Tuesday, April 4, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 1 ~ Namdaemun Guesthouse ~ Ewha Womens University ~ Hongik Street


Late Post can go through this  →  Persediaan ke Seoul Korea Selatan Musim Luruh (Autumn)





Assalammualaikum WBT my readers,
Annyeonghaseyo!!!

2 November 2016 (Rabu) 
Flight Air Asia D7 506 ~1.00AM~
KLIA2 - Incheon International Airport


Setelah lama dok kepam cerita ke Seoul, Korea nih, sekarang baru la ada masa dan idea nak menaip blog nih. Dah agak lama beli tiket flight ke korea since bulan Januari 2016 lagi. So nak pergi bulan November, dah abis menelaah segala blog tentang trip ke korea..So now dah tiba masa untuk terbang cari Lee Min Ho.. Eh???Pagi rabu tu kitorang keje macam biasa je, tak ambil cuti pun.. Rugi woo ambil cuti nih .. Almaklumlah dah hujung-hujung tahun ni cuti tahunan memang dah limited weh.. Nak pergi plak seminggu.. Huhuhu.. So, balik keje petang tu, stanby laa siap-siap luggage dengan beg sandang yang nak bawak tu.  After Isyak, barulah hubby mithali hantar ke ERL Tasik Selatan untuk ke KLIA2.  Kita dah janji dengan My Sis jumpa kat KLIA2 around 9.30pm - 10.00pm.Kita sampai dulu then baru lah My Sis sampai Airport. My Sis lagi jauh bertolak dari Melaka.. Huhuhu.. Kitorang da siap2 buat check in through website so tinggal lagi nak check in baggage je.  Nak dijadikan cerita, mati-mati ler kita ingatkan My Sis beli baggage 25kg, sebab hal-hal flight dia yang uruskan.  Rupa-rupanya 20kg je.. Setelah timbang baggage amik kau beratnya 23kg.. Huhuhu..Dan tak sangka jugak dalam xbawak banyak barang tu, lebih 3kg plak.Alamak, awal-awal dah spoil.. Haishh... Then dengan baik hatinya orang kaunter AA tu kasik lepas.. 




Alhamdulillah,, Fuuhhh!! selamattttttt... Bila masuk International gate, dah lepas dari scan semua, kitorang pun terus ke gate flight.Berjalan laa melenggang kangkung nak ke gate tu pasal gate dia paling hujung sekali. Aduyaiii.. Siapa yang dah biasa dengan KLIA2 memang tahu ler, betapa jauhnya gate nak masuk flight nih.. Awal jugak kitorang sampai kene tunggu a few hours jugak laa.. Penuh jugak flight malam ni.Dalam flight memang dapat tido 2-3 jam je.. Xtahu laa sebab tak selesa atau sebab teruja ke.. Hehehehe.. Flight touchdown bumi Korea dalam jam 8.20am. Yang bestnya kalau naik flight malam, kita boleh dapat tengok keindahan matahari terbit dari atas.  Subhanallah.. Memang cantik sangat.. Dan dari atas jugak boleh tengok yang bumi korea nih berlekuk2 penuh dengan bukit.. Perghhh, siap sedia laa wahai kaki yer.. Betul laa macam blogger lain cerita, bila kita sampai Incheon International Airport, nak pergi amik luggage kene naik train dulu.. huhu..Macam kitorang yang pertama kali jejak ke Incheon Airport nih, follow jelah passenger yang lain..Selesai dengan imigresen semua, keluar dari arrival gate. Kitorang terus topup T-Money kat convenience shop.  Kemudian kitorang turun escalator depan convenience shop tu untuk ke AREX, then naik All Stop Train AREX untuk ke Seoul Station.  Naik AREX boleh guna T-Money aje so just make sure T-Money dah topup siap-siap ehh..









Namdaemun Guesthouse

Arex All Stop - Seoul Station - Hoehyeon Station (Line 4) Exit 1

Bila dah sampai Seoul Station we all transit plak ke Line 4 untuk ke Stesen Hoehyeon. Beza 1 Stesen je pun, sekejap je dah sampai.. Huhuhu..  Turun je terus ke sebelah kiri then cari Gate 1. Naik tangga exit 1 sebelah kiri akan nampak Ahjussi jual Roti Telur dengan Bahulu Kacang yang sedap.. (Alamak,rindunya..)  Sebelah kanan plak ada Kedai CU. Dari lorong CU sebelah kanan tu terus je jalan naik bukit sampai laa ke simpang empat, pandang belah kiri dah nampak Namdaemun Guesthouse, tempat menginap kitorang selama seminggu.. Senang sangat cari guesthouse nih.. Alhamdulillah takde laaa sesat barat bagai.. 
Masuk je dalam terus jumpa Mr.Bo, owner Namdaemun Guesthouse nih.. Humble sangat orangnya, cakap pun soft spoken je.  Wife Mr.Bo pun ada juga masa kitorang cuba check in pagi tu.  Actually Mr. Bo beritahu bilik kitorang kat tingkat atas tapi memandangkan belum ready lagi, dia beri kitorang bilik betul2 sebelah {dekat} kaunter.Kitorang terus setuju je sebab malas nak tunggu lama-lama. Almaklumlah aktiviti padat 7hari kat Seoul nih.  Plan baek punya.. Hihihihi..
Untuk Namdaemun Guesthouse ni kita cover dalam page yang lain je.. Panjang pulak nak cerita lebih2 kat sini tau.





Ewha Womans University 

Hoehyeon Station (Line 4)- Dongdaemun History Culture Park (Line 4) - Ewha Womans University (Line 2) Exit 2/3


Kitorang rehat2 dalam bilik sekejap je then keluar balik untuk melawat Ewha Womans University.  Dari Hoehyeon Station (Line 4) terus ke Dongdaemun History Culture Park Station kemudian transit ke Line 2 untuk ke Ewha Womans University Station.  Lepas keluar Exit 2 terus je jalan menuruni bukit sampai korang jumpa Ewha Womans Uni. Kat sini memang ramai golongan muda dan memang kita nampak ramai student sekitar jalan Ewha Womans Uni.
Kalau korang berjalan sekitar waktu Autumn, kawasan U ni memang antara terbaik yang boleh dilawati.  Seni bina bangunan U memang unik sangat + lanskap yang menarik..Kitorang berjalan sekitar U ni dalam setengah jam juga.. Ambil2 gambar lepas tu terus gerak ke Hongik University.Waktu ni dah petang dah, kitorang memang kejar masa juga sebab faham2 jelah waktu autumn pukul 5.30pm dah start gelap.  Huhuhu...
Kitorang naik semula subway tuk ke Hongik Street.  Beza Ewha dengan Hongik ni dalam 2 station jugak.  Mula2 kitorang ingat nak jalan kaki je, bila tanya tourist guide (baju merah) dekat subway diorang kata kalau jalan kaki mau dalam setangah jam jugak.  So decide naik subway je ke Hongik Street.














Hongik Shopping Street

Ewha Womans University (Line 2) - Hongik University Exit 9

Keluar dari Exit 9 kitorang jalan terus sampai ke trafic light then lintas jalan.  Lepas lintas jalan we all jalan terus sebelah kiri sampai jumpa kedai Tony Moly, kitorang masuk lorong dekat Tony Moly tu.  Sepanjang jalan tu ada kedai yang boleh menggugat iman shopping korang tau.  Sbb apa kita cakap macam tu, sebab my sis berabis beribu-ribu won kat lorong ni.  Kitorang siap repeat lagi hari lain kat lorong ni.. Hehehehe.. Kalau uols nak cari Winter Jacket yang trendy2 macam yang korang tengok dalam drama korea tu kat sini ler tempatnya.  Memang rambang mata.  Harga pun valuable la jugak depends pada kepandaian korang utk survey yang murah dan lawo.. Kikikikiki.. 
Masa we all sibuk shopping tu, hujan pun turun tapi taklah lebat sangat.. Suhu memang drop abis that time.. Maklumlah dah menginjak ke waktu senja.  Masa on the way nak balik bila tengok suhu kat hp dalam 2celcius aje.  Patut ler sejuk kemain.  Hari ni la suhu yang paling rendah yang kitorang dapat rasa sepanjang kitorang kat Seoul ni..Masuk waktu malam korang cakap pun dah berasap2.. Huhuhu.. Jakun giler time nih.. kekekekeke..
Lepas shopping,  kitorang decide nak mengopi kat Cafe Hello Kitty , so mula la mencari meow cafe yang satu ni kat hongik.  Jenuh pusing2 tak jumpa pulak. Disebabkan that time hujan kitorang tak bersungguh laa mencari.. Lagipun hari dah gelap, so decide balik guesthouse je.  Masing2 pun dah penat sebab dalam flight bukannya dapat tido pun.  










Hongik University (Line 2) - Dongdaemun History Culture Park  -  Hoehyeon Station (Line 4) Exit 2

Sebelum balik ke guesthouse kitorang singgah Namdaemun Market tuk cari Adnan Kebab yang famous tu.  Keluar dari station Hoehyeon terus naik Exit 2..  

Sebenarnya senang je nk cari Adnan Kebab ni sebab dari Exit 2 tu jalan terus je sampai jumpa kedai kebab tu.Cuma waktu tu kitorang masuk ke Namdaemun Market tu plak (lorong pertama dari Exit 2).  Sudahnya berpusing mencari kebab punya pasal.  Last2 tanya jugak kat tourist guide baju merah tu.  Lepas dapat direction, kitorang pun pulang ler ke guesthouse.



Bersungguh betul hari ni padahal baru 1st day kat Seoul nih..  Banyak tempat jugak dapat terjah.  Sempat laa singgah kat CU untuk beli Banana Uyu tu.. My sis menggila dengan uyu nih.. kita dok beli sekali je pastu dah tak beli dah.. Bagi kita rasa macam bese2 jelah.. Lain orang lain citarasanya yer dok.. Ahjussi tu punya kuih bahulu ikan tu jugak yang sedap. Makan panas2 time sejuk... alahai.. (rindu lagik..huhu)


Toodles~~~~