Tuesday, August 21, 2018

Day 2 : Travelog New Zealand on Autumn 2018 ~ Auckland - Matamata - Rotorua - Taupo


13 April 2018 (Friday) > Day 2  
Journey from Auckland to Matamata - Rotorua - Taupo

Pagi ni dua-dua pun bangun lewat.  Malam tadi pukul 2pagi segar buntang mata ni, sah2 jetlag punya pasal.  So dalam 7.00 pagi Farah sedar dulu, then baru ler kita.  Semalam dah siap bagitau kat reception motel untuk booking yellow bus on 7.45am, last2 pagi ni minta lewatkan ckit ke pukul 8am.  Rupa-rupanya yellow bus ni memang akan ada di motel setiap 15minit, kita je kene get ready.  So tepat jam 8.00pagi check out dari motel.  Back to Auckland International Airport.  Sampai airport pula call Jucy Car Rental untuk pick up kitorang kat airport.  So kita just tunggu je shuttle Jucy tu kat Door 11.
Dari dalam airport, cari Door 11 toleh sebelah kanan dah nampak shuttle Jucy menunggu.  Sampai kat base Jucy tu, kene beratur laa pulak tuk register dan ambil kereta.  Kat sini agak lama jugak laa, rasanya dalam 40 minit tak silap menunggu.  Ramai jugak tourist yang ambil kereta pagi tu.  Kitorang dapat kereta Suzuki Swift (White) + GPS (as request).  Settle je dapat kereta sewa ni, kitorang terus je menghala ke Matamata.  Siap2 minta orang Jucy tu set kan kat GPS hala ke matamata.  Minyak memang dapat full waktu ambil kereta ni, so just make sure sebelum return back minyak kena pastikan full juga.  Perjalanan jauh so tak boleh nak tunggu lagi.  2 hari di North NZ ni, Farah yang drive.  Kitorang decide setiap 2 hari tukar driver. Huhuhu..


Inilah free shuttle Jucy yang kitorang naik dari airport ke Jucy Car Rental Base ni

They park all the cars here

Small office

Kalau ramai kenalah beratur dulu untuk register

Masih beratur lagi, ramai yang datang awal pagi, long journey perhaps!

This is our beetle for 2 days in North NZ.  Really falling in love with this car sebab jimat giler minyak. Hihihihi.. 

All the way to Matamata

Kalau drive di North NZ ni memang jumpa lembu "Fernleaf" ni saja.  North NZ banyak jumpa lembu banding biri-biri

Really love the country side of NZ
Matamata i-Site

Sampai je pekan matamata tu, terus ke New World Matamata.  Singgah beli grocery (pisang, apple, chips, mineral) for breakfast since kitorang pun belum jamah apa2 lagi pagi tu.  Kemudian terus menghala ke i-Site Matamata.
Menariknya i-Site Matamata ni adalah bentuk building dia sama macam rumah Hobbiton.  Soooooo comel ok!!
Kitorang tak pegi pun Hobbiton Set tu, cukuplah setakat singgah kat i-site ni.  Huhuhu.. Kat dalam i-site ni ada laa diorang jual souvenir2 hobbit & LOTR.  So sesiapa yang mmg fans 2 movie ni memang patut singgah.  Kita beli poskad aje kat sini buat kenang-kenangan.


Singgah New World sekejap untuk beli breakfast.

Such a beautiful building 

Dari parking ke i-Site Matamata, kat sini ada juga kedai souvenirs tapi agak mahal jugak laa

Masuk i-Site jumpa "Bestfriend"  :P

Don't be regret if you're not going or visit to Hobbiton Movie Set Tours.. Because you still can visit this i-Site.. It's built like a hobbiton house..
Banyak je souvenirs The Hobbit & LOTR kat dalam ni, sediakan duit aje yer


Lake Rotorua Lookout

Perjalanan di teruskan ke Rotorua.  Bandar Rotorua agak besar juga, and also the lake besar jugak macam laut dah nengoknya.  Memandangkan kitorang ni tak naik gondola kat sini, so kengkonon laa nak tengok view cantik bandar Rotorua ni,  type je dekat gps for Lake Rotorua Lookout.  Hah, amik kau dia bagi jalan berbukit ntah mana-mana ntah, langsung takde kereta pun lalu jalan ni.  Hahahaha.. cuak jugak laa sebab ada sign "end road" waktu lalu sini.  Rupa-rupanya laluan sini laluan local je agaknya.  Ada sign juga kat atas bukit ni,  katanya camera pengawasan sampai sini je.. Ahh sudah! Takkan nak terus kan lagi kan..  Keputusannya patah balik laaaa..  Karang apa2 jadi takde cctv dapat rekod.  Eh?? Hihihi...
View memang awesome giler sebab kita boleh tengok the whole city dari atas bukit ni.  Tak sia2 mempercayai GPS ni kan.. Huhu..  Cuma sampai sekarang kita curious celah mana lookout laaa yang dimaksudkan GPS ni.. Adoi laaaa...


All the way to Rotorua.. Siapa kata North NZ tak cantik, serius sepanjang ke Taupo cantik je pemandangan.. Cuma cuaca je tak menyebelahi sebab time ni memang mendung je..

All the way to Rotorua

All the way to Lake Rotorua Lookout

Waktu nak ke Lake Rotorua Lookout ni, kitorang melalui kawasan perumahan dan sekolah,  kena drive slow je..

Dari atas bukit ni boleh nampak luasnya lake Rotorua ni

Puas dapat tengok view dari atas ni


Bandar Rotorua NZ

Kat NZ kalau korang perhatikan signboard diorang memang sangat unik dan sangat prihatin gituuu.. 

Dah sampai kawasan sekolah, kena drive slow yer
Kuirau Geo Thermal Park


Turun dari jalan berbukit ni, kitorang terus menghala ke Kuirau Geo Thermal.  Fyi, pada sesiapa yang nak tgk geo thermal secara PERCUMA, boleh laa datang kat Kuirau Park ni.  Takyah bayar mahal2 pun setakat nak tengok geo thermal yang menggelegak tu..  Hihihihi...  Lalu kat sini memang ada bau-bauan sikit laa.. Rasanya kalau pergi mana2 geo thermal memang ada je bau sulfur ni.  Kat sini uols boleh discover steaming, hissing & boiling Geo Thermal activity.  Kat sini korang nak rendam2 kaki pun boleh juga.  Seronok juga kat sini cuma tak dapat nak jenjalan jauh2 sebab tetiba hujan turun lebat pulak that time.  Kesejukan melanda hoiiii!! 


Dari parking pun dah boleh bau sulfur yang sangat kuat, orang kata bau sulfur ni bau macam kentut.. Hahahahaha...  Pandai-pandai je korang but yes bau dia kurang menyenangkan ckit

Sekitar park ni memang banyak signboard amaran keras
Kawasan panas ni, jangan over excited feeling kat sini yer.. Huhu.. 

Laluan ke Kuirau Geo Thermal Park

Cuaca sejuk sangat tapi air kat sini panas meluap agaknya
Mana yang diorang pagarkan tu memang kawasan boiling water tu

Park kat sini luas dan cantik

Kalau ada masa lebih nak jugak merasa, dok fikir nak kena bukak kasut bagai.. leceh laaa.. Hahahaha.. Tapi for sure best sebab dalam cuaca sejuk korang rendam pulak kaki kat air panas.. huhu.. Nikmat!!

Another caution signboard

Bergambar kenangan at Kuirau Park

Such a nice place to visit

Ada kolam yang agak besar dan ada jugak yang kecil, ada yang tgh boiling menggelegak abis.. 

Lake Rotorua

Dari Kuirau Park Geo Thermal kitorang menghala ke Lake Rotorua.  Tak puas tengok lake dari atas bukit tadi kali ni nak terjah depan2 pulak.  Cantik juga sekitar Lake Rotorua ni.  Kebetulan waktu kitorang pergi tu, tak ramai tourist & local.  Aduhaiiii, tenang sungguh kat sini.  Sayangnya kitorang tak boleh menikmati lake ni lama2, banyak tempat lagi nak singgah.  HAh, siapa kata North NZ takde tempat menarik.  Serius tak puas jugak ronda North NZ ni tau. 


View Lake Rotorua

Banyak jumpa pokok buah merah kecik2 ni kat NZ
Korang tahu pokok apa ni???

Jetty Lake Rotorua 

Lake Rotorua yang sangat tenang

Bersantai di Lake Rotorua

Hello birdy!!

Nice shot!! Kredit to Farah

Still in Lake Rotorua

Lakeland Queen Rotorua

Lakeland Queen Cruise Rotorua

Redwoods Treewalk

Dari Lake Rotorua menghala pula ke Redwoods Treewalk.  Tak jauh pun dari Lake Rotorua tadi, rasa dalam 5minit je nak ke Redwoods Treewalk ni.  Sampai sini serupa hutan je, tapi yang menariknya pokok2 dia tinggi2 dan merah2 colornya.  For those yang nature lover, should come to this place.  Unik sangat and hutan dia ada bau sikit.  Rasanya bau tu memang datang dari pokok-pokok kat situ jugak.  Kalau korang nak lalu treewalk canopy tu ada bayaran yer, dah lupa berapa harganya boleh search je kat website.  Kitorang tak pergi pun lalu treewalk tu,  memandangkan mengejar masa ke Taupo.    Waktu sampai sini pun dah pukul 4 petang.  You know autumn 5.30 petang dah start gelap kan.  Lepas puas bergambar sakan dengan pokok2 yang kemerahan itu, tak tunggu lama terus drive ke Taupo.


Ada i-site kat Redwoods Treewalk ni

Redwoods Treewalk Canopy

Redwoods Treewalk Canopy- kalau ada masa boleh laa jalan2 kat atas tu tapi ada bayaran dia.. dah lewat petang tak boleh nak ronda lebih2

Cantik kan??? Ini toilet yer.. Hahahahaha..
Mula-mula kita pun curious nak tahu apa menda ni.. 



Rindu kita pada awak si pokok merah

Sesuai kalau buat shooting citer seram kat area sini.. Hihihihi..


Kengkonon nak ootd ler

Tapi tak pandai nak ootd, sudahnya kita peluk je pokok yang gomok ni

Actually tengok gambar teringat masa kat Nami Island
Tapi Redwoods ni lagi cantik

I still remember the smells

Besar tau forest redwoods ni, jangan pandai2 korang jalan jauh2 without guard yer
Taupo

Masa ni risau juga sampai Taupo dah gelap.  Mujur dalam around 5.15 petang dah masuk ke Taupo.  Sepatutnya dalam itinerary kitorang ke Huka Falls, tapi sebabkan masih hujan dan dah lewat petang kitorang decide pergi esok pagi je.
Masuk bandar Taupo kitorang singgah kedai Souvenir Outlet.
Ok, nak highlight kat sini, kalau korang yang bercadang nak beli T-shirt NZ yang  murah memang ada kat kedai Souvenir Outlet ni.  6pcs for NZD30.  Kira murah laa ni.  Tempat lain tak jumpa wehh.. Tak silap Souvenir Outlet ni lagi satu kedai dia kat Huka Falls.  Time ni kitorang tak beli pun, bila dah kat South NZ baru tau menyesal.. Hahaha.. menyesal pun tak guna, beli aje lah dengan harga standard 1pcs NZD10 tu.

Sederet dengan kedai Souvenir Outlet ni ada kedai kebab, tak silap nama kedai tu Best Kebabs.  Memang dah plan nak makan kebab je tonite as dinner.  Beli laa tapau siap2 sebelum check in kat Haka Lodge Backpackers Taupo.  Berpusing-pusing jugak mencari Haka Lodge Backpackers Taupo ni sebab asyik salah lorong je.  Sampai Haka Lodge waktu tu dah 6.30 petang dengan suhu 9 darjah celcius.  Mujur laa sempat sampai sebelum kaunter tutup sebab reception tu closed pukul 7.00 petang kot.  Lepas check in memang tak keluar2 bilik dah.  Kat luar hujan, nak pergi main kitchen jauh juga dari bilik.  Nasib ler toilet sebelah bilik je.  Settle dinner,  mandi then rest.
Wokeh, can't wait for tomorrow.  Nak terjah Huka Falls yang awesome giler tu!! 


All the way to Taupo

Cantik je view ke Taupo ni

Dah lupa pulak menda tepi jalan ni, Farah ada habaq ari tu

Sebab dia besar dan menarik pandangan mata yang memandang tu sebab ambil gambar menda alah ni.. hihihi

Sudah sampai Bandar Taupo, singgah kejap 

Souvenirs Outlet

More souvenirs in here.. Kalau uols singgah South NZ, baik beli kat South aje yer

More Souvenirs 

Wokeh, korang nampak tak t-shirt depan pintu masuk ni.. Kat situ laa terjualnya t-shirt 6pcs for NZD30.. Kat tempat lain tak dapat yer harga cenggini.. T-shirt budak pun murah banding tempat lain

Singgah Best Kebabs ni beli Lamb Kebab in a Roll

Ada 3 choice sauces

Bahan-bahan dalam kebab yer kawan2

Sauces

Satu-satunya kebab yang kita makan kat NZ ni.. yang lain masak kt motel je.

Time ni memang tengah lapar, punya tak sabar nak tunggu orang ni sediakan kebab


Best Kebabs sederet dengan Souvenir Outlets tu

Delicious!!! Tapi jenuh nak abiskan satu ni.. 

Stay di sini malam kedua di NZ
Toodles!!! 

No comments: