Slow spoken, jenuh jugak tunggu dia habiskan satu-satu ayat tau.  Tapi orangnya friendly je.  Tak jauh pun nak pergi bustop tu, dekat sangat betul2 luar pintu airport.  Airport Auckland ni takdelah besar mana kalau nak bandingkan dengan airport kita.  Nampak tak dah ada bunyi2 rasa bangga di situ.. kikikiki...
Direction ->  Keluar Door 8, after crossroad, sebelah kanan ada bustop untuk tunggu yellow bus.


Keluar je kat Door 8 tu, toleh belah kanan dah boleh nampak bustop ni.  Tunggu jelah yellow bus tu sampai bas tu datang.
Tak silap setiap 15minit ada je yellow bas nih.

Motel-motel area airport ni korang boleh check kat website sebab ada sesetengah motel korang boleh naik yellow bus ada sesetengah motel ada naik go bus.  Pandai-pandai laa study yer.  Nanti bila dah naik bus, driver tu akan bagi kupon, so bagi jelah kat motel tu.  Bayaran yellow bus NZD2 per person.  Bus tu akan singgah motel-motel area airport ni, so kita turun laa kat mana yang kita stay.  Bagi malam pertama di NZ ni,  kitorang bermalam di Auckland Airport Kiwi Motel.  5minit je rasanya naik bas tu dah sampai motel..Huhuhu.. kejap sangat rasanya.  Waktu dah gelap pun, rasanya waktu tu dalam jam 7.45pm masa check in.  Bilik besar jugak siap kitchenette kat dalam bilik ni.  So memandangkan dah malam baru sampai NZ, kita masak maggie tomyam ajelah yer..  Huhuhu...  Bolehlaa setakat nak lapik perut.  Letih juga maybe sebab jetlag.  Terasa sekejap je stay kat motel ni sebab awal pagi dah nak kene check out dah.  Auckland malam tu hujan, boleh dengar dari luar kuatnya bunyi angin.. Berdoa dalam hati semoga cuaca baik2 je esok hari.  


Check in at Auckland Airport Kiwi Motel 
Besar amat laa katil dia, even single sebelah tu pun macam queen bed je



Siap dengan kitchenette, microwave dan jugak sinki. 

First dinner in NZ ~ Maggie Tomyam aje.. :P

P.S :-  Untuk review motel-motel kat NZ kita buat page lain je yer.  
Sebarang pertanyaan mengenai travel to NZ, boleh laa email direct ke maurasha19@gmail.com
I love to share my experience with you guys!!



Toodles!!!

No comments: