Tuesday, August 8, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 5 - Gyeongbukgung Palace / Bukchon Hanok Village / Doota Mall / Gangnam


Late Post can go through this  → Travelog Autumn Korea 2016 : Day 4

6 November 2016 (Ahad)


Assalammualaikum WBT,Annyeonghaseyo!!!

First, thanks to u guys yang setia untuk membaca travelog Seoul Korea ni.  Hopefully, travelog ni sedikit sebanyak dapat membantu uols for searching any information about travelling to Seoul.. Hoihhh, speaking americano terus.. Pepoyo sangat kannnn.. Ngeeee... :D


So we all teruskan hari ke-5 dengan bangun awal pagi seperti biasa walaupun hari ni hari minggu bagi orang Korea tapi tidak bagi weouls.. Setiap saat berharga sangat2 bila ada kat sini.  Huhuhu.. Time is money bebeh.. Jenuh kumpul duit nk datang sini tau..


Gyeongbukgung Palace

Hoehyeon (Line 4) - Chungmuro Station (transfer) - Gyeongbokgung (Line 3) Exit 5

Hari ni kitorang akan ke Gyeongbukgung Palace which is known as the largest of all the five palace.  Kira istana ni laa yang paling gah yang paling besar kalau nak banding antara istana2 yang ada kat Seoul nih.  Memang besar weh!! Jenuh nak berjalan sekitar istana nih sebab memang seluas-luasnya kawasan dia.  Tu pun kitorang xdpt cover semua kawasan almaklumlah nak kejar masa.  Kalau korang datang time musim luruh, memang kita suggest sangat2 masuk Gyeongbukgung Palace nih.  Fee masuk istana nih dalam 3000 won.  Tapi kalau korang ada masa untuk melawat istana2 yang lain kat Seoul nih boleh laa beli Integrated Ticket kira jimat sikit laa dari bayar satu2 kan.. Tak silap dalam 10ribu won.  Dapat cover 4 istana termasuk Secret Garden kat Changdukgung Palace tu (secret garden paling cantik kalau waktu autumn recommended by other blogger).


Kitorang datang awal pagi so dapat laa tengok the opening "changing guard ceremony" yang berlangsung jam 9 pagi. Apa yang menarik kat sini bila kita dapat tengok pemandangan istana lama dengan gabungan pembangunan moden.  Sebab istana Gyeongbukgung ni berada tengah2 bandar. Kalau uols yang suka tengok drama korea, especially drama pasal istana2 ni mesti uols akan perasan building dalam drama tu dengan istana ni sama.  Sebab most of the drama memang diorang shooting kat istana ni.  

Lepas tu kitorang terus keluar dari main gate untuk lintas jalan besar depan istana ni.  Berdekatan istana ni ada dataran Gwanghwamun which is terletaknya tugu Admiral Yi Sun-shin dan King Sejong.  Kitorang bergambar laa sekejap sebelum masuk subway tuk ke Changdukgung Palace pulak.

Uols naik subway ke Anguk Station then Exit 3 tau.  Dari situ kene berjalan ckit laa.. Bila sampai je tengok orang dah beratur panjang nak beli tiket, hadoi terus kitorang cancel nak masuk istana nih.  Hajat di hati memang nak masuk secret garden tu sbb kat sini laa diorang dok kata lawa sangat kalau time autumn.. Dari luar je dah nampak pokok color2 tau.  Nak buat cemane, takde rezeki dan ini la alasan untuk kembali ke korea kannnnnn... Hihihihi..  So kitorang tukar plan terus ke Bukchon Hanok Village yang tak jauh dari Changdukgung Palace nih.


Berdepan pintu masuk Gyeongbokgung Palace

Pintu masuk Gyeongbokgung Palace

In between tradiosional and modern







Masih lagi dalam kawasan istana

Marry Poppin without her umbrella

Changing guard ceremony



King Sejong Statue



Admiral Yi Sun Shin





Kawasan pintu masuk ke Changdukgung Palace



Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village kira kawasan perumahan yang masih mengekalkan ciri2 rumah tradisional korea.  Tapi korang jangan tak tahu, ni kawasan orang ado2 tau. Mula-mula ingatkan Bukchon Hanok Village nih kecik je tempatnya macam dalam satu kawasan gitu,  bila jumpa tourist guide (si baju merah tu),  dia bagi kitorang maps tuk kawasan bukchon hanok village ni.  Mak aihhhh besar kemain ko, jangan memain.  Korang memang boleh sesat barat kalau lalu sini tau.  Hahahaha... Kitorang mula2 memang laa ikut maps tuk cari photo spot (ada 8 photo spot) tapi yang dapat jumpa 1 aje.  Kitorang dapat photo spot 6 je.  Nampak sangat kurang kegigihan di situ. Hehehehe.. Penat jugak laa jalan kat sini sebab naik turun bukit.  Tourist ramai jugak yang lalu sini, even orang tempatan pun ramai juga.

Bila dah main redah je masuk lorong kat Bukchon Hanok Village ni,  tau2 je dah sampai satu kawasan macam flea market gitu.  Barang cantik tapi harga boleh tahan yer, takat tengok2 jelah.  So dalam mencari jalan keluar ke subway, tahu2 je dah sampai depan kedai beg 10ribu won kat insadong tu.  So marilah kita naik subway yer.  


Berjalan kaki ke Bukchon Hanok Village



 


Photo Spot 6 -  Namsan Tower spotted






Nampak tak si baju merah tu.. (bukan yang pakai beg hitam tu tau!! :P)
Itu lah tourist guide korea









Charity Flea Market spotted at Bukchon Hanok Village 




Anguk (Line 3) - Jongno 3 (sam)-ga Station (transfer) - Dongdaemun (Line 1) Exit 2(underground shop)



Next plan kitorang pegi makan ikan bakar dekat Dongdaemun tu.  Sebenarnya main redah je, so tak sangka pulak dia bukak waktu petang, sebab last time pegi kan dah malam.  Kira kitorang makan tuk kali kedua laa ni.  Tapi bila sampai kat lorong ikan bakar tu, kedai yang sebelum ni pergi boleh tutup pulak.  So weouls pun pegi la kedai sebelah dia.  Order yang sama juga, cuma sambal sotong dia tak sesedap kedai yang 1st.  

Seterusnya we all nak berjalan area dongdaemun ni.  Dari kedai ikan bakar tu kitorang jalan kaki turun ikut laluan sungai Chyeongyecheon stream.  Saja nak tengok sungai yang famous ni.  Memang betul laa jernih betol air dia, boleh nampak ikan lagi kat dalam.  Bila dah sampai Doota Mall, terus laa pegi kedai souvenir kat Arirang tu.  Saja melawat sbb tengok ramai jugak blogger pegi kedai souvenir ni.  Bila dah masuk rasa takde apa pulak nak beli sbb rasanya kat kedai ahjussi namdaemun market tu lagi murah je.  Kalau tak silap kita beli gold plated bookmark tu je, tu pun sebab dia ada design book mark yang lain ckit, nampak unik dan cantik.  

Selepas Doota Mall, my sis minta carikan money changer area doota mall ni.  Ada kat belah luar Doota Mall bagi sesiapa yang nk tukar duit tapi harga boleh tahan laa.  Sah2 la tak sama macam kita tukar kat Malaysia kan.  Kitorang tak lama pun kat sini.  Lepas ambil gambar,  terus jalan ke subway tuk ke Gangnam.  Gigih kan kitorang berjalan.. Hehehehe... Waktu tu dah petang nak gelap dah pun.











Berjalan dari lorong ikan bakar ke Doota Mall melalui Chyeongyecheon Stream


Korang nampak tak ikan dalam sungai ni??? 



Doota Mall











Gangnam

Dongdaemun History & Culture Park (Line 2) - Gangnam Station (Line 2) Exit 5
Kitorang ke Gangnam ni memang sengaja nak tengok kawasan je sebab ada yang kata gangnam ni meriah dia macam ala2 kawasan Bukit Bintang gitu kalau kat KL.  So kitorang decide tuk mengopi je kat Gangnam nih (mengopi = minum kopi).  Jauh jugak station dia kalau dari Dongdaemun ni.  Cuma kalau korang dari Dongdaemun History & Culture Park,  boleh terus je naik subway line 2 terus je sampai Gangnam.  Bila dah sampai station Gangnam, uols akan nampak underground shopping centre kat Gangnam Station.. Byk jugak kedai kat station ni. Rambang mata jugak laa.  Perjalanan tetap diteruskan, kitorang keluar dan cari kedai kopi.. Bila jalan2 terjumpa pulak Coffee Bean,  jadi kitorang masuk laa then carilah tempat yang boleh mengadap gangnam street ni. Sejuk2 ni memang sedap laaa layan kopi oiiii..

Gangnam street at night

Mengopi @ The Coffee Bean





Lama jugak laa dok coffee bean ni, amaklumlah wifi free, laju plak tu, rasanya ada la jugak dalam sejam lebih kat dalam ni.  Bila dah rasa macam bosan2 tu, kitorang pun gerak balik.  Penat jugak laa sebab berjalan seharian dari pagi sampai ke malam kan.  Bagi korang yang memang nak berjalan sakan macam kitorang memang dinasihatkan cari guesthouse yang dekat dengan subway.  So at least kalau balik malam2 tu taklah worried sangat kan.  Sebelum balik ke guesthouse, weouls singgah Myeongdong sekejap shopping2 apa yang berkenaan. 

Sekian aktiviti untuk hari ke-5 ni. 
Stay tuned untuk hari ke-6 pulak :)





No comments: