Journey from Taupo to Hamilton - Auckland -Christchurch
Lake Taupo
Setiap hari memang kitorang akan bangun awal pagi untuk teruskan perjalanan. Rasa rugi kalau keluar lewat, bukan selalu pun dapat travel jauh2 ni. Setiap hari di NZ ni kitorang akan drive beratus kilometer, and fyi kat NZ terlalu banyak tempat untuk berhenti, meaning setiap tempat banyak sangat tourist attraction. Kalau nak cerita lookout stop tu takyah cakap laaa kan, so mulakan perjalanan di awal pagi adalah langkah terbaik di NZ ni.
Hari ke-3 pukul 5.30pagi dah siap bangun. Tunggu cerah sikit dalam pukul 7.00 pagi kitorang terus check out dari Haka Lodge Backpackers. Boleh letak je kunci dalam box yang dah tersedia di kaunter. Suhu pagi ni di Taupo dalam 11 darjah celcius. Waktu ni hujan renyai2 turun. Memandangkan semalam sampai Taupo dah lewat, so pagi ni nak singgah Lake Taupo dahulu. Dekat je Lake Taupo dari Haka Lodge ni, drive dalam 2minit dah sampai pun. Pagi ni hujan jadi pemandangan Lake Taupo tak berapa jelas. Mendung je pagi ni. Kitorang singgah sekejap tepi lake Taupo ni, ada laa juga yang tengah berkayak pagi2 kat lake.. Tengah hujan pulak tu, ehh tak sejuk ke diorang ni.. huhu..
Sebelum nak ke Huka Falls, singgah dulu "The Coolest Mcdonalds in the world", uniknya Mcdonalds ni sebab ada aircraft kat situ. Memang letak dalam itinerary pun bila sampai Taupo nak singgah McCafe Mc'D ni. Mc'D ni tak jauh pun dari sign "#LOVETAUPO" kat Lake Taupo tu. Kitorang singgah beli coffee je. Sejuk2 pagi tu dapat hirup Caramel Macchiatto memang terbaik lah!!
Just follow the rules, put the key inside the box.. Easy Peasy!! |
Awal pagi singgah Lake Taupo, just 2 minute drive from Haka Lodge Bckpackers Taupo |
Farah #lovetaupo |
Me #lovetaupo |
You are soooooooo red!!! |
Lake Taupo early in the morning |
McCafe Taupo |
The coolest Mc'D in the world |
McDonalds Taupo New Zealand |
Jenjalan beside Lake Taupo |
Boleh nampak tasik dia jernih yakmat!! There's black swans in the lake.. Ada je 3-4 ekor swan kat sini.. |
So, perjalanan diteruskan ke Huka Falls. Dari Lake Taupo ke Huka Falls drive dalam 15 minit je. Sampai Huka Falls tepat jam 8.00 pagi. First impression bila sampat Huka Falls ni memang mulut ni tak henti2 memuji Allah SWT. Seriously tersangat kagum bila tengok Huka Falls ni. Dari parking lagi dah boleh dengar kederasan falls ni. Nama je falls tapi bila tengok nampak macam sungai yang teramat deras. Tak ramai tourist pagi ni kat Huka Falls, tak bersesak sangat pun. Memang bertambah seronok laa kitorang bergambar. Air kat Huka Falls ni totally jernih dan sangat kebiruan. Kitorang kat Huka Falls dalam sejam jugak laa.. Rasa tak puas sangat tengok Huka Falls ni. Sampai sekarang pun bila kita tengok video balik, rasa kagum tu tetap ada. Salah satu kebesesaran yang Maha Esa. Kat sini juga kitorang jumpa satu family dari Malaysia yang berasal dari Kuching. Diorang satu family stay kat Australia sebab si ayah bekerja di sana, datang NZ pun for holiday. Teruja diorang jumpa orang Malaysia. I guess diorang rindu hometown nih. :)
Kalau uols nampak signboard green ni tepi jalan sekitar NZ, maknanya ada tourist attraction laa kat situ.. sila singgah yer!!! |
Welcome to Huka Falls babeh!!! |
Kalau dah sampai petang kat Taupo, tak perlu laa singgah Huka Falls ni sebab parking gate dia tutup pukul 5.30pm yer kawan-kawan |
Mari laa swafoto dengan air yang biru ini |
Selfie lagi. Sila jangan menyampah!! Heheh... |
With partner travel |
Huka Falls ni antara sebahagian dari Waikato river Dah balik NZ baru tau haihhh |
Suka tengok kebiruan air kat Huka Falls ni Memang tak lepas dari pandangan |
Average flow Huka Falls can be up to 200 000liters per second |
Subhanallah |
ME and Huka Falls |
Senyum takut2 namanya nih.. Hahahaha... |
Me at Huka Falls |
Me again |
Signboard for track and trail |
at Huka Falls |
Ada je toilet kat sini, kot ler dapat panggilan emergency kannn.. hihihi |
Dalam 9.00 pagi kitorang teruskan perjalanan ke Hamilton. Dari Taupo nak ke Hamilton memang terasa jugak jauhnya. Sepanjang perjalanan akan lalu kawasan forest dan bila menghampiri Hamilton akan perasan banyak kilang2 dan kawasan perusahaan. Kitorang ada singgah isi minyak di Mobil Tokoroa sebelum sampai Hamilton. Tujuan lalu Hamilton ni sebab nak singgah Hamilton Gardens sebenarnya. Bila dah sampai Hamilton Gardens ni tak sangka pulak tempat ni sangat besar rupanya. That time kononnya nak cari Italian Renaissance Garden tapi tak jumpa pulak sebab laluan masuk dia di tempat lain. Kitorang masuk ikut The French Rose Garden. Jadi terjah area Rose Garden ni jelah. Kitorang kejar masa jugak time ni sebab risau sampai Auckland lewat. Flight ke South NZ petang tu jugak. Jadi berjalan2 laa sekitar garden ni. Ada event waktu kitorang sampai situ so ramai lah local that time.
All the way to Hamilton Jalan sekitar memang berkabus sebabkan hujan di pagi hari |
Hello cows!!! |
Time for having some breakfast i guess.. hurmmm.. |
Filling the fuel at Mobil Tokoroa |
Still in Tokoroa |
Don't judge me - Kalau dah duduk dalam kereta for long journey & kawan ko pulak tu yang tgh drive car so keje ko kat sebelah selfie sampai nak muntah :P |
Pekan Putaruru |
Still in Putaruru |
Sooooo syantik :) |
Sampai sudah kita di Hamilton Gardens |
This tree is the tallest and biggest in the garden Maybe sebab dia satu2 nya pokok besar kat situ kot, so nampak besar yakmat..huhu.. |
Going somewhere Farah?? |
Garden yang sangat besar sampai tak tahu nak mula dari mana Thanks to signboard.. heh.. |
Ok, i'm not the professional photographer But I'm really in love with this photo (Kredit to me.. hihihihihi.. mekacih..mekacih..) |
Hello ducks!! |
Siapa suka bunga hydrangea nih, kat sini ada banyak ok!! |
Kita taklah percaya sangat kat signboard ni sebab bukan takat rose je yang ada tau, macam2 bunga ada kat sini |
See, i told you!!! Ini rose kah?? Aiyooooo.. |
Sooooo syantik!!!! |
Hello roses!!! |
Another big tree in the garden |
Bunga ni pun cantik jugak!!! |
Waikato River
Lebih kurang pukul 11.40pagi teruskan perjalanan ke Auckland. Sepanjang perjalanan untuk patah balik ke Auckland ni boleh nampak Waikato River sepanjang jalan. Rasanya dah drive beratus-ratus kilometer pun, sampai laaa nak masuk ke Auckland, Waikato River tetap nampak sebelah jalan. River dia bukan kecik2 je tau, ni memang sungai yang agak besar. Ada je tempat berhenti, kira lookout point untuk tengok Waikato River ni tapi kitorang tak berhenti pun sebab kejar masa nak ke Hamilton dan Auckland. Bila search tentang Waikato River ni, rupa-rupanya sungai ni merupakan sungai paling panjang di NZ sejauh 425 kilometer. OMG, memang menakjubkan!!! Dah tentu laaa kita rasa seronok sebab dapat pengalaman tengok sungai terpanjang di NZ ni (kalau drive kereta memang tahu perasaan itu..huhu..). Kalau korang lalu sebelah Hamilton ni confirm korang kagum punyalah!!
Bila dah sampai pinggir Auckland, hujan mula lebat dan perkara yang paling ditakuti oleh semua traveller especially yang tengah kejar waktu nak ke airport, nak tahu apa dia???
Jalan JEM!!!! Arrghhhh...
Serious wehh, jem tak bergerak langsung. Mula laaa tak senang duduk. Kitorang punya flight petang tu ke Christchurch jam 4.05petang. Pukul 1.30pm still atas jalan lagi wehh.. Cuak giler time nih, tuhan jelah yang tahu.. Hahahaha... Mujur laa, jam 2.00 petang sampai jugak area airport. Terus ke "Z" Station area airport tu untuk isi minyak semula then hantar kereta terus ke Jucy Car Rentals Base. Dari Jucy ke Auckland Domestic Airport naik shuttle free Jucy je.
Sampai airport tepat jam 2.30 petang, masuk airport terus je check in then drop luggage. Tepat jam 4.05 petang take off ke Christchurch dengan flight Jetstar. Dalam 5.15 petang touch down Chricstchurch Airport. Suhu kat Christchurch waktu tu dalam 10 darjah celcius. Dah mula gelap waktu tu, lepas collect luggage terus je keluar dari arrival airport.
Waikato River - Just beside the road |
The longest river in NZ - Waikato River |
Masa untuk check in at Domestic Airport Auckland |
Service centre Jetstar in Auckland Domestic Airport |
Still in Auckland Domestic Airport |
Tinggal lagi beberapa minit before boarding.. |
Sementara tunggu time boarding.. lepak sini dulu yer |
Gate 23 to Christchurch |
Boarding time!! |
Fly with Jetstar to South NZ |
Landing time!! |
Landing time in Christchurch |
Matahari terik waktu petang di CHC |
Sampai sudah di CHC Airport |
Bila korang masuk kene turun bawah sana untuk collect luggage |
Collect luggage depan gunung depan ni haaa... hihihihi.. |
Nice!!! |
YES!!! My luggage sudah keluar!! |
i-Site di CHC Airport |
Outside Airport CHC |
Malam ke-3 di NZ kitorang akan stay di YHA Rolleston House Christchurch yang terletak di tengah bandar Christchurch. Diorang memang tak provide shuttle so kita naik bas je untuk ke YHA Rolleston House ni. Kitorang tanya juga kat staf i-Site airport tu bas apa yang boleh naik untuk ke YHA Rolleston House ni. Kitorang terus ke station bas di CHC airport untuk naik bas color purple dengan bayaran sebanyak NZD8.50. Bas ni akan berhenti berhampiran dengan Christchurch Hospital, so berhenti di CHC hospital ni dan jalan kaki sikit ke YHA.
That time dah gelap dah pun, jalanlah berpandukan offline google maps. Lebih kurang dalam 10minit jalan kaki sampai laa kat YHA ni. Kitorang terus check in and malam tu masak maggie je for dinner. Suhu malam di CHC dalam 9 darjah celcius. Waktu malam di NZ memang senyap sunyi, so make sure masuk tido awal sebab setiap hari di NZ kita akan keluar awal pagi dan drive beratus kilometer. Banyak tenaga perlu digunakan, jadi tak payah nak jadi kelawar pulak waktu malam yer.. hihihihi... Esok bermula laa journey di South NZ.. Tak sabarnyaaaaaa!!!!! :)
Naik bas untuk ke CHC Center |
Berjalan ke bustop airport |
Boleh naik purple bus untuk ke YHA Rolleston House |
Sampai je YHA, check in & letak beg then terus prepare for dinner Besar je kitchen kat YHA ni |
Kemain lagi masak2 kan.. |
Masak maggie je kita... Hihihihi.. |
Kaunter closed 10.00pm yer kawan-kawan |
No comments:
Post a Comment