Journey from Te Anau to Lake Te Anau - Eglinton Valley - Mirror Lake - Monkey Creek - Milford Sound - Tutoko Valley - Queenstown
Cerita pasal nak ke Milford nih memang takkan lupa.
Masih teringat lagi, waktu malam sebelum masuk tido, Farah bagitau highway milford tutup memandangkan hujan agak lebat malam tu. Mula laa rasa frust waktu tu.. Highway milford memang ikut cuaca. Kalau hujan atau angin kuat diorang akan closed highway tu sebab risaukan keadaan jalan yang licin atau berlaku runtuhan batu atas jalan. Dah laaa malam tu memang sejuk amat, heater pun tak fungsi baik, menambahkan lagi sejuk beku dalam hati.. huhu.. Kitorang plan semula itinerary esok pagi untuk terus ke Queenstown.
Lake Te Anau
Bangun pagi2 macam biasa mulakan hari di awal pagi. Cuaca pagi ni cerah elok tak macam malam semalam. Sebabkan hujan malam tadi, windscreen kereta pun penuh ais, nampak tak tahap sejuk beku malam tadi. Kitorang singgah ke Lake Te Anau pagi ni, dekat je dari motel. Ikutkan boleh jalan kaki je.. huhu.. Memang motel2 dekat Te Anau ni kebanyakannya berhadapan dengan Lake Te Anau. Singgah dekat Yatch Club Te Anau yang mana kat sini terletaknya jeti famous Lake Te Anau ni. Pagi ni cuaca elok panas, pemandangan sekitar Lake Te Anau sangat laa cantik. Memang perasan sejak beberapa hari stay kat NZ ni, waktu pagi adalah waktu paling cantik sekali kat NZ. So silalah keluar awal pagi yer kalau tidak rugi sama sekali.
We've been around tasik ni dalam setengah jam ada kot. Tak lama pun sebelum kitorang bergerak menghala ke stesen minyak berdekatan tasik ni untuk isi minyak sebelum heading to Queenstown. Harga minyak kat Te Anau mahal wokeh. Mujur laaa masa kat Invercargill dah isi penuh, tinggal topup sikit lagi je. Dalam masa isi minyak tu, Farah check balik highway Milford, highway Milford Sound bukak pagi ni yer kawan2.. Yahoooo!!!! Sepatutnya we all akan drive ke Queenstown pagi ni tapi kitorang plan back to Milford Sound semula ikut itinerary asal. Tak salah mencuba, kot kalau tutup pun jalan tu kita patah balik jelah kan.. Huhu.. Memang takde jalan lain untuk ke Milford Sound ni, satu je highway untuk ke sana.
Morning View @ Lake Te Anau |
Cantik kan view lake kat sini?? |
Photo ni memang buat wallpaper kat pc je |
Lake Te Anau |
Tak puas mata memandang |
Kasi can ehhh |
Keindahan Sang Pencipta |
Marakura Yatch Club Te Anau |
Pandangan sebelah kiri dari jambatan tadi |
Santai @ Lake Te Anau |
Eglinton Valley
Ni yang best kalau pergi travel sendiri, sukahati korang nak patah balik plan asal kan.. hihihihi.. NZ memang depends on cuaca. Dah rezeki kitorang untuk ke Milford Sound pagi ni. Tak tunggu lagi terus ler menghala ke Milford and lookout stop pertama kitorang berhenti adalah di Eglinton Valley. Hot spot jugak Eglinton Valley ni, memang bas yang bawak tourist akan stop di sini. Ada 3 hotspot yang korang akan jumpa sepanjang drive thru Highway Milford ni iaitu Eglinton Valley, Mirror Lake dan Monkey Creek. Sebenarnya ada je lagi tempat yang boleh berhenti, byk je cuma depends pada korang jugak laa mcm mana nak adjust waktu tu kan.. sebab nak ke Milford Sound pun 200km lebih dari Te Anau. Kalau campur tempat yang kita nak berhenti tu, mmg akan masa sampai ke ptg hari atau silap hari bulan sampai ke malam.
Kitorang plan lepas dari Milford Sound nak terus menghala ke Queentown jadi time is limited bebeh!!
Famous nya Eglinton Valley ni sbb one of the shooting place for LOTR. Seriously kat sini memang cantik sangat. Seluas pemandangan boleh kita tengok kat sini. Tak reti nak cerita macam mana, korang layan gambar jelah yer.
Waktu ni nak u-turn balik ke menghala ke Milford Highway bersebelahan stesen minyak |
Marilah menuju ke Milford Sound |
Melalui kawasan pergunungan |
Ni gambar candid sebab boleh ter snap sendiri plak- kitorang masih tgh planning lagi time ni, almaklumlah plan itinerary sume dah lari sikit |
Bila kita lalu highway Milford memang akan lalu kawasan pokok2 tinggi melitupi jalan |
Kasi Selfie satu kali |
Kita dah sampai Eglinton Valley |
Eglinton Valley |
Ini laaa tempat persinggahan ramai tourist bila melalui highway milford ni.. Eglinton Valley salah satu tempat yang menempatkan penggambaran filem LOTR |
Pemandangan di sebelah belakang Eglinton Valley |
Eglinton Valley |
Kasi Selfie satu kali |
Mirror Lake
Melepasi dari Eglinton Valley, tak jauh sangat pun nak drive ke depan kita dah jumpa Mirror Lake. Cuma kita kene alert sikit laa sebab tepi jalan je pun tempatnya. Pagi hari mmg penuh sangat2 tempat ni dengan tourist. Mujur laa yang naik bas time diorang limited je kan. Tengok diorang berkejar2 jugak laa ambil gambar then tak lama kene naik bas balik. Kesian je, macam tak puas je. Even kitorang pun tak puas kat mirror lake ni sampai siap repeat waktu patah balik ke Te Anau.
Kat Mirror Lake ni pun cantik sangat. Boleh laa keluarkan skill2 korang yang ada untuk ambil gambar secantik yang boleh. Cuma waktu pagi air tak berapa nak tenang laaa.. Maybe sebab itik kat situ asyik lalu je kot. Hahahaha.. Udah ku salahkan itik plak..
Meneruskan perjalanan menghala ke Mirror Lake |
Sepanjang jalan menghampiri ke Milford memang memukau pandangan.. Rasa tak nak kelip mata je |
Bila lalu highway Milford ni jangan lupa isi minyak siap2 kat Pekan Te Anau tu yer.. Sbb kat highway Milford ni memang takde stesen minyak. |
Sampai dah kita kat Mirror Lake |
Kita boleh nampak pemandangan melalui mirror lake ni |
Nampak signboard tepi tasik seberang sana |
Nak menunjuk kan betapa lake ni boleh jadi cermin.. Huhuhu |
Air tak tenang so view kat lake pun terganggu sikit |
Boleh baca information yang ada sekitar Mirror Lake ni |
Setiap tempat attractive place sekitar NZ ni mmg akan ada signboard hijau ni.. Senang cerita nampak signboard hijau, boleh laa berhenti singgah nengok apa yang ada kat situ.. |
Monkey Creek to Milford Sound
Setelah selesai di Mirror Lake, kita drive jauh sikit. Kali ni kita drive mendaki bukit sikit. Tiba-tiba je makin sejuk dan pokok2 tepi jalan penuh dengan tompok2 putih. What is that?? Bila tengok betul2, it is SNOW!! Wahhhh... kat pokok ada snow ke.. jakun makcik sekejap hokeh!!! Hihihiihi.. makin ke depan makin penuh salji. Sampai satu tempat tengok byk kereta bas berhenti, weouls pun berhenti tepi sama, parking elok2 tepi jalan.
Owhh, kita dah sampai Monkey Creek rupanya. Penuh dengan salji hokeh tempat nih. Mau tak teruja jadinya, ko pergi time autumn but terjumpa salji.. Hahahaha.. terus buat video shoot terus kot.
Tempat ni paling lama kitorang stop. Tak sangka hujan malam tadi menyebabkan atas ni bersalji. Patut laaa panggil monkey creek sebab mmg ada small creek kat sini. Jernih amat hokeh air dia, but for sure laa sejuk. Mmg siap bukak hand glove lagi sebab nak rasa air dia. Nak rasa dengan tangan je bukan dengan lidah.. ngeh2..
Bas tourist bersilih ganti tapi kitorang tak gerak2 lagi.. Hahaha.. Punya seronok macam ada kat pergunungan ski je rasa.. Lebih sejam jugak dok kat sini.. Bila dah rasa kebas seluruh badan baru reti nak masuk kereta. Padahal Milford Sound pun belum sampai lagi.. Kikikiki..
One thing, kat sini korang boleh jumpa burung Kea. Clever clown of the alps diorang panggil burung nih.. Burung ni agak besar juga and paruh dia nampak tajam betul. Kene hati2 sebab dia suka makan getah tingkap kereta tu. Kalau korang naik kereta sewa, pandai2 ler jaga2 yer. Xpasal2 kene bayar ganti rugi plak.
Marilah ke Milford Sound pulak.
Sampai di Milford Sound, kitorang lepak je tepi jeti tu. Plan asal memang nak naik cruise, tapi bila plan dah lari sikit ni.. terpaksa laa batalkan niat tu. Maybe some other time, nampak tak niat nak dtg nz balik tu... Hihihi..
Tapi tak ralat pun tak dapat naik cruise tu sebab pengalaman sepanjang lalu kat highway milford tu pun dah beri seribu kenangan terindah. Bagi kita, memang enjoy sangat layan scenary sepanjang highway milford, layak dapat "8" wonder of the world. Huhuhu...
Marilah bergerak ke depan lagi |
Waktu ni memang perjalanan mendaki ke kawasan tinggi |
Look at that!! Look at that!!! |
Sungai sebelah jalan ni memang jernih amat |
View memang memukau pandangan sepanjang lalu Milford Highway |
Semakin mendaki ke Monkey Creek semakin tebal salji tepi jalan |
Jom parking tepi jalan dulu |
Mau tak seronok, pergi time autumn still boleh jumpa snow |
SubhanaAllah |
Belakang tu ada sungai kecik, itulah monkey creek |
Sejernih-jernih air kat sini, sejuk takyah cakap ler |
Kasi can ler ootd sat |
Rindu sangat udara kat sini, serius rinduuuuuuu |
Time ni laaa nakmerasa jadi model baju sejuk pulok |
Kea Bird - ada pulak yang letak ayam goreng kat situ, ikutkan tak boleh tau |
Cantik waktu bersalji macam ni |
Masih di Monkey Creek |
Kea Bird again, kali ni dia bawak kawan |
sambung perjalanan ke Milford Sound - 24km je lagi |
Boleh nampak air turun dari atas |
Kalau nampak batu tinggi ni maksudnya dah dekat dengan tunnel |
Nampak gunung nampak sungai, mana lah tak rindu |
Sampai dah kita kat Milford Sound |
Rajin-rajin sikit membaca yer |
Kitorang cancel plan naik cruise sebab kekangan masa, almaklumlah plan dah lari sikit lepas ni kene direct ke Queenstown |
Cantik kan Milford Sound |
Tutoko Valley
Dari Milford Sound, bila kita menghala balik ke Te Anau, ada satu lagi tempat yang kitorang stop iaitu di Tutoko Valley. Kat sini singgah tgk sungai yang jernih amat berlatar belakangkan gunung salji. Cantik sangat2. Ikutkan boleh je singgah sebelum sampai Milford Sound cuma kitorang singgah waktu otw balik. Then, singgah lagi sekali mirror lake sbbkan waktu pagi singgah tu ramai tourist. Waktu menjelang petang ni dah berkurang sikit manusia kt area situ.
Moh ler balik ke Queenstown |
Singgah di Tutoko Valley |
Parking tepi jalan je kita yer |
Macam biasa kalau singgah sungai kat NZ nih for sure sejernih-jernih air |
Time ni hujan masih renyai2 lagi |
Ada cerita di sebalik jambatan gantung ni |
Macam lukisan kan |
Selfie satu kali |
Moh ler teruskan perjalanan |
Lake Wakatipu Lookout - Queenstown
Dari Mirror Lake we are directly heading to Queenstown. Memang tak singgah Te Anau dah, setakat melepasi je pekan Te Anau tu. Kitorang risau sampai Queenstown waktu malam. Dua2 pun ada masalah drive waktu malam, haaa eloklah bertolak cepat sikit kan.
Sebelum sampai Queestown sempat laaa singgah Lake Wakatipu Lookout, that time dah hampir waktu senja jadi dapat laa tengok sunset kat Lake Wakatipu Lookout tu. Cantik sangat2, apa je yang tak cantik kat NZ ni kan.
Selesai singgah Lake Wakatipu Lookout tu, directly terus ke motel di Queenstown. Sampai mmg lewat sikit waktu tu sebab jalan nak masuk bandar jem sikit. Rasanya sepanjang dekat South NZ, kat sini jelah jumpa jalan jem. Huhuhu.. sesak sikit bandar Queenstown ni. Bandar favourite ramai tourist kalau ke NZ, confirm singgah punya. Kitorang ni dah masuk hari ke-7 baru sampai Bandar Queenstown. Kitorang stay Base Backpackers Queenstown atau biasa tgk logo dia Xbase. Kitorang stay 2 malam kat sini dan dapat harga murah amat waktu book kat agoda. Dapat pulak bilik besar siap dengan bathtub, lagi laa rasa berbaloi-baloi. Lepas turunkan luggage, minta bro kat reception tu simpan tepi dulu sebab kitorang nak beli barang di Pak n Save Frankton. Kalau nak ke Pak n Save kat Frankton memang kene patah balik ke belakang.. kira patah balik jalan kitorang lalu sebelum sampai Queenstown td.. huhu..
Lepas settle shopping di Pak n Save, terus balik motel.
Kalau stay kat Base Backpackers ni, kene parking jauh sikit laa.. ada satu lorong disediakan parking, senang cerita parking tepi jalan je, belakang je dari Base Backpackers tu. Free parking waktu malam sampai jam 9.00am tak silap. Lupa pulak kita waktu parking free tu. Esok pagi dah tentu gerak awal so takde masalah di situ.
Waktu malam tu sempat laa jugak jalan2 sekitar bandar Queenstown. Singgah FergBurger, singgah kedai souvenir murah kat Queenstown tu DF Souvenirs. Konon2 nak survey kedai, dah tu bila sampai capai jelah apa yang sempat memandangkan kedai pun dah nak closed. Waktu tu dah hampir jam 10 malam dah pun. Esok je kita shopping souvenir yer. Marilah berehat. Esok nak pulun banyak tempat lagi..
Waktu balik kene lalu laaa tunnel ni lagi |
Siapa tengok citer james bond kenal laa tunnel ni |
Serupa masuk gua je kan |
Hampir 1km tak silap tunnel ni |
Kalau time ada snow kene lebih berhati2 yer kawan2 dengan jalan licin |
Lalu lagi di sini, kira patah balik laa hala ke monkey creek tu |
Sejuk je lalu area sini sebab kawasan pergunungan |
Spot the river beside the road |
Menghampiri Mirror Lake dah takde dah salji2 ni terus bertukar warna.. huhu.. |
Mirror Lake! Singgah tuk kali kedua :) |
Mirror Lake |
Jalan-jalan sekitar Mirror Lake, kasi regang2 kaki dok lama dalam kereta..fuh! |
Mirror Lake sebelah petang :) |
Nampak tak muka dua2 pun dah penat lepas turun dari Milford Sound |
Moh ler ke Queenstown yer |
Cuaca memang agak gloomy sikit time ni |
Bila melepasi Te Anau kita akan nampak laa samar2 bayangan The Remarkables Ntah betul ke idak..hahaha... Berangan laa bila nak sampai Queenstown Ada 200km lebih nak kene hadap lagi hoiiii..adeyhh |
View yang sentiasa tidak mengecewakan walaupun cuaca berarak pilu |
Dari jauh nampak tompok tompok hitam.. Caution!!! Please, do not open your window guys!! Bau semerbak haumm haumm baunya hihihihi |
Yeahh few more kilometers to Queenstown |
Stop by at Lake Wakatipu Lookout |
Time ni dah menjengah waktu senja, so dapat laa tgk sunset dari sini |
Takkan lupa pemandangan sunset dari sini.. Serius takkan lupa! |
Bila makin hampir Queenstown, nampak laa coronet peak & the remarkables |
Jalan jem sikit bila nak masuk Queenstown, mmg bandar padat dgn tourist We all terus check in motel sebab dah lewat untuk check in |
After check in, keluar balik ke Pak n Sav kat Frankton.. |
Masuk pasaraya mesti nak pegi kat tempat sayur2 dia, suka tengok fresh gebu2 sayur2 kat sini.. huhu |
Masa tengah buat blog ni, tengok gambar ni je dah buat rindu kat Susu Coklat Puhoi nih.. siapa dah minum confirm rindu..huhu |
Which one do you like?? Kalau kita pilih coklat as always |
Motel kitorang untuk 2 malam Harga rm200++ je untuk 2 malam Kalau nak harga cenggini korang kene rajin tengok agoda 24hours..Hahaha :P |
Lobby Motel |
Kaunter Reception |
Selesa dok sini sebab betul2 tengah bandar, senang nak kemana2 dalam bandar ni |
Sempat singgah DF Souvenirs malam tu jugak Risau tak dapat nak cover hari esok dek kekangan masa Survey2 apa yang patut..huhu.. |
DF Souvenirs |
DF Souvenirs |
DF Souvenirs |
DF Souvenirs |
DF Souvenirs Beli kat Qaisara keychain ring sheep tu..comei sangat |
Patung Sheep kat sini gebu2 comei2 |
Coaster NZ mmg cantik, bagus buat souvenir juga |
Beli cotton bag ni to all my sibling members Dalam banyak2 souvenir diorang pilih bag ni..huhu.. |
Bagus juga beli bag ni sebab boleh lipat2 je letak dalam luggage Tak pening nak bawak balik Malaysia |
Toodles!!!
P.S : Kebanyakan gambar dalam blog ini tidak habis di-edit oleh kerana tuan punya blog malas nak edit gambar. The things is gambar-gambar dekat NZ tak perlu edit pun sebab NZ memang dah cantik tak kira korang pakai camera apa pun. Huhuhu.. Mekacihhh :)
No comments:
Post a Comment