Friday, May 12, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 3 - Nami Island / Namdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun


Late Post can go through this  →  Travelog Autumn Korea 2016 : Day 2

4 November 2016 (Jumaat)

Pulau Nami aka Nami Island (Winter Sonata)


Assalammualaikum Wbt,
Hello bloggers!!!
Bercinta jugak nak habiskan 7 hari travelog korea nih, untung laaa pada uols yang punya masa tuk hadap blog nih..  Hari ketiga kitorang decide ke Nami Island.  Kalau ikut plan asal nak pergi on next monday tapi risau hujan plak.  Since cuaca pun nampak ok je kat Seoul,  kitorang decide laaa pegi Nami Island selepas panjat Mount Seorak.  
Actually,  Nami Island ni kira luar dari Seoul, so korang jangan laa ingat kalau cerah kat seoul cerah jugaklah kat Nami Island, Oh! silap sama skali ok!Sampai kat Nami Island, kemain laaa sejuk dengan mendung berarak pilu jua..Dengan mood2 pun mendung ke laut juga.. Hehehehe.. 
Macam biasa, kitorang keluar awal pagi tu, tak silap dalam pukul 7pagi.Hadap laaa naik subway time orang on the way ke office, bersesak2 ckit pagi tu dalam subway.  


Hoehyeon Station → Dongdaemun → Cheongnyangni (Line 1)
Transfer to ITX → Gapyeong


Sampai kat Station Cheongnyangni tu terus beli tiket ITX kat mesin dan sebelum korang naik esclator nak naik train pastikan korang touch dulu T-Money korang sebelah mesin tiket ITX tu je.  Tiket ITX tu dia akan check dalam train nanti.  So simpan elok2 ehh..Perjalanan dari Cheongnyangni Station ke Gapyeong Station ada laa dalam 45minit ke 50minit juga.  Owh yee, kalau korang nak dapatkan seat memang kene beli on9 laa tiket ITX nih, kalau tak korang kene laa berdiri ajo.  Then, tiket ni ada timetable jugak which means belum tentu korang dapat time yang korang nak.
Macam kitorang waktu nak balik kene tunggu dalam 2jam laa jugak tunggu kat station Gapyeong tu pasal tiket sold out.  Kalau tahu sebelum ke Nami Island, beli tiket balik siap2 kan..  Kitorang macam lost ckit masa nak beli tiket ITX kat mesin tu.. huhu.. 
Waktu beli tiket ITX kat station Cheongnyangni kitorang dipertemukan 2 adik beradik dari Medan Indonesia, kebetulan sama2 lost waktu nak beli tiket tu.. Hehehe.. Mesin tu pun senget sekejap ok sekejap sold out.. Tension kita tau!!Bila ada few traveller yang beli dekat mesin tu, kitorang pun curi2 tengok laa, then try again and again sampai boleh.  Yes!! Malaysia Boleh!!Dah dapat tiket moh ler naik train. 
Dalam train borak2 laa dengan dua bradik ni.  Tak silap yang  kakak nama intan dan yang si adik nama Rina.  Diorang pun berdua je ke Seoul ni sama macam kitorang jugak.  Sama jugak naik Flight Airasia dan waktu pergi dan balik pun sama jugak cuma waktu je berbeza.. Huhuhu.. Untung laaaa, semalam kat Mount Seorak dapat kawan travel dari Phillipines hari ni nak ke Nami Island dapat kawan dari Indonesia pulak.. Hehehe.. Kitorang decide naik teksi sama2.. Sampai kat kaunter Tiket nak ke Pulau Nami tu baru laa kitorang berpecah.. Yelah diorang pun ada agenda dan privasi diorang kann..
Kat Nami Island ni kawasan dia memang luas sangat dan korang yang pergi waktu autumn memang wajib datang ke Nami Island sebab banyak tempat yang daun berkaler2 tau.. For sure korang penat nak selfie melfie sebab banyak tempat yang cantik2..Cuma ada certain2 tempat dah gugur togel jugak daun dia..
So meh ler layan gambar yer..



Me and Partner in crime.. :P Tak larat nak berdiri so kita duduk jelah dengan slumber-nyer.. Ngeh..ngeh..ngeh..

Korang tengok Oppa ni angkut skali bike dia naik train... Cer bayangkan kalau kat KL.. mesti korang kene usha atas bawah atas bawah.. Hahahaha.. 


Depan Station Gapyeong 


Depan Station Gapyeong jugak.. ada bustop and taxi stand

Tengah tunggu teksi je ni

Bersama Intan & Rina from Medan Indonesia

WE ARE SISTERS!!!

Dah sampai kena jalan ckit ke depan untuk ke kaunter tiket


Kena laaa panjat menara ni kalau korang nak naik Zipwire ke Nami Island.. ada Brannnn???

Lawatan Kindergarden rasanya nih..comei sangat diorang nih.. Kecik2 dah ada gaya ala2 Lee Min Ho :P

Tengok laaa hari biasa pun orang kemain ramainya.. Huh...




Harga tiket masuk untuk foreigner 8000 won saja

Time to say Goodbye to Intan & Rina

Tiket to Nami Island

Nun sebelah sana tuuu Nami Island-nyer

Welcome to Nami Island... (aku agak je.. heheheh)



Unik kan??

Korang tengok laaa ramainya umat... Time ni dah mula serabut dah.. Hahahaha..













Rasanya byk travelog pegi Nami Island mesti letak gambar ni kan?? Motifff???
(Nak letak jugak laaa buat syarat :P)






One of my fav places







Tempat makan2 tapi kitorang tak singgah pun.. takat lalu aje.. Dah plan nak makan kat tempat lain..







Sign tempat solat











Rasanya kitorang memang tak lama kat Nami Island ni, dengan cuaca mendung je tambah plak ramai orang,  buat suasana jadi bosan.. Hahahaha...  Bosan ok kat Nami Island nih,  rasanya maybe sebab kitorang terkesan dengan aktiviti kat Mount Seorak semalam yang more adventure, buatkan kitorang rasa bosan giler kat Nami Island ni.. Mana2 ceruk korang pergi mesti ramai orang.. Tapi tak dinafikan tempat dia mostly memang cantik laaa...
So lepas naik feri & teksi, sampai Gapyeong station kene tunggu dalam 2jam setengah untuk train seterusnya.  Menyesal ok tak beli tiket awal2.  Dengan cuaca sejuknya tunggu jelah kat station Gapyeong tu.  Kitorang decide singgah Namdaemun Market sekejap tuk beli souvenir.  So balik dari Nami Island, balik Guesthouse sekejap rest laaa dalam 20minit gitu, then keluar balik ke Namdaemun Market.  Nak jadi cerita sebenarnya nak jumpa jugak ex-officemate Farah yang kebetulan ada kat Seoul.  2 minggu Farah dengan adik dia jelajah Seoul & Jeju.  Gigih laaa korang travel 2minggu kat bumi Kimchi ni kan..  Jumpa Farah ni pun sebab nak pas duit yg dah tukar kat Malaysia,  Kalau tukar kat Seoul ni memang mahal la ratenya.



Me and Farah
Kitorang ada plan on 2018... Can't wait for the next plan.. Wuuhuuuu :D 
Namdaemun Market (Sourvenir Hunting)


Kitorang jalan2 kat Namdaemun Market, dan masuk ada satu kedai Souvenir Ahjussi ni.. Memang layanan baekkk punya siap bagi air yogurt.. Jangan dia jampi air yogurt tu udah ler.. Hehehe.. Dalam banyak2 tempat memang kat Ahjussi ni je yang murah.. Kitorang dah abis pusing dah Namdaemun Market tapi harga souvenir kat ahjussi ni jugak yang murah abis.  So memang promote gak laaa kat korang2 yang cari tempat souvenir kat Namdaemun Market nih, boleh laa pergi kedai Ahjussi ni yer.. 
Dari Hoehyeon Station korang Exit 6 lepas tu korang akan nampak macam gambar Me and Farah kat atas tu, so korang masuk lorong yang 1st tu (ke kanan) kemudian korang terus sampai simpang tiga korang ke kiri then nampak kedai Nature Republic sebelah kiri tu korang ke kiri lagi then masuk lorong 1st sebelah kanan... dari situ korang boleh cari kedai Ahjussi tu.. (mesti korang pening kan... google jelah senang ckit.. hahahaha)Kalau rajin nanti kita buat map.. kalau rajin laa nak draw map.. Hahaha..





Ni ler kedai Ahjussi yang baik hati tu.. Siap dapat bookmark gold pleated free lagi sebab 4 kali jugak laaa dtg kedai nih.. Sampai waktu dah nak balik KL pun sempat singgah.. Ahjussi bagi free gift lagi.. Dalam banyak2 souvenir kita suka bookmark gold pleated tu, sebab cantik dan unik plus kita memang ulat buku.. LOL..

Siap ajar kitorang bahasa hangul lagi Ahjussi nih.. 
Dongdaemun (Hunting for Ikan Bakar Sodap!!)

Hoehyeon Station → Dongdaemun → (Dongdaemun Underground Shopping Centre - Exit 2)


Lepas sakan beli souvenir kat kedai Ahjussi kat Namdaemun tu,  kitorang decide pegi makan ikan bakar kat Dongdaemun yang very famous amous tuu.. Ramai orang Malaysia makan kat situ.. Almaklumlah, recommended by bloggers (esp orang kita laaa)..That time hari dah gelap dah pun, tak silap dalam 6pm ke 7pm mcm tu.. Kitorang naik subway ke Dongdaemun then menghala ke Exit 7 or Exit  8 tapi kitorang tak keluar ikut exit tu pun sebaliknya masuk ikut Dongdaemun Underground Shopping Centre.. Dah masuk dalam tu korang cari pintu Exit 2.. Sebenarnya pusing2 jugak laa dalam tu sebab kononnya ikut arah macam yang blogger Skampung cerita.. Bila dah masuk pusing2 plak cari pintu tu sebab kitorang masuk ikut pintu lain.. Kat situ ada banyak pintu masuk jugak,  silalah jangan sesat.. Kikikikiki... Kalau sesat pun jangan laa give up plak.. cari je sampai jumpa.. Dalam dok pusing2 kat shopping centre tu dok tengok2 jugak laaa apa yg di jual.  Ada banyak bedsheet dalam ni.. Lawa2 ok.. Harga pun lawa jugak laa.. Ada jugak jual apron yang lawa (sampai sudah menyesal tak beli tau)  Last2 jumpa jugak laaa jalan keluar.. Lagi senang sebab dah boleh jalan terus je sebaris dengan JW Marriot Seoul tu..  
Bila dah sampai lorong ikan bakar tu, memang byk kedai rupanya kat lorong tu tapi kitorang decide makan kat kedai paling depan skali.  Pandai plak Ahjumma ni dok sebut tenggiri tenggiri.. Hahaha.. So memandangkan mmg aku ni peminat ikan tenggiri so pilih laa tenggiri dengan mackarel satu.  Lepas tu kitorang order spicy squid..  Perghhh.. Memang takkan lupa sampai bila2 laaa.. Sedap wehhh sambal sotong tu.. Bila cerita nih pun dah buat leleh air liuq tau!Pelahap jugak laaa kitorang that time almaklumlah seharian tak makan berat.  Punya laaa jauh berjalan sampai ke Nami Island, kira balas dendam ler ni.. Lapar wehh bila berjalan banyak nih tambah plak dengan cuaca  sejuk lagi..




Satu Set Ikan Bakar 7000 Won siap dengan side dish & air kosong 


Ikan Tenggiri tu paling sedap dan paling digemari - Ahjumma yang habaq kasi tau

Spicy Squid - Sedap wehhhh.. Pedas giler tapi sedap

Kitorang makan kat atas so dapat laa amik gambar side kedai kat belah bawah ni

Dapat amik gambar dengan Ahjumma yang peramah ni.. Tak paham apa tah dia cakap.. Yang paham pun bila dia sebut 'tenggiri' je.. Hahaha

Lepas makan tak tunggu lama laa, sebab dah penat kan.. Terus balik guesthouse tak singgah mana2 dah.. Waktu balik kitorang tak lalu Exit 2 tu lagi dah sebab dah tutup.  So kitorang masuk kat Exit 8 je tuk masuk ke Subway.  Tak sabar nak travel esoknya ke Itaewon untuk hari keempat di bumi Kimchi ni.. :)
Stay tuned untuk Day- 4 ehhh...
Jumpa lagi korang!!! Toodles!!



2 comments:

Trulychips said...

Side dish tuh org korea panggil 'banchan'

cahaya_mata said...

Autumn in my Heart