Monday, August 28, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 6 - JYP / SM / FNC Entertaiment / Seoul Forest / Hello Kitty Cafe (Myeongdong)


Late Post can go through this  → Travelog Autumn Korea 2016 : Day 5

7 November 2016 (Isnin)


Assalammualaikum WBT,Annyeonghaseyo!!!

Marilah kita meneruskan travelog untuk hari ke-6 di bumi Korea ni.  Hari ni dah masuk hari Isnin di Korea, so as usual kalau uols keluar awal2 pagi bila masuk subway memang penuh dengan warga korea yang otw nak pergi office.  Kitorang keluar agak awal juga hari ni. 

Dalam 8.30pagi macam tu dah keluar ke subway. So untuk plan hari ni kami akan pergi melawat Entertaiment Music Company Korea which is like JYP or SM or FNC & etc. Sebenarnya kita ni xlah follow sangat music banks or whatever laa berkaitan dengan artis music korea nih.  But my sis insist nak pergi and it is a must place to visit (dah sah2 laa dia yang minat sangat kan).. So korang jangan laa tanya kita company ni tuk artis mana, artis ni tuk company mana, seriously tak tahu apa2 nih.. Hahaha.. 

Plan pagi ni ibarat menunaikan impian my sis laa nak melawat music company ni dengan harapan dapat jumpa artis korea, mana tau ada tgh nak buat recording ke hari ni... Hahahahahha... harapan sangat kannnnn...

JYP / SM / FNC Entertaiment Company

Hoehyeon (Line 4) - Dongdaemun History & Culture Park Station (transfer) - Apgujeong Rodeo (Yellow Line) Exit 2

Bila dah sampai station Apgujeong Rodeo Station ni, memang nampak sangat kawasan artis2 sangat sebab penuh laa poster artis kat station subway ni.. Station dia pun lain dari yang lain sebab decoration cantik ckit berbanding station yang lain.  Ibarat korang naik lrt pegi station KLCC gitu. Bila keluar Exit 2 korang akan perasan kat sini penuh dengan butik2 mewah dan di sini juga kira antara kawasan elit kat korea selatan, Cheongdam-Dong ni kira kawasan orang ado2 gitu.  Dari Exit 2 juga akan nampak statue bear yang comel2 belaka , so kira kita dijalan yang betul dah ni. Tinggal lagi korang perlu terus ke depan, agak jauh ke depan juga laa.. Rasanya jauh dia ada jugak laa dalam 300 meter rasanya.  Sampailah korang nampak ada satu lorong ni ada kedai The Coffee Bean, boleh laa masuk lorong nih dan terus ke depan sampai nampak company JYP.

Tapi nak jadi cerita, kitorang ni agak was2 jalan kat sini so dengan slumbernya lintas jalan ke seberang.. Hihihihi... Sambil berjalan sambil tengok kawasan sekeliling.. Bila sampai jalan besar simpang 4 kat depan kitorang lintas semula kembali ke jalan yang sebelum ni sederet exit 2 tu then masuk ke lorong kecik yang ada The Coffee Bean tu.


One spot at subway 

Cafe at Apgujeong Rodeo Station

Apgujeong Rodeo Station

Boleh laaa naik ikut esclator kat depan tu untuk Exit 2 yer



Exit 2 Apgujeong Rodeo Station

Uols akan nampak statue bear comei ni berdekatan dengan Exit 2 












Time ni weols dah lintas ke seberang, so kalau dari Exit 2 uols memang akan lalu bangunan Galleria ni 

Laluan di seberang jalan (bertentangan Exit 2)

Kalau lalu seberang jalan ada Exit 3 sebelah ni

Banyak butik2 mewah sekitar Apgujeong-ro ni







Time ni weols dah sampai di hujung jalan, so jumpa lah simpang empat yang besar ni.. Marilah melintas ke jalan yang benar

Sempat amik gambar waktu lintas jalan.. ngeh..ngeh..ngeh..

Make sure nampak The Coffee Bean macam dalam gambar ni yer

Nak jumpa JYP Entertaiment jauh ke dalam juga.  Bila dah sampai nampak jugak laa a few peminat duduk kat kedai Dunkins Donut tu, sambil tengok2 hala JYP tu,  tunggu artis gamaknya.  Hihihihihi... 

Kalau ada pun artis yang lalu kat depan tu, bukan kita kenal pun. So kira nan hado la artis pagi ni nak masuk JYP tu. Huhuhu... Kitorang sekejap je meninjau kat sini, lepas amik gambar terus ke company seterusnya.. iaitu FNC & SM Entertaiment.


Aku agak suspicious ckit dengan bangunan ni, kot2 laa Rain punya ke kannnn... 

Kita jumpa cafe comel kat lorong ni.. dekat2 dengan JYP tu

Taaadaaaa



Motif sangat amik gambar depan bangunan ni.. terpengaruh kakak aku ler ni..

Bab nak cerita ke FNC & SM Entertaiment ni susah gak nak story pasal kitorang main pakat redah je jalan ikut goggle maps.  My sis dia on je goggle maps then search company ni.  So kitorang redah jelah lalu depan kawasan rumah dan pejabat kat sekitar ni.  Boleh tahan cantik jugak kawasan rumah dalam ni.  Kalau tengok kereta2 mewah yang ada kita agak ni kira kawasan mewah gak ni.  Since kitorang ni pegi waktu musim autumn so banyak gak laa pokok pisang kaki sekitar ni termasuk juga pokok2 daun maple colorful tu so obviosly memang sepanjang jalan cantik je pemandangan kawasan ni.

First kitorang sampai kat SM Entertaiment, paling penghujung lorong rasanya SM nih.. depan dia ada kawasan taman, ada laa peralatan tuk excercise gitu..  Kitorang tak lama pun, lepas amik gambar 20 keping-30 keping kitorang terus gerak ke company FNC pulak, tak jauh dari SM ni. Tapi tak jauh tu bukan bermaksud 2 ke 3 langkah tau..   
Rasanya ibarat jalan2 excercise je bila pegi music company ni tau, sebab korang kene jalan naik turun bukit.. huhuhu..
Seriously, bila balik KL kurus melidi kaki kita tau! Heheheehe..


Kawasan ni laa yang kitorang redah

Girl with the scarf spotted (kakak haku ler tu..huhuhu..)



Kita kat pintu belakang ni, marilah pusing ke depan

Depan SM Entertaiment

Ada taman berdepan dengan SM Entertaiment ni



Dah sampai kat FNC pulak, dekat je dengan SM

Building FNC dari pandangan tepi

Serius tak kenal sapa dalam gambar ni wehhh.. Hahahaha.. 



Lepas je melawat FNC kitorang terus gerak ke subway tuk pergi Seoul Forest.  Agak jauh jugak menapak dari sini ke subway wehhh.. Jenuh berjalan siap jumpa sekolah lagi. Ntah mana2 lorong kitorang masuk, almaklumlah main pakat redah je. So marilah ke tempat seterusnya.. 

Seoul Forest


Apgujeong Rodeo Station (Yellow Line) - Seoul Forest Station (Yellow Line)

Kalau dari Apgujeong Rodeo Station nak ke Seoul Forest ni hanya beza satu station je.  That's why laa kitorang decide untuk singgah Seoul Forest ni which is pada asalnya takde dalam itinerary pun.  Ni pun suggest dari Farah yang kebetulan dah pergi seoul forest beberapa hari lepas.

So kali ni kita pulak nak suggest kan pada kawan2 traveller yang lain kalau uols datang musim autumn ni sila lah ke Seoul Forest.  Memang tak rugi sebab dalam kawasan Seoul Forest ni memang cantik sangat. Tinggal lagi korang larat atau tak je nak berjalan2 dalam ni.  Kawasan kat sini sangat luas, kitorang pun tak jalan abis.. tak pergi pun kat kandang rusa sume tu.  Kitorang ni dah habis tenaga berjalan2 kat area Cheongdam-Dong tadi, so nak round kat Seoul Forest lama2 macam tak larat je.
Kitorang sampai kat Seoul Forest ni ngam2 jam 11.30 pagi. Terus je jalan2 sekitar Seoul Forest ni.  Korang layan gambar jelah yer.. 

Rasanya dekat Seoul Forest ni laaa yang buat gambar kitorang nampak colourful sangat.  Dalam pukul 1petang mcm tu kitorang gerak balik ke guesthouse.  Perlu take a nap sebelum sambung aktiviti petang nanti.

Dah macam kebun sayur nengok nyer, betul2 tepi jalan Exit subway Seoul Forest ni

Gambar ni waktu kitorang nak melintas jalan ke Seoul Forest, nampak Namsan Tower di kejauhan













Hello Kitty Cafe

Hoehyeon (Line 4) - Myeongdong (Line 4)


Petang ni kitorang keluar agak lewat juga.  Asalnya tak plan pun nak ke cafe hello kitty ni.  Kitorang just nak berjalan2 area Myeongdong ni for the last time sebab esok dah nak fly balik KL.  Kalau tak silap dalam pukul 5.00 petang kitorang ke Myengdong, waktu tu hujan agak lebat juga.  Kitorang spend time sekejap dalam subway kat station Myeongdong sebelum keluar ke Myeongdong street.. 

Bila dah pusing2 setiap lorong kt Myeongdong ni, tiba2 ternampak pulak Hello Kitty Cafe ni.  Apalagi terus singgah laa tuk mengopi, cuaca pun sejuk sangat time ni sebab baru lepas hujan kan.  Kebetulan kitorang tak dapat singgah lagi Hello Kitty Cafe ni which is before this planning to visit at Hongdae.  Alang2 dah jumpa ni moh ler singgah yer.  Lama jugak kitorang lepak kat sini, dalam sejam setengah jugak rasanya.

Decoration dalam ni macam yang semua orang bayangkan penuh dengan barang2 hello kitty, ada juga barang2 untuk dijual, boleh bawak balik as souvenirs.  Comel sangat cafe ni. Moh ler layan gambar yer..

After hello kitty cafe, kitorang jenjalan plak sekitar Myeongdong ni around 40 minutes then balik semula ke guesthouse.  Esok hari last but still ada aktiviti di pagi hari tau!  Its time for hiking babeh..  



Kene naik ke atas untuk ke cafe

Cafe di tingkat 1, kalau tak pandang atas hari tu memang takkan perasan laa cafe nih..hihihihi











antara barangan yang dijual










.




Kat luar masih hujan,sejuk sangat time ni

Saja letak gambar ni, kat kedai sebelah kanan tu laa kitorang beli casing hp lawa sangat, murah pulak tu 5000won aje

Terima kasih kerana setia membaca travelog ni.. Peace yo!!!



No comments: