Friday, June 23, 2017

Travelog Autumn Korea 2016 : Day 4 - E-Lengdang Namdaemun Market / Itaewon / Samzaegil


Late Post can go through this  →  Travelog Autumn Korea 2016 - Day 3

5 November 2016 (Sabtu)

E-lengdang Namdaemun Market


Assalammualaikum WBT,Annyeonghaseyo!!!

Dah masuk hari yang ke-4 di bumi Korea nih.. Since we all masih belum habis beli souvenir, so pagi ni cadangnya nak ke bangunan E-Lengdang kat Namdaemun Market tuk hunting brooch.  Tempat biasa laa orang Malaysia pegi beli brooch.  Kitorang dapat info bangunan E-lengdang ni buka awal2 pagi so around pukul 8pagi tu dah keluar ke Namdaemun Market.  Jalan kaki saja dari guesthouse nak ke E-Lengdang.  Bila lalu sini kedai2 belum buka pun lagi tapi bila masuk je bangunan E-Lengdang dah ramai peniaga yang susun2 barang pagi tu.  Ok, kat sini korang kene bertabah ckit laaa sebab E-Lengdang ni banyak pintu/exit dan setiap floor memang laa banyak kedai2 kecik yang boleh menyebabkan korang hilang sabar dan pening.. Hahaha.. 


Kitorang dah survey semalam so hari ni tinggal nak pilih2 je. Ingatkan kitorang la paling awal rupanya bila dah sampai dah ada customer dah pun Ahjumma ni.  Orang kita juga. Jenuh jugak nak pilih2 biasa laa pompuan mana leh tengok menda ngelip2 nih nak pulak dari korea kan.. Lama jugak kitorang kat dalam nih.. Rasa ada laa dalam 2jam jugak kot. Lepas dah shopping brooch kitorang terus ke subway untuk ke Itaewon. 



Happy sangat Ahjumma layan customer datang pepagi buta ni kan.. :P


Suasana dalam E-Lengdang

Ahjumma busy dok ketatkan pin brooch tu

Selain dari brooch, kat sini famous jugak dengan gelang tangan.. Serius gelang tangan depa memang lawa2 belaka.. 

Kitorang jalan2 sekali jumpa Ahjumma comei nih.. brooch kat sini serius cantik2 and latest

Namdaemun Market dah buka kedai masa we ouls keluar dari E-Lengdang tu

Pagi2 lagi wehh dia dah terjerit suh masuk mall depan tu.. 

Itaewon / Masjid Seoul

Hoehyeon (Line 4) - Samgakji (transfer) - Itaewon(Line 6) Exit 3


Misi kitorang ke Itaewon hari ni untuk melawat satu2 nya masjid kat Seoul ni yang terletak di Itaewon dan seterusnya lunch kat Muree Restaurant.  Bila dah sampai keluar dari subway boleh laa naik ikut Exit 3 yer.  Nasib baik ada esclator kat itaewon ni kan,  tangga dia punya laa tinggi deknon oiiii.. Jenuh ko nak panjat. 

Memandangkan kitorang dah kepenatan memilih brooch pagi tadi so decide pegi makan dulu laa, jadi kita cari Muree Restaurant dulu yer.  Senang je dari Exit 3 tu, keluar je dari subway korang terus jalan ke depan sampai lorong yang pertama korang ke kanan then jalan terus je sampai jumpa Muree.  Kalau masjid pulak korang terus ke atas lagi nanti nampak laaa masjid tu.
Jalan nak ke Muree ni memang memanjat sikit laa. 
Sampai je apalagi terus order laa.. lapar betul nih.. Makanan kat muree nih serius sedap.  Layan betul tekak ni dengan Bulgogi daging dia.  Tak sama plak dengan yang kita makan kat Dubuyo.

Lepas makan2 kat Muree terus naik ke Masjid. Pemandangan dari atas masjid ni memang cantik cuma waktu kitorang pegi view agak berkabus ckit, tak clear sangat. Kitorang tak lama kat masjid ni sebab nak meneruskan perjalanan ke Insadong pulak.



Ni laa tangga yang korang akan panjat bila keluar dari Exit 3, akan nampak Hamilton seberang jalan sana

Bila terus ke depan akan nampak kedai kebab ni tau.. Tricky sangat penjual Ice-cream ni.. kelakar tengok dia pekena kan customer


Ni bahagian dalam Muree Restaurant.. Lupa pulak nak ambil gambar kat luar, nampak sangat dah lapar kan..

Decoration Muree Restaurant


Nampak tak menu bulgogi tu, silalah jangan convert duit RM ehh kalau bab2 makan nih.. Ngeeeee.. :P

Another page


Ni laaaa dia bulgogi yang sodap tu.. memang antara menu fav orang malaysia nih

Bachan!!!

Bulgogi & Seaweed

Jemput makan semua

No regret ehh!!! Habis licin hah!!! :D
Seoul Central Mosque

ada sekolah dalam kawasan masjid nih

Side Information

Pintu Gerbang masuk ke masjid
Cantik view kat belakang tu.. Thumbs up!!!

Me and Sis



Insadong / Ssamziegil

Itaewon (Line 6) - Yaksu Station (transfer) - Anguk (Line 3) Exit 6

Ok, bila korang keluar je dari Station Anguk ni, korang akan perasan kemain ramai polis kat area nih.. Actually kebetulan ada perhimpunan atau biasa kat malaysia kita panggil "reformasi" gitu.. Ni sempena nak minta PM dia meletak jawatan. Adalah scandal2 tertentu, kita perasan pun bila tengok tv kat guesthouse.  Perhimpunan tu baru bergerak ke apa tak pasti laa tapi yang pastinya ramai betul polis2 mcm FRU tu kat Anguk Station ni.  Bila kitorang tengok betul2 rupanya kat sini la terletaknya balai polis Seoul. Patut ler ramai betul polis berhimpun.  Korang boleh laa jalan dalam 100 meter lebih kurang kemudian ke kiri.  Kalau nak ke Ssamziegil Mall tu boleh terus je akan nampak sebelah kiri uols.  Bagi kita lorong ni more to someone yang sukakan arts.  

Bagi sapa2 yang nak borong beg harga 10,000 won boleh laa ke sini yer. Bag Pack yang kalau kat Malaysia kemain lagi harga sampai RM50-RM60.  Kita beli jugak laa dalam 2beg supaya tak kempunan di kemudian hari. Kihkihkih...
Layan gambar jelah ehh korang.. Tak daya nak story dah..



Cantik2 beg kat sini tau.. Tapi uols kene check jugak sbb ada yang made in korea ada jugak made in China.. but mostly made in Korea

Laluan masuk Insadong

Kalau nak sewa hanbok then jalan2 kat Insadong ni pun boleh juga.. Leh laa berangan ala2 orang Korea sekejap kan

Ssamziegil Mall











Nanti kita continue hari yang kelima pula yer..
Apa2 pun since blog ni dibuat 2 hari sebelum hari raya..
Kita nak wish kat readers semua 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Salam.

No comments: