Tuesday, April 18, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 2 ~ Mount Seorak (Seoraksan) / Myeongdong Street

Assalammualaikum readers,




3 November 2016 (Khamis)

Mount Seorak / Seoraksan

Masih cuba untuk habiskan travelog ke Seoul South Korea ni.

Bagi yang masih belum go through Travelog Autumn Korea Day 1 boleh laa melayarinya di sini.Pada uols yang dah lupa, kita travel ke Seoul selama seminggu which is seminggu yang padat dengan aktiviti explore dunia kimchi nih..Fyi, selain dari Seoul ada lagi daerah lain yang kitorang pergi iaitu Sokcho dan Nami Island.  Sepatutnya kitorang ke Nami Island pada hari kedua, but due on predict whether yang kitorang check malam semalamnya,  cuaca bakal cerah esoknya dan tak hujan, so terus decide ke Mount Seorak pada hari kedua.   Kebetulan pulak kitorang ada tengok berita pasal Mount Seorak dituruni salji beberapa hari sebelum, korang bayangkan waktu autumn dah ada salji yang turun.. untung laa tourist yang ke mount seorak that day.  Korang pegi autumn, tetiba dapat tengok salji.. Huhuhuhu..Nak ke Mount Seorak ni kitorang akan menaiki bas ekspress dari Dong Seoul Bus Terminal ke Sokcho Intercity Bus Terminal. Rasanya dah ramai je blogger yang bagi information pasal perjalanan ke Mount Seorak ni, sebab kitorang pun ikut info blogger2 yang dah pernah ke Mount Seorak.  Kipidap untuk blogger2 nih, kitorang tak sesat pun.  Ngeeee...So, untuk kitorang yang dari Namdaemun Guesthouse nih, dari station Hoehyeon kene pergi ke Gangbyeon Station,



Hoehyeon Station (Line 4) - Dongdaemun History Culture Park Station - Gangbyeon Station (Line2) Exit on your right

Bila dah sampai Gangbyeon Station,  lepas korang dah touch T-money tu, terus keluar sebelah kanan dan lintas jalan. Bangunan sebelah kanan ni lah Dong Seoul Bus Terminal. Masuk je dalam building ni dan cari kaunter tiket ke Sokcho.  Waktu kitorang dok cari2 tulisan Sokcho ada ahjumma ni tiba2 datang kat kitorang.. Entah apa yang dia cakap dah macam drama korea aku rasa..  Hahahaha.. tapi nampak laa gaya dia nak tolong kitorang.


My sis dok sebut jelah Sokcho2.. Dia pun tolong carikan kaunter nk beli tiket bas Sokcho.  Fyi,  ada dua side kaunter tiket so korang kene tengok betul2 mana satu kaunternya.  Tenkiuuu Ahjumma,  walaupun sepatah haram tah paham pe menda dia cakap.. Baru laaa rasa pengalaman bercakap macam ayam dengan itik.. cenggini rasanya... hehehehe..Bagusnya timetable diorang nih sebab ada banyak waktu juga nak ke Sokcho ni.  Kitorang punya bas gerak jam 8.10am,  dalam 10minit je tunggu sebelum bas bergerak.  Perjalanan ambil masa dalam 2 setengah jam. 


 Kitorang amik masa nih untuk tido. almaklumlah keluar awal pagi.  Gambar terminal bas memang takde since kitorang kononnya berkejar nak ambil bas awal pagi tu.  Waktu balik pun hari dah gelap so tak dapat nak ambil gambar terminal bas.Perjalanan tak rasa lama pun mungkin sebab banyak aktiviti tido je kot.. Hehehhehe..Rasanya dalam 10.45am kitorang sampai Sokcho.  Bila dah sampai Sokcho Intercity Bus Terminal tu, korang keluar dari situ dan jalan depan sikit  untuk ambil bas 7-1 ke Mount Seorak.  Naik bas ni kene bayar cash juga,  kalau tak silap harga tiket kitorang 1200 won.


Masa sampai kat bustop,  terperasan laa ada sorang minah ni, naik sama bas dari Seoul. Rupa macam tourist je.  Dia start tegur kitorang bila tengok kitorang tunggu kat bustop yang sama.  Her name is Grace and from Philipine.  Sangat-sangat-sangat laaaa peramah dan since dia pun sama nak ke Mount Seorak, so kitorang decide jalan skali.  Perjalanan nak ke Mount Seorak dalam setengah jam dari Sokcho Intercity Bus Terminal so menjadikan total perjalanan sehala dengan bas adalah 3jam.  Serupa korang dari KL nak ke Taiping gitu.. Hehehe.. tapi korang takyah worried sebab perjalanan memang tak rasa lama.  Maybe sebab pemandangan semua nampak baru di mata kita. 


Memandang segalanya untuk kali pertama buat korang tak rasa bosan pun.Bila dah sampai Mount Seorak,  kena beli tiket masuk berharga 3500 won.  Kemudian jalan terus ke depan untuk ke cable car beli lagi tiket berharga 10,000 won.  Tiket cable car kena beli dulu sebab kat sini memang ramai orang walaupun waktu kitorang pergi tu bukan on weekend.  Once korang masuk ke sini view memang awesome sesangat, daun2 still berkaler2 merah kuning oren lagi.  Kitorang mmg agak excited jugak time ni.  Bila dah sampai kat atas, kene panjat tangga tuk sampai ke puncak..  Menariknya kebanyakan orang korea ni bawa sama anak2 kecil mendaki mount seorak nih.  Bagus je bagi pendedahan kat anak2, bagi aktiviti hiking sedari kecil lagi.Bila hampir ke puncak hanya ada batu2 je which means korang takde pilihan kene panjat batu-batuan nih untuk sampai ke atas.

 

Fyi,  waktu ni angin tersangat laa kuat sampai rasa nk melayang-layang.  Bila ingat balik, memang kelakar sebab once angin lintang datang kitorang adik bradik dok tunduk sampai terduduk sebab tak nak jatuh punya pasal sambil gelak2 + excited.. korang boleh bayangkan tak??? Hahahaha.. Macam hape je...  Mujur ler ada Grace kannn, boleh tolong amikkan gambar kitorang nih.. Huhu..Kitorang kat atas nih memang lama juga, dalam sejam lebih jugak dok atas nih.  Cuaca sejuk je tak rasa penat pun walau dah panjat sampai puncak.   Subhanallah!! View sangat cantik dari atas ni.  Dari atas puncak ni boleh nampak bandar Sokcho tau.Meh layan gambar sepanjang perjalanan ke Mount Seorak (Seoraksan)


Awal pagi lagi dah keluar dari guesthouse.. Lorong ni kitorang lalu hari2  menuju ke subway Hoehyeon Station


Perjalanan dari Seoul ke Sokcho

Perjalanan dari Seoul ke Sokcho

Perjalanan dari Seoul ke Sokcho

Perjalanan dari Seoul ke Sokcho

Dalam bas 7-1 menuju ke Mount Seorak

Perjalanan dari Sokcho ke Mount Seorak

Perjalanan dari Sokcho ke Mount Seorak

Perjalanan dari Sokcho ke Mount Seorak

Kitorang tak sempat nak singgah Abai Village, tak dapat jugak nak singgah lighthouse kat sini, amik gambar dari dalam bas je.

Lighthouse Sokcho

Perjalanan dari Sokcho ke Mount Seorak

Dah masuk ke kawasan Mount Seorak




Dari tempat turun bas kat Mount Seorak, kene jalan kaki sikit dari tempat parking ni

Tengok gambar ni buat rasa rindu kat Mount Seorak nih

Ni ler port favourite orang bergambar kalau datang Mount Seorak nih, ramai orang susah jugak nak selit bergambar kat sini

Time ni Grace pegi breakfast kat dalam cafe kat cable car nih,  so kitorang amik kesempatan jalan2 kawasan berhampiran cable car

Tak sah ler kalau takde OOTD :P

Tiket cable car

Ramai kan orang nak naik Mount Seorak nih, setiap cable car ada limit brapa orang je yang boleh naik

Moh ler kita panjat tangga yer



Tangga lagi

Start dari sini uols dah kene panjat batu-batu nih tuk sampai ke puncak nun

Grace memang berani gilos, tepi2 gaung tu dia dok amik gambar

Jangan tertipu yer, time ni angin kuat sangat rasa nak terbang










Dari atas menuju ke bawah


Dari dalam cable car, boleh nampak bandar Sokcho

View dari dalam carble car

Sungai kering kontang



Jambatan ni ada kat sebelah temple

Lawa kan gift shop dia


Time ni dah say Goodbye kat Grace, otw keluar dari Mount Seorak

Pokok merah merah melati

Bangku yang sama je ni, dapat amik dua side, kat pokok merah dengan pokok kuning

Cafe

Ni menuju dari terminal bas ke Subway, depan tu Gangbyeon Station, kene lintas yer

After a few hours, kitorang turun bawah sampai ke cable car, tak tunggu lama terus je turun. Almaklumlah,  perjalanan balik ke Seoul 3jam lagi nak kene harung nih.. Sampai bawah banyak jugak tempat menarik yang boleh dilawati.  KAt sini ada temple,  ada gift shop, ada taman dan macam2 lah.. Dalam setengah jam juga kitorang decide berpisah dengan Grace (tourist philipine tu) sebab nak kejar masa balik ke Seoul.  Memandangkan kitorang tak singgah Myeongdong lagi,  so ingat balik dari Mount Seorak nih nak singgah sana dulu.  
Kalau korang nak balik ke Seoul, naik je bas yang sama 7-1 dan bila dah sampai Sokcho Intercity Bus Terminal, boleh la beli tiket Seoul pula.  Harga tambang sama je macam waktu pergi.  Waktu kitorang balik ke Seoul,  mmg dah masuk waktu senja .  Plan seterusnya ke Myeongdong pulak..  Kat Myengdong sekadar singgah je dulu cuci2 mata.  Banyak dalam blog kata Myeongdong ni tempat wajib singgah. So kitorang jalan2 laa kejap kat myeongdong. 



Myeongdong

Gangbyeon Station (Line2) - Dongdaemun History Culture Park - Myeongdong Station (Line 4)

Bila dah sampai Myengdong nih, langsung lupa penat lelah panjat gunung pagi tadi.. Ngehngehngeh...  Tempat bergelumangnya kedai2 kosmetik skincare sume.   Kitorang jalan2 sekitar subway myeondong dan sempat laa jugak buat satu pusingan area myeongdong nih.. Survey2 dulu barang yang nak dibeli, esok2 boleh singgah lagi.  Agak2 dah penat tu gerak balik guesthouse.  Boleh laaa mimpikan Mount Seorak malam nih :)

Hari yang sangat memenatkan but every step we take is really worth it :)
















Nampak tak kita kat TV besar tu???

Korang patut cuba ni tau, kat myeondong station, filling custard

Jumpa lagi on Travelog Autumn Korea  2016 : Day 3 :)






1 comment:

Trulychips said...

rindunyaaaa koreaaaaaa... rindu mount soerakkkkk!!..